Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sulaiman Ninam Shah | |
---|---|
Lokasi | |
Peti Surat 70 Muar, 84007, Muar, Johor Darul Takzim Malaysia | |
Koordinat | 2°02′14″N 102°33′17″E / 2.0371°N 102.5546°E |
Maklumat | |
Nama lama | Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Junid |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan |
Nombor sekolah | 6069523893 |
Kod sekolah | JEE5031 |
Faks | 6069542977 |
![]() |
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sulaiman Ninam Shah atau nama ringkasnya SMK Tun Sulaiman Ninam Shah (akronimnya TUNAS), merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 70.
Pada 2020, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sulaiman Ninam Shah memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 461 orang. Ia mempunyai seramai 54 orang guru.2020
Sejarah dan Pentadbiran
Sejarah Penubuhan
Pada sekitar tahun 1970an, Sekolah Tinggi Muar yang terletak di antara empat jalan iaitu Jalan Majidi, Omri, Mariam dan Mohammadiah telah mengalami pertambahan pelajar yang mengakibatkan kekurangan bilik darjah khasnya bagi pelajar-pelajar Tingkatan Enam Sains. Oleh itu, pihak berkenaan telah berjaya memperoleh sebidang tanah seluas 6 ekar di Jalan Junid untuk membina bangunan tambahan bagi menampung pertambahan pelajar. Ekoran itu dua tingkat telah dibina di atas tapak tersebut. Tujuannya adalah untuk menempatkan pelajar-pelajar Tingkatan Enam Sains. Sekolah ini dilengkapi dengan lima makmal dan sepuluh bilik darjah. Oleh kerana makmal-makmal yang ada tidak memenuhi kehendak Jabatan Mata Pelajaran Sains, pihak Pengetua pada masa itu, En. Michael G. Parry mengambil keputusan tidak menempatkan pelajar-pelajar Tingkatan Enam Sains di situ. Sebaliknya pelajar-pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 telah ditempatkan di bangunan baru tersebut. Bangunan baru tersebut digunakan secara rasmi mulai bulan April 1974. Penyelia sekolah cawangan ini ketika itu ialah En. Tan Su Chin. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Tinggi Dua, Muar. Pada tahun 1978, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah memberi pendaftaran JEE 5031 dan sekolah ini mula dikenali sebagai Sekolah Menengah Jalan Junid, Muar ( kerana terletak di Jalan Junid ). [1]
Sejarah Pertukaran Nama
Pada tahun 2003, nama sekolah ini telah ditukarkan kepada nama Sekolah Menengah Tun Sulaiman Ninam Shah atas penghargaan keatas pemergian Tun Sulaiman Ninam Shah yang telah banyak menyumbang kepada sekolah ini terutama daripada segi kos kewangan yang juga merupakan kawan karib kepada pengetua kedua dan keenam sekolah ini, Encik Zainal Abidin bin Kassim. [2]
Senarai Pengetua
1 | Jun 1979-1986 | En Abd. Aziz Bin Mohamed |
2 | 1986 -1988 | En. Zainal Abidin Bin Kassim
( Penolong Kanan dilantik sebagai pemangku pengetua ) |
3 | 1988 -1991 | En Abd. Aziz Bin Mohamed |
4 | Mac - Julai 1992 | En Amri Bin Hasbullah |
5 | Julai - Okt 1992 | En. Ali Bin Ismail |
6 | Dis 1992 - Dis 1995 | En. Zainal Abidin Bin Kassim |
7 | Dis 1995 - Jun 1999 | En. Wong Beng Seng |
8 | Julai 1999 - Ogos 2000 | Tn. Hj. Sulaiman Bin Hj. Abd. Samad |
9 | Sept 2000 - Julai 2001 | En. Zulkiffli Bin Ismail |
10 | Ogos 2001 | En. Yahya Bin Paimin |
Difahamkan bahwa senarai diatas diambil daripada laman sesawang lama SMK Jalan Junid (sekarang SMK Tun Sulaiman Ninam Shah), maka senarai diatas agak ketinggalan informasi semasa. [3] Senarai terkini akan menyusul.
Penubuhan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) adalah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh pengetua Dr. Ramlah binti Abd. Khalid pada tahun 2024. Beliau terinspirasi daripada sistem Majlis Perwakilan Pelajar yang kebiasaannya dilaksanakan di institusi-institusi pembelajaran tinggi seperti di universiti dan kolej [4]. Sistem Majlis Perwakilan Pelajar ini telah menukar cara ketua pelajar (wakil pelajar/wakil murid) dipilih, yaitu dengan cara ketua pengawas sekolah dan pengerusi Student Leader Board yang secara automatik menjadi ketua murid.
Berbeza dengan cara sebelum ini, ketua murid dipilih dengan cara undian umum (pilihanraya) sepertimana yang dilaksanakan di institusi-institusi tinggi yang lain. Didalam pilihan raya ini, ketua ataupun pengerusi daripada 5 jawatan berbeza akan merebut posisi wakil pelajar ataupun yang digelar sebagai Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar. Jawatan tersebut ialah Pengawas Sekolah, Student Leader Board, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) dan Ahli Jawatankuasa Asrama.
Proses pengundian mengambil masa 5 hari dan boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama ialah Taklimat Pengundian. Taklimat berkenaan pilihanraya akan diberikan oleh pengetua dan guru pengurus pilihanraya. Para calon juga turut akan membentangkan manifesto pilihanraya mereka. Proses ini mengambil masa 1 hari.
Peringkat kedua ialah tempoh berkempen. Para calon serta ahli-ahli penolong kanan mereka akan menampal poster-poster pilihanraya mereka disekitar sekolah. Calon juga akan mengambil peluang ini untuk berkempen dari kelas ke kelas. Proses ini mengambil masa 3 hari. Peringkat ketiga ialah hari pengundian, pengiraan undi dan pengisytiharan pemenang pilihanraya. Semua murid, guru dan ahli kakitangan sekolah akan mengundi calon pilihan mereka. Kemudian, undi akan dikira oleh guru-guru pengurus pilihanraya sebelum pengisytiharan pemenang pilihanraya; dimana semua murid akan dikumpulkan di dataran, dan manifesto calon akan diulang kembali sebelum pemenang diisytiharkan. [5]
Pemenang undian akan meraih posisi Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar, manakala calon-calon yang lain akan meraih posisi tertinggi didalam Majlis Perwakilan Pelajar, masing-masing mengikut jumlah kiraan undi mereka. Ahli-ahli penolong kanan jawatan turut akan memegang jawatan didalam Majlis Perwakilan Pelajar sebagai exco-exco yang berlainan; dimana mereka akan dipilih oleh para guru. [5]
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sulaiman Ninam Shah
- Peti Surat 70
- 84007, Muar
- Johor, Malaysia
- Telefon = 6069523893
- Fax = 6069542977
Pautan luar
- ^ "sejarahlokasi". www.geocities.ws. Dicapai pada 2025-03-11.
- ^ Temuduga alumni dan anak kepada mantan pengetua sekolah ini, Encik Mohd Fairuz bin Zainal Abidin pada 12 Febuari 2025.
- ^ "sejarahlokasi". www.geocities.ws. Dicapai pada 2025-03-11.
- ^ Taklimat pengetua, Dr. Ramlah binti Abd. Khalid, 20 Disember 2024.
- ^ a b Taklimat Pengerusi Pengurusan Pilihanraya, Cikgu Ridhwan pada tarikh 20 Disember 2024.