Sekolah Kluster Kecemerlangan SMK Sultanah Hajjah Kalsom | |
---|---|
Lokasi | |
Bandar Damansara, 26100, Kuantan, Pahang Darul Makmur Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kluster Kecemerlangan |
Moto | PINTAR PROAKTIF ILTIZAM UNGGUL |
Ditubuhkan | 7 Januari 2002 |
Nombor sekolah | 6095602777 |
Kod sekolah | CEA4086 |
Pengetua | Tn. Haji Jonaidi Bin Osman |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Hajjah Tuan Sharifah Rasidah Binti Syed Abdullah |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Tn. Haji Hasdan Bin Hassan |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Hajjah Norlailani Binti Mohammad Yasin |
Faks | 6095671620 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom atau nama singkatannya SHAKS, dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kuantan, mula dibuka pada 7 Januari 2002. Ini berikutan daripada Jabatan Pelajaran Pahang membuat keputusan untuk menambah bilangan sekolah menengah Rancangan Khas Berasrama Harian di Pahang.Sekolah ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar yang tidak berjaya ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kerajaan di seluruh negara. Pelajar yang diberi keutamaan ialah pelajar yang tinggal di daerah Kuantan dan daerah-daerah lain. Pelajar yang ditawarkan ke sekolah ini terdiri daripada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR dan PT3. Sekolah ini memiliki pelajar-pelajar yang berbakat dalam bidang robotik dan formula One in schools yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat antarabangsa.
Sejarah
Pada awal penubuhan,SHAKS hanya mempunyai seramai 16 orang kakitangan akademik dan tiga orang kakitangan bukan akademik manakala bilangan pelajarnya seramai 193 orang yang terdiri daripada tujuh kelas,iaitu tiga kelas Tingkatan 1, tiga kelas Tingkatan 2 dan satu kelas Tingkatan 4.
Bilangan ini bertambah dalam tahun 2003 dengan bilangan pelajar seramai 514 orang yang terdiri daripada tujuh kelas Tingkatan 1, tiga kelas Tingkatan 2,3 dan 4 manakala satu kelas tingkatan 5. Bilangan kakitangan akademik juga bertambah menjadi 35 orang dan 10 staf sokongan.
Pencapaian
Pasukan robotik SHAKS dikenali "Robutuner", pernah mewakili Malaysia bagi kategori Menengah Atas dalam pertandingan Robotik, World Robotic Oympiad (WRO) yang telah diadakan di Yokohama, Jepun. Pasukan "Robotuner" telah merangkul pingat emas dalam WRO bagi kategori terbabit. Pasukan "Robutuner" telah diwakili oleh Abdul Hakim Bin Azir, Shah Aizuddin Bin Mohamed Anuar dan Faiz Bin Azizul dengan bimbingan guru, Cikgu Ahmad Bushra Bin Abdul Rahman. [1]
Mewakili Malaysia dalam pertandingan Formula 1 in Schools di Austin, Texas pada tahun 2013 dan 2016, di Sunway Lagoon, Malaysia pada tahun 2017, di Singapura 2018 dan di Abu Dhabi UAE. Berjaya merangkul kejayaan "FIA Best Woman in Motorsport" di kejohanan akhir dunia di Singapura (2018) dan Best International Collaboration Award di Abu Dhabi (2019)
Alamat
- Sekolah Kluster Kecemerlangan[perlu rujukan]
- SMK Sultanah Hajjah Kalsom,
- Bandar Damansara 26100,
- Kuantan Pahang Darul Makmur
- Malaysia