Sekolah Menengah Kebangsaan Song | |
---|---|
Lokasi | |
Peti Surat No 3, 96850, Song,, Sarawak Bumi Kenyalang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6084777255 |
Kod sekolah | YEE7301 |
Faks | 6084777897 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Song atau nama ringkasnya SMK Song atau nama alternatifnya SMK Song No.1, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat No 3.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Song memiliki 587 pelajar lelaki dan 704 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1291 orang. Ia mempunyai seramai 90 orang guru.2009
Sejarah
Smk Song terletak di muara Sungai Katibas, kira-kira 1km dari Pekan Song, Sungai Rajang menjadi nadi utama selaku penghubung sekolah ini dengan bandar-bandar lain sekitarnya. Sekolah ini bermula beroperasi pada tahun 1974 dengan cara menumpang di SRB Cardinal Vaughan. Bangunan sekolah hanya siap sepenuhnya pada tahun 1976.
Dari taraf sekolah menengah rendah, SMK Song mula mengorak langkah sebagai Sekolah Menengah Atas pada tahun 1984. Sejak penubuhannya sehingga kini, SMK Song sudah pun diterajui oleh 18 orang pengetua iaitu:
- Encik Mohd Tudin (1974 - 1975)
- Encik Bolkia Abdul Rahman (1976 - 1977)
- Encik James Anin (1978 - 1980)
- Encik Lee Jin Kiat (1981 - 1984)
- Encik Alias Abu Bakar (1985)
- Encik Stephan Engkabi ( 1985 - 1988)
- Encik Mohd Ilahi B. Junaidi (1989 - 1995)
- Encik Wong Ngie King (1996 - 2000)
- Encik Wahab B Haji Bujang (2001 -2005)
- Encik Maseli Hj Idi (2005 - 2006)
- Encik Hazmi B Jahan (2007 - 2008)
- Encik Wong Ngie King (2009 sehingga 2010)
- En.Wahab Bin Bujang (2011 - 2012)
- En.Ganis Abi (2012-2013)
- Pn.Limok Shem (2013- Mei 2014)
- Pn.Pendi Anak Sadi (Dis 2014-Okt 2015)
- En.Law Tua Beng (Nov 2015-2017)
- Pn. Imelda Amelia Billie (Jul 2017-May 2020)
- En. Usat Lujah (Jul 2020- sekarang)
SMK Song tidak menganggap kedudukannya di luar bandar sebagai satu kekurangan, sebaliknya telah dan akan menjadi kedudukan tersebut untuk dudk sama rendah dan sama tinggi dengan sekolah-sekolah lai di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya. Cogan kata "bersedia menjadikan SMK Song sentyiasa bersedia dengan perkembangan-perkembangan positif, terutama dalam mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
Justeru itu, SMK Song sentiasa komited untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti dan cemerlang kepada anak didik dengan memberikan peluang seluas-luasnya demi memperkembangkan potensi individu.
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Song
- Peti Surat No 3
- 96850, Song
- Sarawak, Malaysia
- Telefon = 6084777255
- Fax = 6084777897