Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Patiambun Limbang | |
---|---|
Lokasi | |
Peti Surat 317, 98700, Limbang, Sarawak Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan |
Moto | "Together we strive for excellence, nothing is impossible" |
Nombor sekolah | 08 5212 630 |
Kod sekolah | YEA5101 |
Pengetua | Ziem bin Kassim |
Faks | 08 5214 122 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Patiambun Limbang atau nama ringkasnya SMK Seri Patiambun Limbang, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 317.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Patiambun Limbang memiliki 569 pelajar lelaki dan 558 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1127 orang. Ia mempunyai seramai 75 orang guru. Lokasinya hanya terletak 5.5 kilometer dari pusat bandar Limbang. 2009
Sejarah
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1983. Nama asal sekolah ini adalah SMK Bahasa Malaysia. Ia merupakan sekolah kedua di daerah Limbang selepas tertubuhnya SMK Limbang yang terletak di KM 4.03, Jalan Pandaruan.
Pencapaian
Sekolah ini mempunyai rekod sukan yang terbaik jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah menengah di daerah Limbang-Lawas. Dengan acara balapan dan padang sahaja menempatkan sekolah ini di tangga teratas semasa sukan tahunan setiap tahun berturut-turut. Boleh dilihat melalui majalah tahunan sekolahnya tersendiri iaitu Majalah SERI.
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Patiambun Limbang
- Peti Surat 317
- 98700, Limbang
- Sarawak, Malaysia
Alumni
1. Martina Litad Balang - pemenang Miss Global International Sarawak 2015
Lagu Sekolah
Sekolah Seri Patiambun
Sekolah kemegahan kami
Berilmu, berdisiplin, berbakti
Itulah motto kami
Semangat gigih berusaha menuju arah satu cita
Bertekad serta beriltizam menjadi pelajar cemerlang
Mari kita bina Wawasan Cemerlang
Itulah matlamat kami