Sekolah Menengah Kebangsaan Pujut سکوله منڠه کبڠسأن ڤوجوت | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Lot 3119, Paradise Park, Jln Maigold, Desa Senadin, 98100, Miri, Sarawak Bumi Kenyalang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto |
|
Ditubuhkan | 5 Januari 2004 |
Nombor sekolah | 6085657349 |
Kod sekolah | YEA4109[1] |
Pengerusi PIBG | En. Robert Oyo Ing Emang |
Pengetua | Pn. Su Yien Jiong |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Christina Anak Pedang |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Tai Chu Ping |
Penolong Kanan Kokurikulum | Belum diisi |
Faks | 6085658793
yea4109@moe.edu.my smkpujut@yahoo.com.my |
Laman sesawang | https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/smkpujut/utama?authuser=0 https://www.facebook.com/SMK.Pujut |
Sekolah Menengah Kebangsaan Pujut (Jawi: سکوله منڠه کبڠسأن ڤوجوت ) atau nama ringkasnya SMK Pujut, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Lot 3119, Paradise Park, Jln Maigold, Desa Senadin, Miri, Sarawak.
Sejarah
Sekolah Menengah Kebangsaan Pujut (SMKP) telah dibuka pada 5 Januari 2004. Ia terletak di kawasan Senadin, Miri kira-kira 11 km dari Bandaraya Miri. Sekolah ini meliputi kawasan seluas 11.116 hektar ataupun 27.4 ekar. Pelan asal SMK Pujut ini terletak di kawasan Pujut, Miri tetapi telah ditempatkan semula ke kawasan baru iaitu di Senadin, Miri. Walau bagaimanapun, nama sekolah dikekalkan dengan nama SMK Pujut.
Pada permulaan pembukaan pada tahun 2004, SMK Pujut mempunyai seramai 1005 warga sekolah. Jumlah ini merangkumi 39 staf akademik, 9 orang staf sokongan dan 957 orang pelajar. Bilangan kelas adalah sebanyak 23 buah merangkumi 2 kelas peralihan, 7 kelas tingkatan 1, 5 kelas Tingkatan 3 dan 2 kelas aliran sastera.
Sebanyak 73 kelas telah diwujudkan untuk menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat dengan sebuah kelas peralihan, 14 buah kelas tingkatan 2 dan tingkatan 3, serta 15 buah kelas bagi Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dengan kapasiti pelajar seramai 2429 orang. Sekolah bukan berasrama penuh yang pertama di Miri ini diberi kelayakan untuk menubuhkan Kelas Rancangan Khas (KRK) tingkatan 4 bermula pada tahun 2010. Ia hasil daripada kepercayaan pihak Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran Sarawak kerana sekolah ini mendapat kejayaan lebih daripada 50% pelajar KRK tingkatan 3-nya (2008) di bawah Jabatan Pelajaran Sarawak mendapat semua A dalam PMR 2008.
Pada tahun 2009, SMK Pujut melakar sejarah apabila 20 orang pelajar PMR-nya mendapat semua A dalam mata pelajaran meningkat daripada 16 orang daripada tahun sebelumnya. Kejayaan ini membuktikan bahawa walaupun pada usia sekolah yang masih muda, sekolah ini mampu bersaing dengan sekolah lain yang sudah lama ditubuhkan di bandar raya Miri.
Senarai pengetua
Bil. | Nama | Tahun perkhidmatan | |
---|---|---|---|
1. | Fadzillah binti Abdul Halim
(Pemangku Pengetua) |
2004 | |
2. | Sophia Limi | 2005 - 2006 | |
3. | Sumarni binti Said | 2006 - 2013 | |
4. | Koh Che Kiat | 2013 - Jun 2019 | |
5 | Madline Anak Jayan | Jun 2019 - 2023 | |
6 | Su Yien Jiong | September 2023 - |
Penolong Kanan
PK PENTADBIRAN | PK HEM | PKKK | PK PETANG |
---|---|---|---|
Christina Anak Pedang | Tai Chu Ping | Mat anak Assan | Sharol Nizam bin Abd Aziz |
Visi
The School of Choice
Misi
Building Characters, Ensuring The Future
Moto
Be The Best, Nothing Less
Sederap Menuju Gemilang
Logo
Pengertian Logo
BENTUK KESELURUHAN LOGO.
Bentuk keseluruhan logo yang berbentuk “Q” ini mewakili “Quality” yang membawa maksud untuk melahirkan pelajar yang berkualiti dalam kejayaan sekolah baik dari segi akademik ataupun sukan dan kecerian.
BINTANG yang menglilingi bulatan ‘buku & tetikus’ bermaksud kejayaan bagi pelajar dalam penguasaan semua bidang.
TOPI UNIVERSITI melambang ilmu ialah raja (Knowledge is king)
BUKU & TETIKUS melambangkan kemajuan akademik dan penguasaan IT dan semangat perkomputeran dalam era teknologi.
OBOR & 3 BULATAN melambangkan semangat kesukanan bagi penghuni sekolah ini.
KELALANG KON melambangkan sekolah aktif dengan jurusan sains
BENTUK 10 BINTANG DAN RIBEN malambangkan pelajar yang sentiasa berdisiplin dan semangat sejarah berkobar-kobar untuk merebut anugerah.
2004 melambangkan tahun pembukaan sekolah ini pada tahun 2004 dan ia akan diingati sebagai sejarah pembukaan sekolah.
Pengertian warna logo
WARNA KUNING melambangkan keharmonian.
OREN melambangkan semangat muda dan waja yang sentiasa ingin maju ke hadapan
BIRU TUA melambangkan perpaduan tidak kira bangsa dan agama. Ia juga melambangkan semangat bekerjasama.
MERAH melambangkan semangat yang sentiasa menyala-nyala.
PUTIH melambangkan kesucian.
Lagu Sekolah (Menuju Gemilang)
Sekolah inilah yang ditujui,
Demi menyemai budi dan bakti,
Rukun negara panduan setiap masa,
Untuk berbakti kepada negara.
Jati diri pencerna wawasan,
Warga pujut menuju gemilang,
Iltizam dan wawasan,
Menjadi pedoman.
Melangkaui jangkauan,
Menjadi harapan,
Sentiasa bersedia,
Menjadi pegangan.
Kami pelajar SMK Pujut,
Teguh berdiri bersama-sama,
Visi dan misi kami laksana,
Demi masa depan bangsa dan negara.
Pencapaian
Sekolah ini telah menerima "Anugerah Penilaian Tawaran Baharu kepada Pengetua dan Guru Besar" (TBPGB) Tahun 2015.
SPM 2019
SENARAI NAMA PELAJAR TERBAIK SPM 2019
BIL | NAMA | TINGKATAN | PENCAPAIAN |
1 | AGATHA TIONG WEI TING | 5ST1 | 8A(1A+,5A,1A-),1B+ |
2 | BARRY LADDY ANAK MENJAYA | 5ST1 | 5A(3A,2A-), 1B+,2B,1C+ |
3 | CATHRINA NISSHA ANAK KASI | 5ST1 | 5A(1A+,2A,2A-), 1C+,2C,1D |
4 | EDLYSIA AWA ANAK BELAYONG | 5ST1 | 7A(2A+,2A,3A-), 1B+,1B |
5 | ELVIRA TIFFANY EDMOND | 5ST1 | 5A(3A,2A-),2B+,2B |
6 | EMMANUEL SITIOL DAVID GINTUA | 5ST1 | 8A(5A+,3A),1B+ |
7 | EWEE YING CHUEN | 5ST1 | 8A(2A+,2A,4A-),1B+ |
8 | MARIA NASHA ANAK FREMLIN | 5ST1 | 5A(1A+,1A,3A-), 3B+,1B |
9 | MARTHA NADIA ANAK FREMLIN | 5ST1 | 6A(3A+,1A,2A-).3B+ |
10 | NASYA ARIELLA ANAK NELSOL NYALU | 5ST1 | 8A(2A+,3A,3A-),1B+ |
11 | NUR WENDA BINTI SHARIFF | 5ST1 | 5A(4A,1A-), 2B,2C+ |
12 | CHIONG PEI KIAN | 5ST2 | 8A(2A+,1A,5A-) |
13 | MEGAN ANN SUPANG DOM | 5ST2 | 5A(2A,3A-),3C+,1C |
14 | ALLYCIANA SIMBA ANAK EDWIN | 5AM | 5A(3A,2A-),2B+,1C+ |
15 | CARLINIE ALYSSIA ANAK TOMYMUELLER | 5AK | 5A(2A+,2A,1A-)1B+,1C+ |
16 | EMILIA BAUN JOHANNES | 5AK | 6A(3A,3A-),1B |
17 | CHIRSTINA ANAK JILIN | 5AK | 5A(4A,1A-),1B+,1B |
18 | JESSNITA SINJOY LEE | 5AK | 5A(3A,2A-),1B+,1B |
19 | AVANTIKA ANAK DISAPER | 5NG | 1A,4A-),1B+,2C+ |
20 | RODDY ANAK CHIMING | 5GEO1 | 5A(3A,2A-), 2B+ |
21 | HOUSTON RILEY ANAK MAJID | 5GEO2 | 7A(3A+,2A,2A-) |
SENARAI NAMA PELAJAR TERBAIK SPM 2023/2024
BIL | NAMA | TINGKATAN | PENCAPAIAN |
---|---|---|---|
1 | ROBERT KONG CHAK YOU | 5ST1 | 9A |
2 | VANNESIA TELLENE VINCENT | 5ST1 | 9A |
3 | GERMAIN NANGGAI ANAK JAMPI | 5ST1 | 7A |
4 | IRVINCE TINGANG MALANG | 5ST1 | 7A |
5 | ALIA MASHITA BINTI MOHAMAD RAMADZAN | 5ST1 | 6A |
6 | EZRA SANTAMARIA ANAK WINSTON | 5KM1 | 6A |
7 | WANNISHA BINTI SUHARDI | 5KM1 | 6A |
8 | ELLYVIA WILSON | 5KS2 | 6A |
9 | EMSLEE CELLENE ANAK HENRY TAMBI | 5ST1 | 6A |
10 | MUHAMMAD NASHZMI BIN MOHD NASRI | 5ST1 | 5A |
11 | FIONA LEONG QING WEN | 5AM | 5A |
12 | CHRIST ANAK NICHOL | 5GS1 | 5A |
13 | MARILYN UMANG ANAK JILAN | 5KS1 | 5A |
14 | FREDRICK GEBSON TUTUNG ANAK SANDAH | 5ST1 | 5A |
15 | CLAUDIA MATILDA LANTAN ANAK JONATHAN BANGAU | 5ST2 | 5A |
16 | NUR MYRA SYAHIRAH BINTI MOHAMAD SHARKAWI | 5ST2 | 5A |
17 | RONAN LEROY ANAK LOUIS | 5KS1 | 5A |
18 | TIMHANSLEY ANAK GIRINA | 5ST2 | 5A |
19 | ACCHLESIAS PARREN LIBISAT | 5ST2 | 5A |
20 | CHARMEN MENNA SAGA KELVIN ANOM | 5ST2 | 5A |
21 | EMELEY DIAN BINTI PETER | 5KS1 | 5A |
22 | LAILA SOFIYA BINTI SUFIAN | 5ST1 | 5A |
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Pujut
- Lot 3119, Paradise Park, Jln Maigold, Desa Senadin
- 98100, Miri
- Sarawak, Malaysia
- Telefon: 6085657349
- Faks: 6085658793
- Email: yea4109@moe.edu.my
- smkpujut@yahoo.com.my
Rujukan
Pautan luar
- https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/smkpujut/home
- http://smkpujut.blogspot.my/
- https://www.facebook.com/SMK.Pujut
Koordinat: 4°29′09″N 114°00′49″E / 4.485803°N 114.013551°E