Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Batu Kaya, 95900, Lubok Antu,, Sarawak Bumi Kenyalang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan |
Moto | SMKLA Juara Di Hatiku |
Nombor sekolah | 6083584135 |
Kod sekolah | YEB2301 |
Pengetua | Cik Boo Mee Lian |
Lagu | MAJU SEKOLAHKU MAJU |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Irie Anak Ambau |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Peter Toyat |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Alextrius Nanang |
Faks | 6083584643 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu atau nama ringkasnya SMK Lubok Antu, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Batu Kaya.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu memiliki 519 pelajar lelaki dan 568 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1087 orang. Ia mempunyai seramai 70 orang guru.
Sejarah
Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1975 dan menggunakan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Engkelili No.2 dan terpaksa berkongsi bangunan dengan SK Lubok Antu ketika itu. Pembinaan sekolah ini amat dinanti-nantikan masyarakat setempat memandangkan semasa itu kekurangan sekolah menengah di daerah Lubok Antu. Pada tahun 1976, sekolah ini mula menggunakan nama baru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu dan nama ini kekal sehingga sekarang.
Menjelang tahun 1983, SMK Lubok Antu mula berpindah dari SK Lubok Antu ke tapak sekolah sekolah yang sekarang. Sejak penubuhannya, pelajar sekolah ini hanya menerima Pendidikan Menengah Rendah iaitu setakat Tingkatan Tiga sahaja. Setelah tamat Tingkatan 3, pelajar-pelajar akan berpindah ke SMK Datu Patinggi Kedit, Betong dan SMK Sri Aman. Mulai Januari 2001, SMK Lubok Antu mula menawarkan Tingkatan Empat dan seterusnya Tingkatan Lima pada Januari 2002.
Senarai Pengetua SMK Lubok Antu
Sehingga kini, SMK Lubok Antu telah ditadbir oleh sepuluh pengetua dan pemangku :
En. Bilun Nunoi (1975-1977)
En. Hilary Unsek Umbo ( 1978-1980)
En. Wong Thou Siang (1981-1982)
En. Andin Brooke 1983-1985
En. John Lusoi ( 1986-1987)
En. Sim Soo Heng (Memangku)(1988)
En. Justin Jawa Anggam (1989-1993)
En. Sapawi Mahdi (Memangku)(1993)
En. Stephen Engkabi Anak Tigong (1993-2004)
En. Leslie Tawan Anak Gandil (2004 sehingga 2016)
Cik Boo Mee Lian (2016 hingga sekarang)
VISI
“STRIVE TOWARDS EXCELLENCE”
MISI
Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan jasmani melalui aktiviti-aktiviti yang menarik dan berkesan.
OBJEKTIF
• Memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan secara menyeluruh.
• Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
• Memastikan setiap murid beriman, berakhlak mulia dan berbudi pekerti.
• Memupuk suasana harmoni pada semua peringkat yang melibatkan guru, ibu bapa , kakitangan dan pelajar.
• Memastikan persekitaran pembelajaran bersih, ceria dan selamat.
• Memastikan disiplin sekolah terkawal.
LAMBANG SEKOLAH
PENGERITIAN WARNA
Kuning : Melambangkan perpaduan dan keharmonian seluruh warga sekolah kea rah VISI dan MISI yang sama.
Putih : Melambangkan kesucian ilmu yang membentuk peribadian luhur setiap warga sekolah dengan menerapkan keikhlasan dan kejujuran sebagai teras utama.
Hitam : Melambangkan semangat juang yang tinggi dalam mengejar cita-cita dan mencipta kejayaan dalam semua bidang.
PENGERTIAN LAMBANG
Bintang : Melambangkan maklamat pendidikan yang dijulang tinggi setiap warga sekolah kearah kecemerlangan berterusan
. Burung Kenyalang : Lambang keharmonian alam dan kesepaduan insan selaras dengan maklamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Perisai/Terabai : Melambangkan usaha dan jitu dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang selesa.
LAGU SEKOLAH
MAJU SEKOLAHKU MAJU
Tersergam indah Kelingkang
Kemegahan alam Lubok Antu
Berbagai bangsa bertumpu
Demi pengetahuan bermutu
Walau kita pelbagai bangsa
Kita gunakan satu bahasa
Maju semua sentiasa
Bergaul dan makmur sentosa
Sekolah Menengah Lubok Antu
Agar sentiasa maju
Sekolah Menengah Lubok Antu
Agar sentiasa maju
Kita hidup mesti bercita
Bersatupadu itulah utama
Curahkan setia untukmu guru
Jasamu ku sanjung selalu
Sekolah Menengah Lubok Antu
Agar sentiasa maju
Sekolah Menengah Lubok Antu
Pelajaran kunci kejayaan
Ciptaan : Haji Rosan Awang Haji Bolhasan
Lirik : Musa Lagor (MENDIANG)
Kokurikulum
Unit Beruniform | PASUKAN KADET BOMBA , PERTAHANAN AWAM , KADET REMAJA SEKOLAH , PERSATUAN PANDU PUTERI , PERSATUAN BULAN SABIT MERAH , PERSATUAN PENGAKAP , PASUKAN KADET POLIS , ST.JOHN AMBULANCE |
---|---|
Kelab dan Persatuan | BAHASA IBAN , PELAJAR ISLAM, MATEMATIK , BIMBINGAN DAN KAUNSELING , KOPERASI , SAINS , PERPUSTAKAAN , KOMPUTER , BAHASA MELAYU , SAINS SOSIAL , SPBT , GEOGRAFI , SAINS PERTANIAN , ERT , SLAD , BAHASA INGGERIS , KEBUDAYAAN , PENCINTA ALAM , SENI VISUAL , RUKUN NEGARA , SEJARAH |
Sukan dan Permainan | HOKI , BOLA JARING , BOLA TAMPAR , BADMINTON , BOLA KERANJANG , FUTSAL , PING PONG , SEPAK TAKRAW , BOLA SEPAK |
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu
- Jalan Batu Kaya
- 95900, Lubok Antu
- Sarawak, Malaysia
- Telefon = 6083584135
- Fax = 6083584635