| Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Luar Bandar Kunak, 91207, 91207, Kunak, Sabah Malaysia | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia |
| Moto | Eagerness For Glory, Meraih Harkat Insaniah |
| Ditubuhkan | Tahun 1971 |
| Autoriti pendidikan | Pejabat Pendidikan Daerah Kunak |
| Sesi | Pagi dan Petang |
| Nombor sekolah | 089851797 |
| Kod sekolah | XEE3201 |
| Pengetua | En. Selamat Bin Yusuf |
| GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Sanuddin Bin Warisi |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Rasnah Binti Radjid |
| Penolong Kanan Kokurikulum | En. Asmahudi Bin Ahmad |
| Faks | 089851214 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak atau nama ringkasnya SMK Kunak, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di kawasan Kg. Getah, Kunak.
Pada 2025, Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak memiliki 722 murid lelaki dan 838 murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1560 murid. SMK Kunak mempunyai seramai 110 kakitangan yang mengajar dan 13 kakitangan yang bukan mengajar.
Sejarah
SMK Kunak mula dibuka sebagai Government Junior Secondary School pada tahun 1971 dan telah menumpang di bangunan SK Pekan Kunak 1 dan SRJK(C) Pai Sheng. Sekolah ini mula beroperasi di bangunan yang ada sekarang mulai tahun 1979. Perasmian bangunan sekolah telah dilakukan oleh Y.B Datu Abdul Hamid Bin Datu Mustapha, Menteri Kebudayaan dan Sukan Negeri Sabah pada 26 Mac 1981. SMK Kunak bermula sebagai sekolah menengah gred C, sebelum dinaikkan taraf sebagai sekolah menengah gred B pada tahun 1985. Mulai tahun 1994, sekolah ini telah dinaikkan taraf sebagai sekolah menengah gred A.
Pencapaian
- 2022 - Johan Daerah Cabaran Kadet Bomba PPD Kunak.
- 2024 - SPM Terbaik Daerah Kunak (Nombor 1)
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak
- Peti Surat 30
- 91207, Kunak
- Sabah, Malaysia









