| Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Peti Surat 843, Jalan Kuhara, Batu 3½, 91008, Tawau, Sabah Malaysia | |
| Koordinat | 4°16′44″N 117°53′19″E / 4.278966°N 117.888473°E |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
| Moto | Dinamik Progresif |
| Nombor sekolah | 089714297 |
| Kod sekolah | XEE3024 |
| Pengerusi PIBG | Mustafah Mappalappang |
| Pengetua | Mokhtar Hj. Abdul Rashid (sejak 2019) |
| Kelas ditawarkan | • Kelas Menengah Rendah (K, A - J) • Kelas Menengah Atas (Sains Tulen, Reka Cipta, Perakaunan, Agro, Sains Sukan dan Kemanusian) • Kelas Pendidikan Khas |
| GPK Pentadbiran dan Akademik | Pojojongi Bacho (sejak 2019) |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Endang Suprihatin Samiyono (sejak 2023) |
| Penolong Kanan Kokurikulum | Ahmad Shafie Amari |
| Faks | 089715291 |
| Laman sesawang | Laman Web Rasmi SMK Kuhara |
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara atau SMK Kuhara (disingkatkan sebagai SMKKT) ialah sebuah sekolah menengah kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Jabatan Pendidikan Daerah Tawau yang terletak di Tawau, Sabah. Sekolah ini mengamalkan dwi-sesi persekolahan (pagi bagi tingkatan 3 hingga 5 dan petang bagi tingkatan 1 dan 2) dan juga tertumpu dengan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), bahasa, agama (Islam), kurikulum dan Ko-Kurikulum.
Masyarakat sekitar, terutamanya Tawau mengelarkan pelajar dari sekolah tersebut sebagai "Kuharian"[1]. Sekolah ini juga antara sekolah menengah terbaik di daerah Tawau dan negeri Sabah.
Sejarah
Penubuhan (1960an)
SMK Kuhara telah ditubuhkan pada 16 Januari 1967 oleh Sir George Wyatt. Ketika awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai 2 orang guru dan seramai lebih daripada 32 orang pelajar murid yang mengikuti Kelas Peralihan. Nama Kuhara sendiri diambil sempena dengan nama seorang usahawan Jepun yang telah membuka sebuah ladang getah di Jalan Kuhara, Encik Fusanosuke Kuhara. Namun begitu, SMK Kuhara pada waktu itu belum memiliki bangunan atau kemudahan sendiri. Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran terpaksa dijalankan secara menumpang (Kelas Terapung) secara sementara di beberapa sekolah di sekitar daerah Tawau seperti Sekolah Menengah Holy Trinity, Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Chin dan Sekolah Rendah Kem Kabota.
Era 1970an - 1980an
Selepas 10 tahun beroperasi sementara, akhirnya pada tahun 1977, SMK Kuhara berjaya berpindah ke bangunan sendiri yang telah siap dibina dan dirasmikan secara rasmi oleh pada 27 September 1977. Bangunan tersebut terletak di Jalan Kuhara (S) dengan melalui pintu pagar di Jalan Morrell sehingga ke hari ini. Ketika itu, jumlah pelajar masih kurang daripada 600 orang, tetapi angka tersebut meningkat dengan pesat sehingga mencecah hampir 2,000 orang pelajar pada tahun 1987. Dalam tempoh dua dekad sejak penubuhannya, SMK Kuhara telah berkembang menjadi sebuah sekolah yang terkenal di daerah Tawau. Bukan sahaja dari aspek pencapaian akedemik malah dalam bidang kokurikulum dan sahsiah pelajar.
Penjenamaan (1990an)
Pada 1997, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk menjenamakan semula identiti korporat SMK Kuhara ke arah yang lebih moden dan bersemangat. Tiga perubahan besar yang telah dilakukan dan dikekalkan sehingga ke hari ini ialah:
• Penukaran logo sekolah (kecuali warna yang masih dikekalkan) kepada rekaan yang lebih segar dan simbolik.
• Penggantian moto sekolah kepada ungkapan yang lebih dinamik dan berdaya saing.
• Pengenalan lagu sekolah baharu, "Dinamik Progresif" ciptaan Hairil Anuar Amirusin bagi menggantikan lagu sekolah lama, "Jasa dan Bakti".
Perubahan ini dilakukan bagi menyuntik semangat baharu dalam kalangan warga SMK Kuhara sebagai sekolah yang progresif, berpandangan jauh dan sentiasa bersedia mendepani cabaran zaman.
Sekarang (2000an - kini)
Kini, pada tahun 2025, SMK Kuhara telah menjangkau usia 58 Tahun. Sekolah ini terus menjadi antara institusi pendidikan menengah paling terkenal di Tawau dan seluruh negeri Sabah. Sehingga Mac 2025, jumlah keseluruhan pelajar ialah seramai 2,041 orang, yabg merangkumi pelajar aliran Perdana dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PDP) dilaksanakan di 54 buah bilik darjah, iaitu 45 buah bilik untuk aliran Perdana dan 9 buah bilik di satu blok untuk pelajar PPKI.
Dari segi tenaga kerja, sekolah ini kini mempunyai seramai 153 orang staf keseluruhan yang merangkumi 131 orang guru dan 22 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP). Kesepaduan antara guru, staf dan pentadbir memainkan peranan penting dalam memacukan kecemerlangan sekolah dari tahun ke tahun.[1]
Dengan segala pencapaian ini, SMK Kuhara terus tetap berdiri megah sebagai sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang progresif dan berprestasi tinggi serta menjadi kebanggaan komuniti setempa. Sekolah ini bukan sahaja menjadi pusat ilmu semata-mata malah turut melahirkan generasi pelajar yang berakhlak, berkepimpinan dan mampu memberikan sumbangan yang cukup bermakna kepada bangsa dan negara.
Profil Sekolah[2]
Visi sekolah
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi sekolah
Melestarikan Sistem Pendidikan Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Moto sekolah
Dinamik Progresif
Piagam Pelanggan
• Bersikap dinamik progresif dalam menyalurkan ilmu pengetahuan dan mendidik para pelajar agar mengamalkan budaya kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum sekaligus menjadi model insan yang berguna kepada bangsa dan negara tanpa mengabaikan tuntutan agama.
• Mengamalkan dasar kepimpinan melalui teladan dan berintegriti dengan menonjolkan keterampilan akhlak yang mulia, jati diri yang kukuh, berdaya saing dan berilmu serta memelihara profesion keguruan.
• Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selamat serta melahirkan masyarakat penyayang dalam kalangan warga Kuhara.
• Sentiasa berusaha dan bekerjasama dalam menangani masalah pelajar melalui amalan permuafakatan bersama ibu bapa.
• Sentiasa memelihara kepercayaan pihak ibu bapa kepada sekolah dengan merahsiakan segala maklumat peribadi pelajar secara jujur dan amanah.
• Sentiasa bersikap mesra dan berhemah untuk menjalinkan ukhuwah yang erat antara guru, ibu bapa dan masyarakat sekaligus memperkukuhkan perpaduan kaum.
Slogan Sekolah
Cemerlang Berterampilan
Battle Cry
"Be the best, support the rest... Kuhara Cares"
Barisan pentadbir
Pentadbir sekolah[3]
| Jawatan | Nama |
|---|---|
| Pengetua | Mokhtar Hj. Abdul Rashid |
| Penolong Kanan Pentadbiran | Pojojongi Bacho |
| Penolong Kanan Petang | Dr. Abdullah Kadir |
| Timbalan Penolong Kanan Petang | Dharmawi Dharham |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Endang Suprihatin Samiyono |
| Penolong Kanan Kokurikulum | Ahmad Shafie Amari |
| Penolong Kanan Pendidikan Khas | Loydramdan Mando |
| Ketua Pembantu Tadbir | Rahayu Mohammad |
Persatuan Ibu Bapa dan Guru[4]
| Jawatan | Nama |
|---|---|
| Yang di-Pertua PIBG | Mustafah Mappalappang |
| Naib Yang di-Pertua PIBG | Roselin Shah Mohd. Akbar |
Ketua-ketua Bidang
| Ketua Bidang... | Nama |
|---|---|
| ... Bahasa | Latifah Sani |
| ... Sains dan Matematik (STEM) | Herlina Sulaiman |
| ... Kemanusiaan | Faridah Japar |
| ... Teknik dan Vokasional (TVET) | Sitti Marhamah Marwing |
Lagu Sekolah
Lagu "Jasa dan Bakti" (sehingga akhir 1990an)
Jasa dan Bakti amalan kita
SMK Kuhara maju berjaya
Mendidik setiap warga
Mencapai hasrat nusa.SMK Kuhara tercinta
Memenuhi impian kita
Berdisiplin berakhlak mulia
Membanggakan Malaysia.
Lagu "Dinamik Progresif" ciptaan Hairil Anuar Amirusin (akhir 1990an - 2024 versi asal, 2025 - kini versi penyusunan semula)
SMK Kuhara Gemilang
Menjulang nama demi NEGARA
Bersemangat teguh,
Berbudaya maju,
Membentuk impian murni.Seluruh warga tuntas berilmu
Berdedikasi, gah berkarisma
Minda dijana,
Peribadi terbina
Bangsa sejati, NEGARA jaya.DINAMIK PROGRESIF!
Menjadi budayamu
Membentuk sahsiah pertiwi
Jayakan wawasanDARI SEGALA BIDANG
Kejayaan yang dicapai
Kecemerlangan dan kegemilangan
KAULAH SMK KUHARA!SMK Kuhara Tercinta
Berbilang bangsa dan agama
Bentuk perpaduan,
Capai cita murni
Jasamu kan tetap ku kenang
Kemudahan tersedia
Antara kemudahan yang terdapat di sekolah ini adalah seperti berikut:
- Dua buah makmal komputer
- Sebuah Pusat Akses.
- Sebuah perpustakaan (lebih dikenali sebagai PustaRa)
- Empat buah kantin
- Asrama untuk murid lelaki (ASPURA) dan perempuan (ASPURI).
- Dua buah Dewan: Dewan Al-Farabi (3 gelanggang badminton) dan Dewan Terbuka (Sudut Pidato, belakang bilik guru 2 di Blok Akedemik Baharu)
- Sebuah Surau (Surau Al-Furqan)
- Beberapa Taman dan Pondok (berbentuk cendawan)
- Satu Padang
- Satu Gelanggang Bola Keranjang
- Bengkel Reka Bentuk dan Teknologi
- Bengkel Seni Visual 1 & 2
- Bengkel Reka Cipta
- Bengkel Pertanian
- Beberapa Taman dan pondok (selain berbentuk cendawan)
- Dua bilik guru (1 di antara Blok Akedemik A dan B dan 1 lagi di Blok Akedemik Baharu)
- 4 Blok Akademik (Blok A bagi Tingkatan 2 dan 3, Blok B bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 2, 3 K dan sebahagian dari Tingkatan 4 dan Blok C bagi murid Tingkatan 4 (kelas atas) dan blok Akedemik Baharu bagi Tingkatan 5 dan sebahagian dari Tingkatan 4 (kelas bawah)
- Tandas (Tandas Lelaki / Tandas Perempuan terletak di Blok Akademik B dan 2 tandas untuk murid dan 2 tandas bagi guru di bangunan PPKI), (terdapat 4 tandas lelaki dan 2 tandas perempuan di Surau), (1 tandas umum untuk calon SPM) dan (2 Tandas guru berlainan jantina di Blok Akademik A dan 2 tandas guru berlainan jantina di Blok Akademik C)
- Makmal Sains Teras 1 dan 2 (Blok Akedemik C)
- Makmal Sains Teras 3 dan 4 (Blok Baharu)
- Makmal Fizik 1 dan 2 (Blok Baharu)
- Makmal Biologi 1 dan 2 (Blok Baharu)
- Makmal Kimia 1 dan 2 (Blok Akedemik B)
Pencapaian
| Tahun | Pencapaian |
|---|---|
| 1996 | Johan Sekolah Harapan Negara |
| 2007 | Anugerah Sekolah Cemerlang |
| 2009 | Anugerah Utama Sekolah Rakan Alam Sekitar (Serasi) (Kategori sekolah menengah) |
| 2010 | |
| 2011 | Johan Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (Serasi) (Kategori Wira Serasi) |
| 2012 | |
| 2017 | Tempat ke-3 Anugerah 3K (Peringkat Kebangsaan) |
Galeri



Pautan luar
- Laman Web Rasmi SMK Kuhara - portal rasmi SMK Kuhara Tawau.
- Facebook Rasmi SMK Kuhara (Lama)
- Facebook Rasmi SMK Kuhara (Baharu)
- Instagram Kuhara TV
- Facebook Kuhara TV
- Forum SMK Kuhara - sebuah papan mesej
- Laman Web Rasmi SMK Kuhara (Lama) - tapak web sekolah di Geocities
- Laman Web Rasmi SMK Kuhara (lama) - menggunakan Blogspot
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara di eTawau.com
Lihat lagi
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kabota, cawangan SMK Kuhara[5] di Jalan Timur, Tawau, Sabah
Petikan
- ^ SMK Kuhara, SMK Kuhara (15 Julai 2025). "Laman Web Rasmi SMK Kuhara". SMK Kuhara.
- ^ "Laman Web Rasmi SMK Kuhara - PROFIL". www.smkkuhara.edu.my. Dicapai pada 2025-12-04.
- ^ "Laman Web Rasmi SMK Kuhara - PENTADBIR". www.smkkuhara.edu.my. Dicapai pada 2025-12-06.
- ^ "Laman Web Rasmi SMK Kuhara - Carta Organisasi PIBG". www.smkkuhara.edu.my. Dicapai pada 2025-12-06.
- ^ "SMK Kabota, Tawau: Sejarah Sekolah". SMK Kabota, Tawau. Dicapai pada 2025-12-04.










