Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun | |
---|---|
Lokasi | |
KM 16, Jalan Putra Ayer Hitam, 06150, Kubang Pasu, Kedah Darul Aman Malaysia | |
Koordinat | 6°12′57″N 100°16′11″E / 6.2159°N 100.2696°E |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | SMK JERLUN TERUS GEMILANG |
Ditubuhkan | 2014 |
Nombor sekolah | 6047940390 |
Kod sekolah | KEA4070 |
Pengetua | En.Zurayme bin Abu Bakar |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En.Mohamad Nasir bin Salim |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En.Othman bin Ibrahim |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn.Fauziah binti Zainol |
Faks | 6047940971 |
Laman sesawang | https://www.facebook.com/smkjerlun?mibextid=2JQ9oc |
Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun atau nama ringkasnya SMK Jerlun, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di KM 16, Jalan Putra.
Pada 2020, Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 331 orang. Ia mempunyai seramai 36 orang guru.2020
Sejarah
SMK Jerlun mula beroperasi pada 2014. [1]
Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun terletak di kawasan seluas 6,331 hektar (22 relung) dalam kawasan Kampung Jerlun, Mukim Jerlun, Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Sekolah ini dibina pada 31 Mac 2011 dan siap diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia pada 12 Disember 2013 oleh Tn Haji Roslan bin Ibrahim, Pengarah Urusan Syarikat Zaima Relaity Sdn Bhd kepada En Abdul Aziz bin Hj Ashaari, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.Antara kemudahan asas pada peringkat awal penubuhannya ialah 8 blok bangunan yang terdiri daripada Blok Pentadbiran, Blok Kelas A, Blok Kelas B, Blok Kelas C, Blok Makmal, Blok Bengkel, Kantin dan Surau. Manakala kemudahan permainan pula terdapat satu padang permainan, gelanggang bola tampar, gelanggang bola keranjang dan gelanggang sepak takraw.
Sekolah mula beroperasi pada tahun 2014 tanpa pengetua dan hanya diterajui oleh Tn Hj Othman bin Ibrahim yang bertindak selaku Penolong Kanan Pentadbiran. Beliau dibantu oleh Encik Mohd Noor bin Saad (Penolong Kanan HEM), Encik Mohd Zaid bin Haji Hassan (Penolong Kanan Kokurikulum).
Pada awal tahun 2015, sekolah telah menerima pengetua yang pertama iaitu Puan Rogayah binti Talib. Pada penghujung bulan Mac 2016, sekolah menerima pengetua yang kedua iaitu Tn Hj Abdul Razak bin Mat, manakala pada bulan Februari 2018, sekolah menerima pengetua yang ketiga iaitu Pn Siti Rubiah binti Mohd Arshad. Semoga dengan adanya barisan kepimpinan baru ini akan dapat melonjakkan nama SMK Jerlun setanding dengan sekolah-sekolah ternama di daerah Kubang Pasu dan juga di peringkat negeri Kedah.
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun
- KM 16, Jalan Putra
- 06150, Ayer Hitam
- Kedah, Malaysia
- Telefon = 6047940390
- Fax = 6047940971