Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Kampung Batu Muda,, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Ceria, Cergas, Cemerlang |
Nombor sekolah | 362506791 |
Kod sekolah | WEA0234 |
Pengetua | Dr Nazeri Bin Mohamad |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Zaiton Mohd Noh |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Intan Azira Bt Aziz |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Ng Wei Mein |
Faks | 362506792 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda memiliki seramai 755 orang pelajar lelaki dan 639 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1394 orang. Ia mempunyai seramai 87 orang guru.2009
Sejarah
Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda (SMKBM) ditubuhkan pada tahun 2000 dengan keluasan sebanyak 2.1 hektar. Ianya terletak di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur, Malaysia yang juga merupakan sekolah kerajaan bergred B.[1]
Pencapaian
SMK Batu Muda telah terkenal di peringkat Zon Sentul dan negeri dan mula menempa nama di peringkat kebangsaan. Sekolah ini juga pernah menjadi Juara Keseluruhan 3K Peringkat Kebangsaan pada tahun 2004.[perlu rujukan]
SMK Batu Muda juga telah mencapai beberapa kejayaan dalam kokurikulum dan telah diiktiraf sebagai antara 10 sekolah terbaik di Kuala Lumpur.[perlu rujukan] Sekolah ini telah mendapat pelbagai anugerah kecemerlangan daripada pihak kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
SMK Batu Muda telah terkenal di peringkat Zon Sentul dan negeri dan mula menempa nama di peringkat kebangsaan. Sekolah ini juga pernah menjadi Juara Keseluruhan 3K Peringkat Kebangsaan pada tahun 2004.[perlu rujukan]
Walaupun sekolah ini aktif dalam bidang kokurikulum tetapi sekolah ini dapat meningkatkan prestasinya dalam bidang akademik. Pada tahun 2009, sekolah ini telah mendapat gelaran 'Sekolah Harapan Kuala Lumpur'.[perlu rujukan]
Pada tahun 2010, seramai 11 orang pelajar SMK Batu Muda telah mendapat keputusan semua A di dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun tersebut. Kejayaan mereka ini telah dilaporkan di muka depan akhbar Berita Harian bertarikh 24 Disember 2010.
Antara pencapaian dalam bidang kokurikulum 2009 SMK Batu Muda ialah:
PPDA Zon Sentul:
- Naib Johan: Pertandingan Dikir Barat
- Tempat Ketiga: Pertandingan Sajak
- Tempat Ketiga: Pertandingan Melukis Poster (Peringkat Menengah Rendah)
PPDA Peringkat Negeri:
- Johan: Pertandingan Sajak
- Tempat Keempat: Pertandingan Dikir Barat
PPDA Peringkat Kebangsaan:
- Naib Johan: Pertandingan Sajak
Acara Padang:
Peringkat Negeri
- Meraih 2 pingat emas, 3 pingat perak & 1 pingat gangsa
Pertandingan Bola Baling Peringkat Zon Sentul
- Naib Johan: Kategori Bawah 15 Tahun
- Tempat Ketiga: Kategori Bawah 18 Tahun
Pertandingan Bola Baling Peringkat Negeri
- Tempat Ketiga: Kategori Bawah 15 Tahun
Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Zon Sentul
- Johan: Syarahan agama (Dalam Bahasa Melayu) Kategori Perempuan
- Johan: Syarahan agama (Dalam Bahasa Melayu) Kategori Lelaki
- Johan: Syarahan agama (Dalam Bahasa Inggeris) Kategori Lelaki
Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Negeri
- Johan: Syarahan agama (Dalam Bahasa Melayu) Kategori Perempuan
- Naib Johan: Syarahan agama (Dalam Bahasa Melayu) Kategori Lelaki
- Tempat Ketiga: Syarahan agama (Dalam Bahasa Inggeris) Kategori Lelaki
Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan
- Hadiah Saguhati: Syarahan agama (Dalam Bahasa Melayu) Kategori Perempuan
Pertandingan Kawad Kaki Zon Sentul
- Tempat Ketiga: Badan Beruniform Kadet Remaja Sekolah (Puteri)
- Tempat Ketiga: Badan Beruniform Pengakap (Puteri)
Pidato Piala Diraja Zon Sentul
- Hadiah Saguhati (Anugerah Teks Terbaik)
Pertandingan Bola Jaring Zon Sentul
- Naib Johan: Kategori Bawah 15 Tahun
- Tempat Ketiga: Kategori Bawah 15 Tahun
Festival Nasyid Peringkat Zon Sentul
- Johan: Pertandingan Nasyid (Kategori Lelaki - Kumpulan Soutul Nada')
Festival Nasyid Peringkat Negeri
- Hadiah Saguhati: Pertandingan Nasyid (Kategori Lelaki - Kumpulan Soutul Nada')
Pertandingan 'Choral Speaking' Zon Sentul
- Tempat Ketiga: 'Choral Speaking'
Pertandingan Koir Antara Kelab-Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri
- Tempat Kelima: Koir Menengah (Meraih RM 500)
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda
- Persiaran 1/12
- Kampung Batu Muda, 51100 Kuala Lumpur
- Telefon = 362506791
- Faksimili = 362506792
Rujukan
- ^ Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda di smkbatumuda.weebly.com