| Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Lorong Maarof 1, Bangsar Park, Bangsar,, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
| Moto | "Ilmu Pengetahuan Tangga Kejayaan" |
| Ditubuhkan | Januari 1974; 51 tahun |
| Nombor sekolah | 03-22847134 |
| Kod sekolah | WEB0256 |
| Pengerusi PIBG | En. Yazid bin Mohd Yasin |
| Pengetua | Pn. Hjh Salina binti Shaari |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Fuziah binti Mat Yakop |
| Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Sharmila a/p Bangaroo |
| Faks | 03-22835724 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar ialah sebuah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak di Lorong Maarof 1, Bangsar Park, Bangsar, Kuala Lumpur.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar (Integrasi) ini adalah salah satu sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan merupakan sekolah program sekolah amanah. Sekolah ini menyediakan subjek elektif Fizik, Kimia, Biologi, Rekacipta, Matematik Tambahan, Perniagaan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi, Pendidikan Seni Visual, Tasawwur Islam, dan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) seperti Kerja Paip Domestik (KPD) bagi murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
Pada Tahun 2024, Sekolah membenarkan semula pelajar perempuan untuk mengambil Mata Pelajaran Vokasional.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar (Integ) memiliki 533 pelajar lelaki dan 418 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 951 orang. Ia mempunyai seramai 73 orang guru.2009
Sejarah Sekolah
Ditubuhkan pada Januari 1974 dan didaftar pada 15 Januari 1979 dengan Pengerusi pertamanya Tan Sri Ahmad Perang.
Pengasas Sekolah
Pengetua pertama En. Ali bin Abu Bakar adalah pengasas sekolah ini. Beliau bertugas semenjak SMK Bangsar menumpang di SRK Lick Hung, Lembah Pantai sehingga SMK Bangsar berpindah ke bangunan yang sekarang. Beliau telah mengadakan beberapa perubahan dan kemajuan hingga Mei 1982 apabila tempat beliau diambil alih oleh En. Martin Spykerman.
Sejarah Penuh
Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar merupakan sebuah institusi pendidikan menengah yang berstatus campuran dan terletak di kawasan segi tiga strategik seluas lima hektar. Sekolah ini dikelilingi oleh pelbagai kawasan perumahan yang padat penduduk seperti Bangsar Park, Rumah Pangsa kos rendah Sri Pahang ( Perumahan Awam DBKL Sri Pahang ), Bukit Bandaraya, Kawasan Perumahan KTMB ( Flat KTMB Bukit Bangsar Dan Pangsapuri KTMB Bangsar Utama ) serta kawasan pinggir barat Bukit Persekutuan. Lokasinya yang berada di tengah-tengah kawasan perumahan ini menjadikannya sebuah institusi yang mudah diakses dan relevan bagi komuniti setempat.
Sekolah ini telah ditubuhkan pada bulan Januari tahun 1974 sebagai respon kepada pertambahan jumlah penduduk yang pesat di kawasan Bangsar dan sekitarnya. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini memulakan operasinya dengan hanya lima buah kelas, yang ketika itu menumpang di bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Lick Hung yang terletak di Lembah Pantai. Walaupun menghadapi kekangan dari segi kemudahan dan ruang, usaha gigih pihak sekolah dan sokongan masyarakat telah memungkinkan pertambahan dua buah lagi kelas pada tahun 1975 yang menumpang pula di Sekolah Rendah Kebangsaan Brickfields. Usaha penempatan sementara ini berterusan apabila sekolah ini seterusnya menumpang di SRK Methodist (P) pada tahun 1976.
Akhirnya, pada bulan April 1977, Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar berjaya berpindah ke bangunannya yang kekal dan digunakan sehingga ke hari ini. Satu pencapaian bermakna dalam sejarah sekolah ini berlaku pada tahun 1978 apabila sekolah mula menyediakan pendidikan khas bagi murid-murid berkeperluan khas, khususnya bagi pelajar cacat pendengaran. Program khas ini dimulakan dengan satu kelas tingkatan satu yang mengandungi seramai 23 orang murid, sekaligus menjadikan sekolah ini antara institusi yang peka terhadap keperluan pendidikan inklusif.
Idea penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar tercetus daripada keperluan mendesak untuk menyediakan sebuah institusi pendidikan yang berdekatan dengan tempat tinggal penduduk, khususnya mereka yang menetap di sekitar kawasan pembangunan perumahan seperti Rumah Pangsa Sri Pahang, Bukit Bandaraya dan Kawasan Perumahan KTMB. Seiring dengan pertambahan bilangan penduduk, wujud keperluan yang semakin mendesak untuk membina sebuah sekolah menengah yang bukan sahaja mampu menampung jumlah pelajar yang kian meningkat, tetapi juga dapat memberikan akses pendidikan yang saksama dan menyeluruh kepada anak-anak di kawasan ini.
Oleh yang demikian, penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar bukan sekadar memenuhi kehendak tempatan, tetapi lebih penting lagi, ia mencerminkan komitmen kerajaan dan masyarakat dalam menyediakan kemudahan pendidikan untuk semua lapisan masyarakat. Sekolah ini diwujudkan bagi memastikan bahawa setiap anak muda di kawasan sekitar mendapat peluang untuk menerima pendidikan berkualiti tanpa perlu berhadapan dengan kesulitan jarak dan kos perjalanan. Justeru, sekolah ini berperanan besar dalam membangunkan modal insan setempat, dan menjadi bukti jelas bahawa pendidikan adalah hak milik semua, bukan hanya untuk golongan tertentu, tetapi untuk manfaat seluruh masyarakat.
Senarai Pengetua
| Nama Pengetua | Tempoh Pentadbiran |
|---|---|
| En. Ali bin Abu Bakar | 1974-1982 |
| En. Martin Spykerman | 1982-1989 |
| Pn. Fatimah Zaharah bt Ahmad | 1989-1993 |
| Pn. Halimah bt Dato' Ali | 1993-1995 |
| Pn. Maimunah bt Yahya | 01 April 1995-
01 Disember 1995 |
| En. Rasiman bin Matsil | 1995-1996 |
| Pn. Lai Chik Peng | 16 Mac 1997-
16 Jun 1997 |
| Pn. Goh Thuan Jig nee Ho Sau Lai | 1997-1998 |
| Tn. Hj. Ab Rahman bin Asit (Bersara) | 1998-2003 |
| Pn. Hjh. Samsiah bt Ismail (Bersara) | 01 Januari 2004-15 November 2004 |
| Pn. Hjh. Zainab bt Hashim | 2005-2007 |
| Pn. Hjh. Nazifah bt Abdul Latiff | 2007-2012 |
| Pn. Hjh. Esaah bt Ismail (Bersara) | 2012-2015 |
| Pn. Hjh. Noraizan bt Mohamed (Bersara) | 2015-2018 |
| Pn. Ramlah bt Muda (Bersara) | 2018-2023 |
| Pn. Hjh. Salina bt Shaari (Bersara) | 4 Disember 2023 - 6 November 2025 |
Ikrar Sekolah
Kami,
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar
sesungguhnya berikrar dan berjanji,
akan memelihara nama baik sekolah ini,
dengan mematuhi segala peraturannya,
dan belajar bersungguh-sungguh,
demi kepentingan diri kami,
ibu bapa kami,
sekolah kami,
bangsa kami,
agama kami,
dan negara yang kami cintai ini.Lagu Sekolah
Maju ayuhlah maju,
Harumkan namamu selalu,
Disebut di mana jua,
Menjadi kemegahan kita,
Penggerak budaya ilmu,
Melahir insan cemerlang,
Berbakti penuh setia,
Pada nusa dan bangsa,
SMK Bangsar ternama,
Berjasa terus berjasa,
Mendidik dan mengasuh,
Putra putri tercinta,
Maju ayuhlah maju,
Harumkan namamu selalu,
Disebut di mana jua,
Menjadi kemegahan kita,Lirik= Abdul Halim Ahmad
Susunan= Md. Said Bidin
Misi & Visi Sekolah
MISI : Pendidikan Cemerlang, Individu Terdidik, PPPM Terlaksana
VISI : Mencermelangkan Pendidikan Di SMKB Untuk Melahirkan Individu Yang Holistik Bagi Melonjakkan Nama Sekolah Ke Peringkat Antarabangsa
Rumah Sukan
Para pelajar SMK Bangsar dibahagikan kepada 4 buah rumah sukan sejak kemasukan ke sekolah pada tingkatan satu. Sememangnya suatu tradisi bagi setiap pelajar mempunyai semangat rumah dan bersaing untuk menjulang rumah masing-masing dalam akademik, ko-kurikulum, sukan dan sebagainya. Rumah-rumah ini mempunyai satu matlamat iaitu untuk dinobatkan sebagai Rumah Terbaik pada hari Temasya Sukan Tahunan SMK Bangsar. Berikut merupakan 4 rumah sukan di SMK Bangsar :-
Nama Dahulu(Sekitar Tahun 80-90an)
| Rumah Sukan | Warna |
|---|---|
| Jelatek | Hijau |
| Bayan | Biru |
| Merbok | Merah |
| Serindit | Kuning |
Nama Kini
| Rumah Sukan | Warna |
|---|---|
| Jentayu | Hijau |
| Garuda | Biru |
| Helang | Merah |
| Rajawali | Kuning |
Alumni Bangsarian
- Black Hanifah, Penyanyi dan Pelakon
- Zahid Baharuddin, Penyanyi
- Isaiah Jacob, Ahli Dewan Negara
- Aman Graseka, Pelakon
- Azuar bin Md Tasi, Pemuzik
- Azlin binti Alias, Ahli Mangku Negara
Maklumat Am
| Maklumat | |
|---|---|
| Jenis Sekolah | Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan |
| Status Sekolah | Sekolah Gred A / Sekolah Integrasi / Sekolah Kewangan PTJ |
| No. Pigeon Hole | B 21 |
| Bilangan Blok Bangunan | 5 Buah |
| Keluasan Tanah | 5 Hektar |
| Bilangan Tenaga Pelajar | 64 orang (2024) |
| Bilangan Staf Sokongan | 12 orang (2024) |
Maklumat Asas Kelas
Berikut Merupakan Senarai Nama Kedudukan Kelas Bagi Tingkatan 1 Hingga 3
| Nama Kelas | Tingkatan 1-3 |
|---|---|
| MURNI | 3 Kelas |
| UNGGUL | 3 Kelas |
| HARMONI | 3 Kelas |
| KREATIF | 3 Kelas |
| JUJUR | 3 Kelas |
Manakala Ini merupakan Senarai Nama Kedudukan Kelas Bagi Tingkatan 4 & 5
| Nama Kelas | Tingkatan 4-5 |
|---|---|
| SETIA | 2 Kelas (Sains Tulen) |
| BESTARI | 2 Kelas (Sastera) |
| INOVATIF | 2 Kelas (Sastera) |
| EFEKTIF | 2 Kelas (Teknikal) |
| VOKASIONAL | 2 Kelas (MPV) |
Jumlah Keseluruhan Kelas Tingkatan Di SMK Bangsar Masing-masing Dari Tingkatan 1 - 5 Mempunyai 25 Buah Kelas
Manakala bagi pelajar pendidikan khas pula mempunyai 8 buah kelas. Bagi keseluruhan kelas ialah sebanyak 33 kelas.








