Sekolah Kebangsaan Sungai Udang | |
---|---|
Lokasi | |
Batu 11 1/2, Sungai Udang, 76300, Melaka,, Melaka Bandaraya Bersejarah Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 06-3512164 |
Kod sekolah | MBA2027 |
Guru besar | EN. MOHD ISHA BIN BAKAR |
GPK Pentadbiran dan Akademik | PN. ROSNANI BTE AHMAD ZAKARIA |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | PN. ROSLINDA BINTI ROSDI |
Faks | 6063512164 |
Sekolah Kebangsaan Sungai Udang atau nama ringkasnya SK Sungai Udang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Batu 11 1/2, Sungai Udang.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sungai Udang memiliki 546 pelajar lelaki dan 462 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1008 orang. Ia mempunyai seramai 57 orang guru.2009
Sejarah
Merupakan institusi pendidikan secara formal yang pertama ditubuhkan di Sungai Udang. Dibina atas daya usaha Ketua Kampung ketika itu iaitu Datuk Penghulu Mohd Amin Bin Mahbob dan masyarakat Sungai Udang pada tahun 1 Januari, 1908. Sekolah ini terletak di atas Tanah lot No. 184 serta cantuman tanah lot No. 182, 183 dan 180 iaitu tanah En. Kamat yang telah di beli oleh kerajaan British.
Pada asalnya dikenali sebagai Sekolah Melayu Sungai Udang, Melaka. Guru-guru yang mula mengajar di sekolah Melayu Sungai Udang pada 1 November 1908 ialah Tn Hj Manap B. Hj Dalip (Guru Besar), Tn Hj Long B. Hj Mat Amin dan En Katib Alang B. Hj Mat Amin. Murid-Muridnya pula seramai 67 orang dengan semuanya murid-murid lelaki dari darjah 1 hingga 4.
Pencapaian
Sekolah Kebangsaan Sungai Udang telah menjadi sejarah di dalam kawasan Melaka Tengah.Pada 2012,pelajar yang mendapat 5A dalam ujian UPSR adalah sebanyak 25 pelajar. Pada 2013, bilangan pelajar yang mendapat 5A telah menurun kepada 24 pelajar. Dalam bidang sukan, SKSU telah menjuarai permainan sukan Sofbol MSSN Melaka sebanyak 5 kali berturut. Mereka telah menghantar beberapa pemain daripada sekolah sendiri dan dari sekolah lain untuk membentuk satu kumpulan negeri Melaka. SKSU juga telah mendapatkan pingat perak dalam Kejohanan Piala Menteri Sekolah Melaka 2019.
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Sungai Udang
- Batu 11 1/2, Sungai Udang
- 76300, Melaka
- Melaka, Malaysia
- Telefon = 06-3512164
- Fax = 6063512164