Rencana ini perlu dirapikan bagi memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Masalah tertentu ialah: rencana ini ditulis langsung dengan tiada nada yang sepatutnya digunakan oleh rencana ilmiah. (Mac 2018) |
Sekolah Kebangsaan Sebatu | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Km 29, Kampong Sebatu, 77400, Sungai Rambai, Melaka Bandar Bersejarah Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Ilmu Penyuluh Hidup |
Nombor sekolah | 6062659505 |
Kod sekolah | MBA1023 |
Pengerusi PIBG | Encik Fauzi Bin Suleiman |
Guru besar | Cikgu Azman Bin Ahmad |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Cikgu Rosyati Binti Marzuki |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Cikgu Mohd. Agost Bin Abu |
Penolong Kanan Kokurikulum | Cikgu Norliza Binti Md. Yamin |
Faks | 6062659505 |
Laman sesawang | https://sksebatumelaka.blogspot.my/ |
Sekolah Kebangsaan Sebatu atau nama ringkasnya SK Sebatu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 29, Kampong Sebatu.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sebatu memiliki 147 orang pelajar lelaki dan 112 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 259 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009
SEJARAH SEKOLAH
Nama Sekolah
Berikut merupakan sejarah nama sekolah ini sejak penubuhannya:
- 1880 – 1955 : Sekolah Melayu Sebatu
- 1956 – 1964 : Sekolah Umum Sebatu
- 1965 – sekarang : Sekolah Kebangsaan Sebatu
Ketika belum mempunyai bangunan sekolah, kanak-kanak menumpang belajar di rumah orang.[perlu rujukan]
Bentuk-Bentuk Bangunan
Adalah dipercayai daripada penduduk Kg. Sebatu sendiri[nyatakan menurut siapa?] bahawa bangunan pertama didirikan sebelum tahun 1880 (dianggarkan). Bangunan ini beratap nipah dan bertiangkan kayu. Ia berdinding sekerat tanpa tingkap. Tiada sekatan bilik darjah pada bangunan pertama ini. Ketika itu, ia cuma berlantaikan tanah.
Bangunan pertama ini didirikan kira-kira 600 ela ke barat dari bangunan sekolah sekarang. Ia diasaskan oleh penduduk Sebatu dengan usaha masyarakat setempat secara bergotong-royong.
Dengan murid seramai 30 orang, sekolah ini mempunyai 2 buah bilik darjah yang dicat hitam. Guru-guru yang mula-mula mengajar di sini dilantik daripada kalangan orang yang tahu menulis dan membaca.
Pada tahun 1880, sekolah ini dinaikkan taraf kepada sekolah bantuan penuh (fully assisted school). Bangunan asalnya telah dirobohkan pada tahun 1898.
Bangunan baru yang mengandungi 5 buah bilik darjah telah didirikan pada 7 September 1927. Bangunan ini merupakan bangunan kayu yang tinggi. Ketika murid bertambah ramai, bahagian bawah bangunan ini telah diubah suai menjadi bilik-bilik darjah. Bilangan guru ketika itu seramai 5 orang.
Pada tarikh 1 Ogos 1960, sekolah ini mendapat bangunan tambahan separuh kekal. Ia mempunyai 4 buah bilik darjah. Bangunan ini didirikan bagi menampung bilangan muridnya yang semakin bertambah. Ketika itu, muridnya dianggarkan antara 327 hingga 350 orang.
Pada 13 Mei 1973, sekolah ini telah dimasukkan dalam kumpulan Sekolah Gred 'B' dan guru-gurunya adalah seramai 12 orang. Bangunan baru telah ditambah bermula dari tarikh tersebut Bangunan ini merupakan bangunan kekal dua tingkat yang mengandungi 4 buah bilik darjah, sebuah pejabat dan bilik Guru Besar, sebuah bilik guru, sebuah stor dan dua unit tandas.
Bangunan ini telah dilengkapi dengan bekalan air paip dan elektrik. Bilangan muridnya turut bertambah menjadi antara 400 hingga 450 orang. Bilangan gurunya turut bertambah menjadi 15 orang.
Bangunan lama yang diperbuat daripada kayu berbentuk 'L" kemudiannya telah dirobohkan pada 8 Jun 1985. Sebuah bangunan 3 tingkat telah didirikan di atas tapak yang ada sekarang.
Pada 8 Julai 1986, bangunan sementara yang diperbuat daripada kayu yang telah didirikan pada 1 Ogos 1960 telah dirobohkan dan bangunan baru telah digunakan. Murid-murid yang menuntut di situ semakin berkurangan menjadi 360 orang hingga 370 orang sahaja. Namun demikian, bilangan guru yang berkhidmat di sekolah ini telah ditambah menjadi 19 orang.
Senarai guru besar
Bil. | Nama | Tahun Berkhidmat |
1. | Encik Jedi | 1898 |
2. | Haji Md. Deni Bin Md. Salleh | 1898 - 1912 |
3. | Encik Abdul Rasul Bin Abdul | 1912 |
4. | Encik Ithnin Bin Md. Seh | 1912 - 1935 |
5. | Encik Daud bin Manaf | 1935 - 1937 |
6. | Hj. Jaafar bin Abd. Latif | 1937 - 1942 |
7. | Encik Md Deni bin Abd. Latif | 1942 - 1936 |
8. | Encik Md Lazi bin Baki | 1936 - 1966 |
9. | Encik Pit bin Ismail | 1967 - 1971 |
10. | Encik Abdul bin Muhammad | 1972 (setahun) |
11. | Encik Muid bin Lasim | 1973 - 1980 |
12. | Hj. Ahmad bin Hj. Hassan | 1981 - 1985 |
13. | Encik Yaakup bin Md. Yassin | Mei 1985 - 1987 |
14. | Hj. Abdullah bin Hassan | 1987 - 1993 |
15. | Encik Mat Jusin bin Hj. Mohd | 1993 - Jun 1996 |
16. | Encik Md. Sahak bin Johari | Jun 1996 - 1999 |
17. | Encik Othman bin Hj. Salleh | 2000 - 2001 |
18. | Encik Ab. Majid bin Bakar | 2001 - Jun 2009 |
19. | Pn. Normi binti Jantan | Jun 2009 - Julai 2010 |
20. | Encik Jasni bin Ramli | Julai 2010 - November 2011 |
21. | Encik Kamaruzaman bin Tawi | Disember 2011 - Mac 2014 |
22. | Encik Abbas bin Hj Juki | Mac 2014 - 23 November 2017 |
23 | Encik Azman Bin Ahmad | 16 Disember 2017 - Kini |
*Dikemaskini pada 07 Mac 2018 |
Maklumat Umum
Visi dan misi
Visi: Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Falsafah sekolah
Adalah satu institusi pendidikan yang mendidik, membimbing, dan memberi ilmu pengetahuan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berjaya, berketrampilan, berilmu pengetahuan dan boleh berfikir, beriman, beramal dan seterusnya dapat membina insan yang sempurna dan berguna kepada agama, bangsa dan negara berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Matlamat sekolah
Matlamat Sekolah Kebangsaan Sebatu:
- Memberi bimbingan dan didikan yang lebih efektif kepada semua murid ke tahap kecermelangan dalam dua bidang utama:
- Bidang Akademik
- Bidang Kokurikulum.
- Membentuk sahsiah diri murid yang menjurus kepada:
- Berakhlak mulia
- Bersopan santun
- Berbudi bahasa
- Berdisiplin
- Bertanggungjawab
- Berhemah tinggi
- Mewujudkan perpaduan, merapatkan silaturrahim,sayangkan
- Sekolah, keluarga dan negara.
- Menepati slogan: " Sekolahku Rumahku, Sekolahku Syurgaku"
Objektif sekolah
- Melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain rancangan yang ditetapkan oleh kerajaan dengan licin dan lancar.
- Berusaha dan menggembeleng tenaga yang ada bagi mencapai metlamat dan objektif sekolah serta kurikulum ke arah kecemerlangan.
- Segala masalah sekolah adalah masalah dan tanggungjawab bersama.
- Mengadakan perhubungan yang rapat dengan badan-badan pertubuhan tempatan dan jabatan lain.
- Mengadakan perhubungan yang erat dengan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah serta dengan sekolah jiran.
- Mewujudkan hubungan yang rapat dengan ibubapa / penjaga murid dan juga masyarakat tempatan.
- Membentuk satu kumpulan guru yang dedikasi dan yang benar-benar bersifat profesional serta mempunyai budaya kerja yang tinggi ketahanan serta bersifat ”Less Talk More Action” dan ” Berfikir Bagaimana Bertindak Segera ”
- Membentuk kepada perasaan membuktikan kemampuan kewibawaan peribadi terhadap tugasan dan tanggungjawab.
- Menggalakkan serta memberi kesempatan kepada guru-guru menyelia tugas-tugas sekolah sebagai latihan kepada kepimpinan yang berkesan dan dinamis.
- Mewujudkan dan memberi segala rasa tanggungjawab terhadap peningkatan prestasi pencapaian akademik dan ko-kurikulum sekolah.
- Memberi segala kemudahan daripada segala sudut agar mempunyai cita rasa serta keprihatinan terhadap tugas yang diperuntukkan.
Piagam pelanggan
Kami warga Sekolah Kebangsaan Sebatu, Melaka
Dengan penuh tekad dan iltizam,
Berikrar dan berjanji akan menumpukan
Seluruh usaha dan tenaga kami untuk;
- Memberi perkhidmatan yang mesra, berkualiti, cekap dan tepat.
- Mendidik murid memenuhi aspirasi dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Bekerjasama dengan semua pihak demi kebaikan sekolah dan anak didik kami.
- Memberikan khidmat kaunter yang mesra dan berkesan agar dapat memberikan kepuasan kepada semua pihak.
- Mengutamakan kecemerlangan pelajar dalam akademik, kokurikulum, dan mengambil berat tentang kebajikan semua warga sekolah.
Lencana sekolah
-
Lencana SKS
Simbol | Maksud |
---|---|
Bentuk Bulatan | Melambangkan kemuafakatan warga sekolah. |
Bunga Padi | Melambangkan kehidupan yang berisi dan bererti. Bernas dengan ilmu pengetahuan dan bererti dari segi hidup berbakti. |
Bintang | Melambangkan satu cahaya pedoman yang membawa harapan dan sinar baru |
Gajah | Melambangkan kekuatan |
Pena & Berus | Melambangkan kegigihan |
Buku | Melambangkan ilmu pengetahuan |
Warna Merah | Melambangkan keberanian dan sikap penyayang |
Warna Kuning | Melambangkan kesetiaan kepada Raja dan Negara |
Warna Hijau | Melambangkan penghayatan Islam yang syumul |
Warna Biru | Melambangkan lambang perpaduan warga sekolah |
Warna Putih | Melambangkan kesucian fizikal dan rohaniah |
Moto | “Ilmu Penyuluh Hidup” ialah moto yang menjadi inspirasi kepada warga Sekolah Kebangsaan Sebatu supaya giat berusaha demi untuk mencapai kejayaan dalam semua bidang. |
*Dikemaskini pada 07 Mac 2018 |
Lagu sekolah
Kekallah berbakti
Sekolah Kebangsaan Sebatu
Berjasa kepada bangsa dan negara
Jaya setia meninggikan cita
Maju ilmu pengetahuan
Mengasuh anak bangsa sejati
Dari bangsa mulia murni
Mohon bahagia kepada Tuhan
Semoga kekal abadi.
Pencapaian
- Memenangi Pertandingan Kantin Terbersih Peringkat Daerah Jasin tahun 2013.
- Memenangi Pertandingan Kantin Terbersih Peringkat Negeri Melaka tahun 2013.
- Memenangi Pertandingan Kantin Terbersih Peringkat Kebangsaan tahun 2013.
- Memenangi Anugerah Khas Juri PIBG Peringkat Kebangsaan tahun 2013.
Sukan Ragbi
- Pencapaian Tahun 2009
- MSSM Peringkat Negeri Melaka - Johan Negeri
- MSSM Peringkat Kebangsaan - Naib Johan Bowl
- Pencapaian Tahun 2008
- MSSM Peringkat Negeri Melaka - Johan Negeri
- MSSM Peringkat Kebangsaan - Separuh Akhir
- Cross Straits Cobra 10's (Bawah 13) - Peringkat Suku Akhir Cup/ Plate
- Pencapaian Tahun 2007
- MSSM Peringkat Negeri Melaka - Johan Negeri
- MSSM Peringkat Kebangsaan - Tempat Ke-4 Kebangsaan
- Pencapaian Tahun 2006
- MSSM Peringkat Negeri Melaka - Naib Johan Negeri
- MSSM Peringkat Kebangsaan - Tempat Ke-4 Kebangsaan
- Sekolah-Sekolah Juara MSSM/KRM - Tempat Ke-5 Kebangsaan
Sukan Bola Jaring
- Pencapaian Tahun 2009
- MSSM Peringkat Kawasan
- Pencapaian Tahun 2008
- MSSM Peringkat Kawasan - Johan Kawasan Merlimau
- Pencapaian Tahun 2007
- MSSM Peringkat Kawasan - Johan Kawasan Merlimau
GALERI WARISAN DAERAH KECIL SUNGAI RAMBAI, MELAKA
Galeri Warisan Sekolah Kebangsaan Sebatu telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2009 dan perasmiannya telah disempurnakan pada 14hb Ogos 2009 bersamaan 23 Syaaban 1430H oleh Yang Berhormat Datuk Wira Omar Bin Kaseh (Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka) mewakili Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd. Ali Bin Mohd. Rustam (Ketua Menteri Melaka).
Galeri ini memainkan peranan yang penting sebagai tempat penyimpanan khazanah bersejarah sekolah dan menjadi pusat rujukan kepada sekolah lain, pengunjung mahupun bekas pelajar sekolah ini. Melalui penubuhan ini juga, ia akan menjadi pancapersada dalam menyingkap dan mengingati kembali sejarah penubuhan SK Sebatu yang kini telah menjangkau usia 137 tahun.
Antara bekas pelajar SK Sebatu yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah ialah Prof. Dr. Jamaluddin Bin Md. Jahi, Prof. Madya Arbak Bin Othman, Datuk Haji Abd. Rahman Bin Haji Abu (DMSM, SSA, ASA, KMN, AMN, DCM, PJK, JP), Datuk Lizan Bin Hashim (DMSM), Datuk Nasir Bin Haji Ghani (DMSM, AMN, BCM, PPN), Tuan Haji Ahamd Zaini Bin Abdullah, En. Mohamed Bin Khamis, En. Khairul Anuar Bin Tawi, Dr. Haji Ahmad Fauzi Bin Abu, En. Zaidi Bin Harun, Dr. Haji Ahmad Fauzi Bin Haji Puasa, Allahyarham Datuk Haji Ahmad Dahlan Bin Haji Saleh (Bekas Exco Kerajaan Negeri Melaka).
Galeri Warisan ini dapat dijadikan perangsang dan motivasi kepada murid-murid SK Sebatu khasnya dan masyarakat setempat amnya. Secara tidak langsung pelajar akan dapat mencontohi kejayaan tokoh-tokoh terdahulu yang telah berjaya dalam pelbagai bidang. Kesinambungan satu persatuan bekas pelajar (ALUMNI) telah ditubuhkan bagi mengukuhkan lagi pencapaian akademik pelajar khasnya anak-anak Kampung Sebatu.
Objektif Penubuhan Galeri Warisan
- Menyingkap kembali sejarah penubuhan SK Sebatu yang berusia lebih 130 tahun;
- Mengenang kembali jasa-jasa dan sumbangan yang dicurahkan oleh masyarakat setempat untuk kemajuan sekolah;
- Mewujudkan Galeri atau Mini Muzium SK Sebatu sebagai tempat rujukan dan penyimpanan bahan-bahan sejarah sekolah;
- Membina jati diri kepada pelajar masa kini dan akan datang untuk cintakan sekolah;
- Pendedahan umumnya kepada masyarakat dan khasnya kepada bekas pelajar dan murid-murid SK Sebatu bagi mengetahui sejarah sekolah melalui penubuhan galeri warisan ini;
- Membentuk satu persatuan bekas pelajar (ALUMNI) SK Sebatu yang bertujuan mencurah khidmat bakti.
Logo Galeri Warisan
- Garisan melengkung mewakili garisan waktu sepanjang hayat sekolah ini sejak diitubuhkan sehingga sekarang.
- Empat kelopak bunga melambangkan kejayaan dan pencapaian anak didik sekolah ini dari segi akademik, sahsiah, ekonomi dan kokurikulum.
- Gerakan kelopak yang berlingkar mewakili pergerakan sekolah ini sejak ianya ditubuhkan.
- Garisan-garisan melengkung mewakili era globalisasi dan dunia tanpa sempadan yang dilalui oleh sekolah ini.
- Warna Biru melambangkan kedamaian dan ketenangan sinonim dengan warna rasmi Sekolah Kebangsaan Sebatu.
Pengasas Galeri Warisan Sekolah
Yang Berhormat Datuk Hassan Bin Abdul Rahman (D.M.S.M, B.K.T, P.J.K, B.K.C, PBB (Belia))[1][2] telah mencetuskan idea dan sumbangan tenaga sehingga terbinanya sebuah galeri warisan di pekan kecil Sungai Rambai.
Galeri yang siap dibina ini pada tahun 2009 diletakkan di Sekolah Kebangsaan Sebatu kerana sekolah ini merupakan sekolah terawal dibina dan yang tertua di kawasan Sungai Rambai dan sekitarnya.
Kini,[bila?] beliau menjawat jawatan sebagai EXCO Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Melaka.
Pemandangan luar dan dalam Galeri Warisan Sekolah
Pandangan luar
Ruang dalaman
Tokoh Galeri Warisan
Nama Tokoh | Jawatan |
---|---|
Allahyarham Datuk Haji Ahmad Bin Dahalan | Bekas EXCO Kerajaan Negeri Melaka |
Dr. Ahmad Fauzi Bin Haji Puasa | Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia |
Major (B) Mohamed Bin Khamis | General Manager Nadi Ayu Technologies / Managing Director Advance Sports Management |
Encik Zaidi Bin Haron | Director & Vice President Monument Mining Limited |
Dr. Haji Ahmad Fauzi Bin Abu | Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor |
Encik Khairul Anuar Bin Tawi | Cheif Officer KAT Group Of Companies |
Professor Dr. Jamaluddin Bin Md. Jahi | Felo Utama Institut Akedemi Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia |
Professor Madya Arbak Bin Othman | Pensyarah Bahasa & Linguistik Melayu, Universiti Putra Malaysia |
Datuk Haji Abdul Rahim Bin Haji Abu
(DMSM, SSAA, ASA, KMN, AMN, DCM, PJK, JP) |
Bekas Setiausaha Politik Menteri Belia & Sukan |
Tuan Haji Ahmad Zaini Bin Abdullah | Pengarah Urusan ZAR Consultance (M) Sdn. Bhd. |
Datuk Md. Nasir Bin Haji Ghani
(DMSM, AMN, BCM, PPN) |
Pengerusi Hankyu Logistik (M) Sdn. Bhd. |
Datuk Lizan Bin Hashim
(DMSM) |
Pengarah Urusan Kak Long Chalet / Pengarah Urusan Lizan Hashim Transport |
Khazanah
Replika sekolah asal dan pakaian rasmi sekolah
Khazanah | Maklumat | Video |
Replika bangunan sekolah ini merupakan struktur dan bentuk asal Sekolah Kebangsaan Sebatu kini.
Bangunan berbentuk 'L' ini dibuat daripada kayu. Terdapat beberapa bangunan didirikan di sekitarnya seperti rumah guru dan tandas. Sekolah ini juga mempunyai sebuah perigi. Replika ini telah dihasilkan oleh bekas murid sekolah ini iaitu Encik Ayub Bin Sahabuddin. |
Replika Bangunan Sekolah Umum Sebatu Tahun 1927 | |
Pakaian sekolah rasmi yang pernah digunakan sehingga ke hari ini. | Pakaian Rasmi Sekolah |
Buku-buku catatan dan rekod sekolah
Khazanah | Maklumat | Video | |
---|---|---|---|
Buku daftar masuk sekolah murid tahun 1950 sehingga 1956 | Buku Daftar Masuk Sekolah | ||
Buku catatan perharian guru tahun 1954 sehingga 1957 | Buku Catatan Guru Perharian Tahun 1954-1957 | ||
Buku catatan perharian guru tahun 1954 sehingga 1957 | Buku Catatan Perharian Guru Tahun 1954-1957 | ||
Buku minit mesyuarat Lembaga Pengurus Sekolah dari tahun 1964 sehingga 1973 | Minit Mesyuarat LPS Tahun 1964-1973 | ||
Tahun 1973-1975 |
Buku minit mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tahun 1973 hingga 1975 | Minit Mesyuarat PIBG Tahun 1973-1975 | |
Buku catatan guru bertugas mingguan dalam tahun 1974 sehingga 1975 | Buku Catatan Guru Bertugas Mingguan |
Peralatan pejabat sekolah
Khazanah | Maklumat | Video |
---|---|---|
Mesin taip ialah peranti elektronik, elektromekanik atau mekanik dengan set kekunci yang, apabila ditekan, menyebabkan huruf dicetak pada dokumen, biasanya kertas. Mereka yang menggunakan mesin taip dikenali sebagai jurutaip. Mesin taip mempunyai kekunci mesin taip, dengan kekunci untuk huruf pada muka taip. Kaedah bagaimana mesin taip meletak tanda pada kertas sekarang pelbagai sebagaimana jenis pencetak. Akan tetapi sehingga akhir abad ke-20, ia merupakan dengan hentaman logam (atau, kemudiannya, unsur jenis plastik berlogam pada jalur berdakwat yang menyebabkan dakwat melekat pada kertas). Kertas karbon kadangkala diselit antara beberapa lapisan kertas agar salinan huruf dicetak pada setiap lapisan kertas. Untuk sebahagaian besar abad ke-20, mesin taip merupakan alat penting di pejabat dan kebanyakan penulis. Kini[bila?] walaupun masih popular digunakan, bagi beberapa orang penulis dan di negara kurang maju, mesin taip kebanyakannya telah digantikan dengan pemproses kata pada komputer peribadi. | Mesin Taip Pejabat | |
Alat pencetak tahun 1970 untuk mencetak kertas-kertas. | Alat Pencetak Tahun 1970 | |
Mesin membalut kertas dalam tahun 1991 | Mesin Laminate Kertas | |
Radio perakam kaset ini adalah dalam tahun 1960 sehingga 1970. | Radio Perakam Kaset (Audiotronic) |
Kelengkapan pengajaran dan pembelajaran sekolah
Khazanah | Maklumat | Video |
---|---|---|
Projektor buatan Jerman. Luas paparan pancaran adalah dalam 6x6 inci | Projektor MC250 yang menyerupai EnnaScop 2000 | |
Slaid projektor merupakan peranti opto-mekanikal yang akan memaparkan imej secara grafik bergambar. Slaid projektor ini berfungsi seperti projektor masa kini, cuma dibezakan berdasarkan bentuk, butang fungsi dan peleraian paparan. | Slide Projector |
Peralatan harian dan dapur
Khazanah | Maklumat | Video |
---|---|---|
Seterika arang diperbuat daripada tembaga dan bentuknya adalah lebih kurang sama dengan bentuk seterika moden pada masa kini tetapi ia mempunyai saiz yang agak besar dan tinggi. Ia dibahagikan kepada dua bahagian dan mempunyai pemegang yang agak selesa bagi menggosok pakaian. Pada bahagian atasnya, ada penutup yang boleh dibuka dan ditutup untuk meletakkan arang. Kayu arang terlebih dahulu dibakar sehingga merah membara (menjadi bara). Kemudiannya, arang dimasukkan ke dalam badan seterika dan ditutup. Seterika akan ditekap ke atas daun pisang terlebih dahulu bagi mengawal tahap kepanasan seterika untuk disesuaikan dengan pakaian yang ingin digosok. Beberapa helai pakaian boleh diseterika dalam satu-satu masa dan jika seterika menjadi kurang panas, arang akan diganti dengan bara yang baru. Arang perlu dbuang atau dikeluarkan dari seterika setelah selesai menggosok pakaian. Lazimnya, ia boleh digunakan semula sebagai bahan bakar untuk memasak di dapur kayu. | Cara Menggunakan Seterika Besi @ Arang | |
Batu giling ialah satu alat yang dugunakan bagi penyediaan bahan memasak. Ia merupakan satu alatan penting pada masa dahulu dan digunakan bagi menghancurkan rempah-ratus yang akan digunakan bagi memasak. Ia biasanya terdiri daripada dua bahagian, iaitu batu hampar dan batu penggiling (anak).
Kegunaan bagi gilling berbeza dengan lesung batu dari segi batu giling digunakan bagi menghancurkan bahan dengan lebih lumat dan halus. Batu giling mengisar secara mendatar manakala lesung menumbuk secara menegak. |
Cara Menggunakan Batu Giling @ Lagan | |
Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.
Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar. Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung. |
Labu Sayong | |
Kebanyakannya diperbuat daripada tanah liat kerana tahan panas. Bahagian hujung ialah pemegang dan mempunyai penutup. Sehingga kini ia masih diguna di restoran atau kedai makan bagi juadah nasi tanah liat. | Periuk Tanah | |
Periuk yang digunakan untuk mengukus nasi. Di bahagian dalamnya terdapat lubang untuk wap dan haba naik ke dalam. | Periuk Kukus Tanah |
Seni dan permainan tradisional
Khazanah | Maklumat | Video |
Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat. | Seni Tekat Melayu | |
Permainan tradisional di Malaysia merupakan permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak dan ibu-bapa mereka. Ia merangkumi semua permainan suku kaum di Malaysia. | Alat Permainan Tradisional |
Piala kejohanan
Khazanah | Maklumat | Video |
Piala kejohanan dalam sukan dan olahraga yang pernah dimenangi bagi setiap pertandingan.
Piala berwarna emas seakan-akan tembaga. |
Piala Kejohanan |
Video Galeri Warisan SK Sebatu
Sekolah-sekolah ahli Galeri Warisan
Terdapat 9 buah sekolah yang telah menjadi ahli galeri ini iaitu:
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai
- Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai
- Sekolah Kebangsaan Sebatu
- Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat
- Sekolah Kebangsaan Batu Gajah
- Sekolah Kebangsaan Parit Gantong
- Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu
- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa
- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pay Min
Persatuan ALUMNI SK Sebatu
Aktiviti-aktiviti Galeri Warisan Sekolah
Majlis perasmian Galeri Warisan Sekolah daerah kecil Sungai Rambai
Mengecat dinding dan melukis semula mural
tengah | tengah | ||||
tengah |
Program Homestay Hippo Club Jepun
Tarikh: 02 April 2010
Tempat: SK Sebatu, Sungai Rambai, Melaka
Dirasmikan Oleh: Tuan Haji Daud Bin Abdull, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Melaka.
Kumpulan sasaran: 30 orang pelajar Jepun berusia 10-17 tahun dan 5 orang guru
Pengenalan | Matlamat | Objektif |
---|---|---|
Jabatan Pelajaran Negeri Melaka sekali lagi telah diberi mandat oleh Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK) KPM untuk mengelolakan Program Homestay Pelajar Jepun "Hippo Family Club" ke Malaysia. Program ini disertai oleh 30 orang pelajar sekolah rendah dan 5 orang guru pengiring yang akan bermula pada 27 Mac 2010 sehingga 02 April 2010. Bagi melancarkan perjalanan program ini, pihak jabatan melantik SK Sebatu, Sg. Rambai sebagai sekolah hos/ angkat. | Program ini berbentuk dua hala dan berkonsepkan homestay. Matlamat utama program ini ialah memberi peluang kepada pelajar negara Jepun mengenali budaya dan sistem persekolahan di Malaysia. Program ini akan tertumpu kepada aktiviti-aktiviti interaksi melalui program di sekolah, persembahan kebudayaan serta lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan menarik di Melaka. |
|
Keratan Akhbar Penubuhan Galeri Warisan
Sambutan Hari Kemerdekaan
ALAMAT
- Sekolah Kebangsaan Sebatu
- Km 29, Kampong Sebatu
- 77400, Sungai Rambai
- Melaka, Malaysia
- Telefon = 6062659505
- Faks = 6062659505
RUJUKAN
- ^ "Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri". Portal Rasmi Kerajaan Melaka. Dicapai pada 22 Oktober 2017. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "ADUN Tanah Jasin, Melaka". Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Jasin, Melaka. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 22 Oktober 2017. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)