| Sekolah Kebangsaan Parit 4 | |
|---|---|
| Lokasi | |
Malaysia  | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan | 
| Nombor sekolah | 332246206 | 
| Kod sekolah | BBA6006 | 
| Faks | 332246206 | 
Sekolah Kebangsaan Parit 4 atau nama ringkasnya SK Parit 4, merupakan sebuah sekolah kerajaan  yang terletak di Kampung Parit 4, Jalan Pekan Selasa, Sungai Haji Dorani,.
Sekolah ini merupakan sekolah luar bandar dan terletak di tepi Terusan Utama (Ban Kenal) yang merupakan projek pengairan padi dari Tanjung Karang ke Sabak Bernam .
Sekolah ini mempunyai 3 blok untuk pembelajaran , sebuah kantin, sebuah surau dan satu blok pentadbiran / bilik guru.
Pada 2025, Sekolah Kebangsaan Parit 4 memiliki 69 murid lelaki dan 80 orang murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 149 orang. Ia mempunyai seramai 18 orang guru dan 3 kakitangan sokongan.2025
Sejarah
SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT 4
Sekolah Kebangsaan Parit 4 pada asalnya ditubuhkan dan dibina oleh penduduk-penduduk setempat yang diketuai oleh 3 orang Sidang iaitu Sidang Hj. Yahya B. Bakar, Sidang Hj. Ajid B. Kasim dan Sidang Mat Ulu B. Monel. Ia adalah disebabkan penduduk tidak perlu menghantar anak-anak mereka belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani yang sejauh 3 KM dari penempatan mereka. Pada awalnya, bangunan sekolah ini beratap zink, berdinding suku dan hanya berlantaikan tanah.Ianya siap dibina pada 10 Julai 1951.
Pada peringkat permulaan, sekolah ini telah menerima kemasukan seramai 70 orang murid dan 4 orang guru sahaja.Kemudian, sekolah ini telah diperbaiki oleh kerajaan demi keselesaan pembelajaran murid, iaitu dindingnya telah dipenuhkan sehingga ke atas dan lantainya turut disimen.Pada awal tahun 1953, sebuah bangunan sekolah tambahan telah didirikan oleh kerajaan.
Pada tahun 1968, sebuah kantin telah didirikan oleh kerajaan bagi menggantikan kantin yang sudah lama dan uzur, pembinaannya siap dalam bulan November 1968.Dalam tahun 1976 iaitu pada awal bulan Mac pula, akibat dari perkembangan dan pertambahan murid iaitu seramai 515 orang dan 17 orang guru termasuk guru besar, sebuah bangunan tambahan 2 tingkat yang mengandungi 9 bilik darjah, sebuah bilik rehat guru, sebuah pejabat, sebuah bilik guru besar, dan sebuah bilik stor telah dibina, ianya siap pada tahun 1977. Bangunan ini telah dirasmikan pada 28 Mei 1978 oleh YAB. Dato’ Hormat bin Rafei (Menteri Besar Selangor) .
Sumber : https://skparit4.weebly.com/sejarah-sekolah.html
Pencapaian
Johan Keseluruhan Kejohanan Merentas Desa MSSD Sabak Bernam 2024
Naib Johan Keseluruhan Kejohanan Merentas Desa MSSD Sabak Bernam 2025
Tempat ke 4 (Perempuan Bawah 12 tahun) Kejohanan Hoki MSS Selangor 2024
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Parit 4
 - Parit 4, Jalan Pekan Selasa, Sungai Haji Dorani,
 - Selangor, Malaysia
 - Telefon = 332246206
 - Fax = 332246206
 
Carta Organisasi
Berikut merupakan carta organisasi SK Parit 4 pada 28 Oktober 2025 :
Guru Besar : Encik Amran bin Shaary
Penolong Kanan Pentadbiran : Encik Azlizam bin Muhamad
Penolong Kanan HEM : Encik Mohd Rizal bin Salimin
Penolong Kanan Kokurikulum : Puan Nismalita binti Alang Ismail
Guru-guru
- Shahrulazman Bin Mohamed Saif
 - Muhammad Najib Bin Zakaria
 - Ahmad Zhafri Bin Mohd Noor
 - Ghazali Bin Shahari
 - Abdullah Bin Saad
 - Salehuddin Al As Bin Anuas
 - Siti Maizatul Asma Binti Mohd Sail
 - Nizah @ Azizah Binti Mat Kunting
 - Nor Hafizah Binti Ibrahim
 - Intan Sofiah Binti Mohd Tahir
 - Azirawati Binti Bahari
 - Sri Kenanga Binti Jaafir
 - Umi Nadzirah Binti Takim
 - Fakharuddin bin Othman
 








