Sekolah Kebangsaan Masai | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Jalan Tengah, 81750, Masai, Johor Darul Takzim![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6072551687 |
Kod sekolah | JBA1016 |
Pengerusi PIBG | HJ ZULKIFLI |
Guru besar | AZIAN BIN ZAINUL BIDIN |
GPK Pentadbiran dan Akademik | ROKIAH EUSOFF |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | YURIZANI |
Penolong Kanan Kokurikulum | MOHD FAHMIIZANI |
Faks | 6072551687 |
Sekolah Kebangsaan Masai atau nama ringkasnya SK Masai, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Tengah.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Masai memiliki 453 orang pelajar lelaki dan 425 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 878 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru.2009
Sejarah
Sejarah SK Masai
SEJARAH DAN KEMAJUAN
SEKOLAH KEBANGSAAN MASAI
Sekolah Kebangsaan Masai telah didirikan pada tahun 1947 dan dikenali sebagai Sekolah Rakyat Masai. Tapak asalnya ialah 63, Jalan Besar, Masai. Pengasas Sekolah ini ialah:
1.Allahyarham Tuan Haji Aziz B Hussein.
2. Allahyarham Tuan Haji Abd. Rahman B Haji Jumaat.
3. Beberapa orang polis dan beberapa orang penduduk.
Penubuhan sekolah ini mendapat sokongan Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu ketika itu. Pelajar asal berjumlah 25 orang dengan seorang guru bernama Allahyarham Ibrahim B Hitam yang bertindak sebagai guru besar pertama di Sekolah Rakyat Masai.
Pada tahun 1955, Sekolah Rakyat Masai ditukar namanya kepada Sekolah Umum Masai. Pada tahun 1965, namanya bertukar kepada Sekolah Kebangsaan Masai. Luas sekolah ini ialah 129 rod dan 8 pol. Panjangnya 4000 kaki dan lebarnya 236 kaki.
Sekolah Kebangsaan Masai telah ditadbir oleh beberapa orang guru besar iaitu:
1. Allahyarham Tn. Hj. Makmor B Hitam.
2. En. Ahmad Ismail
3. En. Seth.
4. En. Saiful B. Mulok (1987)
5. En. Abdul Hamid B Abdullah (1988)
6. En. Abdullah B Hj Ishak (1992)
7. En. Ismail B Atan (1997)
8. Tn. Hj. Abd Rahman B Mokhtar (1999)
9. En. Shamsuddin B Yamhari (2000)
10. Tn. Hj. Musa B Mastor (2001)
11. En. Nasron B Osman (2003)
12. Tn. Hj. Zainuddin B Alie (2007)
13. Tn. Hj. Sa’don B Jufrin (2008)
14. Cik Kalsom Bt Saleh (2009)
Pencapaian
JOHAN SAHIBBA PERINGKAT NEGERI JOHOR - 2019 JOHAN SAHIBBA PERINGKAT KEBANGSAAN - 2019
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Masai
- Jalan Tengah
- 81750, Masai
- Johor,
Malaysia
- Telefon = 6072551687
- Faks = 6072551687