| Sekolah Kebangsaan Lubuk Sireh | |
|---|---|
| [[imej:||center]] | |
| Lokasi | |
Malaysia | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
| Moto | MEMBURU IMPIAN, MENCIPTA KEJAYAAN |
| Ditubuhkan | 01 JANUARI 1989 |
| Nombor sekolah | 6049457945 |
| Kod sekolah | RBA0080 |
| Pengerusi PIBG | YDP En. Norzaidi Bin Hamad |
| Guru besar | Ustaz Muhamad Zaim Bin Zanol |
| GPK Pentadbiran dan Akademik | Cikgu Roshita Binti Bidin |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Cikgu Mohd Fauzi Bin Salleh |
| Penolong Kanan Kokurikulum | Cikgu Hasrul Bin Abu Hassan |
| Faks | TIADA |
![]() | |
Sekolah Kebangsaan Lubuk Sireh atau nama ringkasnya SK Lubuk Sireh, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 26, Jln Padang Besar (U), Pdg. Besar.
Pada 2025, Sekolah Kebangsaan Lubuk Sireh memiliki 175 pelajar lelaki dan 150 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 325 orang. Ia mempunyai seramai 32 orang guru.2025
Sekolah Kebangsaan Lubuk Sireh (SKLS) ditubuhkan pada 1 Januari 1989. Pada peringkat awal, gerai Majlis Perbandaran Kangar digunakan sebagai bangunan sekolah. Sekolah ini terletak dalam kawasan penempatan semula penduduk yang terlibat dengan projek pembinaan Empangan Timah Tasoh. Guru Besar yang ditugaskan mentadbir sekolah ini ialah Encik Kamarudin b. Che Kassim. Pada ketika itu, beliau hanya dibantu oleh 7 orang guru. Pada 9 Jun 1989,penubuhan PIBG telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohamad b. Saad, KPP Unit Sekolah Rendah, Jabatan Pelajaran Negeri Perlis.
Lagu Sekolah
Beriman dan berilmu, Menuju wawasan, Tekun berusaha, Ke arah pendidikan, Kami semaikan di dalam hati, Demi capai cita-cita murni, Islam kami jadikan pegangan, Displin sentiasa, Pada ibu dan bapa,Kan ku balas jasa, Kepada mu bangsa,Membela negara, Ini harapan, Sekolah Kebangsaan,Lubuk Sireh, Beriman..beramal...dan berilmu..
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Lubuk Sireh
- Km 26, Jln Padang Besar (U), Pdg. Besar
- 02100, Padang Besar
- Perlis, Malaysia
- Telefon = 6049457945
- Fax = TIADA









