Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Sabak Bernam | |
---|---|
Lokasi | |
![]() MALAYSIA | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah luar bandar |
Moto | "Bersatu Mencegah Perbezaan" |
Nombor sekolah | 03-32161285 |
Kod sekolah | BBB6028 |
Pengerusi PIBG | Encik Kamarjaman bin Mijek |
Pengetua | Encik Zulkipli bin Sarbini |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Hajah Junaidah binti Ismail |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Wahyu Hidayat bin Hasim |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Mohd Baharuddin bin Ab Majid |
Faks | 03-32161285 |
Laman sesawang | www.skkjsb.blogspot.my |
Sekolah Kebangsaan Khir Johari atau nama ringkasnya SK Khir Johari, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Raja Chulan, Sabak Bernam, Selangor.
Pada 2020, Sekolah Kebangsaan Khir Johari memiliki 189 murid Melayu, 28 murid India, 1 murid Cina dan 5 murid berbangsa lain, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 220 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru (10 guru lelaki, 21 guru perempuan), 10 kakitangan sekolah (1 pembantu tadbir, 1 pembantu operasi, 1 juruteknik komputer, 2 pembantu pengurusan murid Prasekolah, 4 pembantu pengurusan murid PPKI dan 1 pekerja rendah awam.2020
SK Khir Johari kini mempunyai 6 kelas aliran perdana (1 Cemerlang, 2 Gemilang, 3 Amanah, 4 Dedikasi, 5 Kreatif, 6 Inovatif), 5 kelas Pendidikan Khas, 2 kelas prasekolah (Kelas Mutiara, Kelas Permata), 13 bilik-bilik khas (Bilik Pemulihan, Bilik j-QAF, Bilik RBT, Bilik Kesenian, Bilik Muzik, Bilik Pendidikan Moral, Bilik SPBT, Bilik Kesihatan, Makmal Sains, Bilik Akses, Makmal Komputer, Perpustakaan, Bilik Tayangan).2020
Sejarah
Sekolah ini dibina pada tahun 1952 dengan nama “Government English School” Sabak Bernam. Pada tahun 1960 dikenali sebagai “National Type Primary (English) School” dan berpindah ke bangunan sekarang pada tahun 1965. Ditukar nama ke Sekolah Rendah Kebangsaan (S.R.K) Khir Johari pada 7 Julai 1968. Pada tahun 1998 bertukar nama menjadi Sekolah Kebangsaan (S.K) Khir Johari. Naik taraf menjadi sekolah Gred ‘A’ mulai 1 Januari 1998.
Bangunan sekolah terdiri daripada :
- 4 blok bangunan lama satu tingkat dan 1 blok bangunan taraf gotong-royong.
- Dua blok bangunan dua tingkat : Blok USM & Blok UM
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Khir Johari
- Jalan Raja Chulan,
- 45200 Sabak Bernam,
- Selangor, Malaysia
- Telefon : 03-32161285
- Fax : 03-32161285
- Emel : bbb6028@moe.edu.my
- Laman web rasmi : https://skkjsb.blogspot.my/
- Facebook page : https://www.facebook.com/skkjsabakbernam
- Logo sekolah : https://drive.google.com/file/d/1aZuKACjgM9oQCOkc_qWTAb06zizDLiDU/view?usp=sharing