Sekolah Kebangsaan Jalan Empat atau nama ringkasnya SK Jalan Empat, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang mempunyai 2 sesi, pagi dan petang. Ia terletak di Jalan 4/8, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Jalan Empat memiliki 987 pelajar lelaki dan 980 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1967 orang. Ia mempunyai seramai 101 orang guru.2009
Di sebelah sekolah ini terletak Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat (JESS). Sekolah ini juga terletak tidak jauh daripada Sekolah Kebangsaan Jalan 3 (SEJATI) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga.
Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mendapat taraf Sekolah Kluster Kecemerlangan pada Tahun 2015.
Sekolah ini juga dikenali sebagai JEPS iaitu singkatan daripada Jalan Empat Primary School.
Menjelang Tahun 2020, murid-murid JEPS melebihi 2400 orang murid dan mempunyai kekuatan tenaga kerja seramai 128 orang guru dan 7 orang staf sokongan.
| Sekolah Kebangsaan Jalan Empat | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Jalan 4/8, Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Bangi, Selangor Malaysia | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
| Moto | Berilmu Berdisiplin Bertaqwa |
| Ditubuhkan | 2001 |
| Nombor sekolah | 03-89256971 |
| Kod sekolah | BBA4045 |
| Pengerusi PIBG | - |
| Guru besar | - |
| GPK Pentadbiran dan Akademik | - |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | - |
| Penolong Kanan Kokurikulum | - |
| Faks | 03-89256975 |
| Laman sesawang | http://www.jeps.edu.my/ |
Sejarah
JEPS merupakan sekolah keempat yang dibina di Bandar Baru Bangi dengan keluasan 2.884 hektar. Sekolah ini mula dibina pada pertengahan tahun 1999 dan siap sepenuhnya pada tahun 2001. Rekabentuk sekolah adalah berkonsepkan ‘design and build’ secara runding harga antara Syarikat Umi-Rose dan Kementerian Kemasyrakatan Malaysia.
Sekolah mula beroperasi sepenuhnya pada 9 Julai 2010 dengan kekuatan pengajar seramai 240 orang guru dan seramai 6000 orang murid Tahun 1 hingga 3 dari SK Jalan 3 yang beralamat di Seksyen 4.
Encik Zulkifli bin Tahir yang merupakan “care taker” sekolah telah dilantik sebagai Penolong Kanan 1, pada masa itu. Manakala, Guru Besar yang pertama ialah Puan Hafsah bt Abd Hamid. Puan Hafsah dan En Zulkifli telah bersama-sama mencipta lencana dan bendera sekolah. Lirik lagu sekolah dicipta oleh Puan Hafsah manakala lagunya adalah gubahan daripada seorang pensyarah kepada guru muzik ketika itu iaitu Puan Zatinah.
Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi merupakan sebuah sekolah gred B dan bertaraf luar bandar, di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat.
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Jalan Empat
- Jalan 4/8, Bandar Baru Bangi
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 03-89256971
- Faks = 03-89256975








