| Sekolah Kebangsaan Dumpar | |
|---|---|
![]() | |
| Lokasi | |
| JKR 390, Jln Junid, 84000, Muar,, Johor Darul Takzim | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
| Nombor sekolah | 6069546343 |
| Kod sekolah | JBA5018[1] |
| Pengerusi PIBG | En Amirizam Bin Abd Rahman |
| Guru besar | Pn. Tuminah Binti Disun |
| GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn Normasati Binti Mohd Rabu |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En Hazimin Bin Razali |
| Penolong Kanan Kokurikulum | En. Mohd Azam Bin Mansor |
| Faks | 6069546343 |
| Laman sesawang | Sekolah Kebangsaan Dumpar |
| Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google | |
Sekolah Kebangsaan Dumpar atau nama ringkasnya SK Dumpar, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di JKR 390, Jln Junid.
Pada 2025, Sekolah Kebangsaan Dumpar memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 339 orang. Ia mempunyai seramai 3 orang AKP dan 26 orang guru.April 2025
Sejarah
Sekolah Kebangsaan Dumpar pada asalnya bermula sebagai Sekolah Dumpar Tinggi Muar. Perkataan "Dumpar" dalam nama sekolah diambil sempena daripada perkataaan "dampar", ini adalah kerana keadaan pantai di Jalan Junid kelihatan terdampar luas. Lantas sekolah yang terletak dikawasan pantai yang terdampar luas itu dinamakan Sekolah Dumpar. Pada masa dahulu simpang empat di Jalan Khalidi - Jalan Abdul Rahman yang sekarang ini diadakan bulatan (round-a-bout) juga dikenali sebagai simpang empat Dumpar.
Sekolah Kebangsaan Dumpar yang ada kini telah mula dibina pada tahun 1930. Ia digunakan pada awal tahun 1931 dengan nama Sekolah Melayu Dumpar Tinggi. Guru Besar pertamanya ialah En. Ibrahim bin Muhamad. Aliran kelasnya bermula dari darjah tiga dan empat. Murid darjah satu dan dua di tempatkan di Sekolah Melayu Dumpar Rendah ( Sekarang ini telah dirobohkan dan berdekatan dengan asrama Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar). Keistimewaan sekolah ini pelajar yang bersekolah di sini yang tamat darjah empat boleh menjadi guru.
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Dumpar
- JKR 390, Jln Junid
- 84000, Muar
- Johor, Malaysia
- Telefon = 6069546343
- Fax = 6069546343
Rujukan
- ^ Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018









