Penyumbang utama di rencana ini nampaknya mempunyai hubungan rapat dengan subjek. (September 2017) |
Sekolah Kebangsaan (P) Durian Daun | |
---|---|
Lokasi | |
Melaka, Melaka Tengah, Melaka Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan |
Nombor sekolah | 6062824820 |
Kod sekolah | MBB2042 |
Pengerusi PIBG | Tuan Haji Rosdin Bin Baba |
Guru besar | Encik Abu Samah bin Ahmad |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Hajah Rugayah binti Mi'an |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Umi Kalsom binti Hj. Buang |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Nor Aini binti Harun |
Faks | 6062824820 |
Laman sesawang | http://skpduriandaunmelaka.blogspot.my/ |
Sekolah Kebangsaan (P) Durian Daun atau nama ringkasnya SK (P) Durian Daun merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Durian Daun, dalam bandar Melaka.
Pada 2016, seramai 171 orang murid dari pra-sekolah hingga darjah Enam belajar di Sekolah Kebangsaan (P) Durian Daun. Kini,[bila?] ia mempunyai seramai 19 orang guru.
Pada 2017, seramai 164 orang murid dari pra-sekolah hingga tahun enam belajar di sini dengan seramai 19 orang guru. Pada tahun 2017, usia SK (P) durian Daun Melaka telah mencapai 62 tahun.
Sejarah
Nama asal SK Perempuan Durian Daun ialah Durian Daun Girls School. Sekolah ini ialah sekolah rendah kerajaan (aliran Inggeris) yang pertama di negeri Melaka khas untuk murid perempuan sahaja. Mulai 1 Januari 1970, nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Perempuan Durian Daun. Perubahan berlaku disebabkan pertukaran aliran bahasa pengantar kepada Bahasa Kebangsaan. Pada tahun 1994, sekali lagi nama sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Perempuan Durian Daun selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bangunan asal didirikan pada tahun 1954 dan mula digunakan pada tahun 1955. Bangunan tersebut terdiri daripada 1 blok dua tingkat yang mengandungi sebuah anjung, 6 buah bilik darjah, sebuah pejabat, 1 buah bilik guru dan 3 buah stor kecil dan tandas. Bangunan tambahan kedua meliputi 3 buah bilik darjah, PSS, klinik pergigian, surau, kantin, 4 buah stor, tandas murid dan tandas guru. Bangunan kedua ini didirikan pada awal 1989 dan digunakan pada Disember 1989. Blok 3 tingkat ini didirikan di tapak tuck shop (kantin sekolah) kekal yang dirobohkan.
Bangunan kantin sekolah didirikan pada pertengahan 1956. sebahagaian daripada kantin sekolah ini telah digunakan sebagai bilik darjah mulai tahun 1960 sehingga ia dirobohkan pada akhir tahun 1988.
Pada pertengahan tahun 1956, kerja-kerja membuat padang telah dimulakan, termasuk membina dua buah gelanggang badminton. Padang digunakan untuk kegiatan sukan pada awal tahun 1957. Pada akhir tahun 1988, sebuah kantin sementara telah didirikan di gelanggang badminton dan kini, tapak tersebut telah didirikan sebuah surau hasil usaha PIBG.
Keluasan sekolah ini pada mulanya ialah 2a. ar 26.5p[Penjelasan diperlukan] dan keluasannya bertambah sedikit apabila pihak MPPM menjalankan pembinaan blok baru.
Pada 2 Februari 1955, sekolah ini mula beroperasi. Perasmian sekolah dilakukan pada 5 Mei 1955 oleh Pesuruhjaya Residen Melaka, Tuan H.G Hornett. Turut hadir pada perasmian tersebut ialah Ketua Pegawai Pelajaran Melaka pada ketika itu, Encik T. Hunter.
Mulai 1970, nama sekolah ditukar kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Durian Daun daripada nama asalnya selepas bahasa pengantarnya ditukar daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Pada tahun 1994, sekali lagi nama sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Durian Daun dan nama ini kekal sehingga hari ini.
Identiti
Misi
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera
Visi
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti
untuk membangunkan potensi individu
bagi memenuhi aspirasi negara
Budaya sekolah
Sepakat satu pasukan
Cogan kata sekolah
Usaha membawa kejayaan
Profil sekolah
Alamat
- Sekolah Kebangsaan (P) Durian Daun
- Jalan Durian Daun
- 75400, Melaka
- Melaka, Malaysia
- Telefon = 6062824820
- Faks = 6062824820
Bendera Sekolah
Lencana Sekolah
Pengertian Lencana
- Warna hijau - Melambangkan kesucian Agama Islam
- Warna kuning - Melambangkan kesuburan (tanah) dan kemakmuran.
- Daun - Melambangkan daun Pokok Durian Daun kerana nama sekolah diambil sempena pokok tersebut
- Buku - Melambangkan keilmuan. Sekolah sangat mementingkan pencapaian di bidang ini.
- Orang berlari - Melambangkan sukan dan permainan adalah penting selari dengan kepentingan akademik. Kecemerlangan dalam sukan sentiasa digalakkan.
Lagu Sekolah
- SK P Durian Daun
- Sekolah kami yang tercinta
- Kami bangga jadi anak didiknya
- Mendorong kami agar berjaya
- Untuk mencapai kecemerlangan
- Tingkatkan ilmu pengetahuan
- Usaha membawa kejayaan
- Bersama menjayakan wawasan
- Berjaya matlamat utama
- Menjadi insan yang berguna
- Juga kebanggaan semua
- Bangsa, agama dan negara
- Untuk mencapai kecemerlangan
- Tingkatkan ilmu pengetahuan
- Usaha membawa kejayaan
- Bersama menjayakan wawasan
Piagam Pelanggan
Kami warga Sekolah Kebangsaan Perempuan Durian Daun, dengan penuh iltizam berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
- Memberi pendidikan yang berkualiti kepada semua anak didik kami tanpa mengira agama, keturunan dan latar belakang.
- Mengutamakan kebajikan, keselamatan dan keselesaan semua anak didik kami semasa mereka berada di sekolah.
- Memberikan layanan yang cepat dan mesra kepada semua pelanggan kami.
- Sentiasa mempertingkatkan sahsiah dan kualiti perkhidmatan kami.
- Berpegang teguh pada nilai-nilai keagamaan
Objektif
Objektif Am
- Memberikan pendidikan yang bermutu kepada murid-murid.
- Melahirkan murid-murid yang berilmu, boleh membaca, menulis dan mengira sebagai asas untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.
- Menarik minat murid supaya suka kepada sekolah, pelajaran, sukan, permainan dan kerja-kerja kebajikan serta sukarela.
- Melatih dan membentuk sikap peka dan bertanggungjawab sebagai seorang individu dan anggota kumpulan atau pasukan.
- Memupuk semangat kekitaan dan berdikari.
- Melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.
Objektif Khas
- Melaksanakan Dasar dan Pendidikan Negara.
- Melengkapkan murid dengan asas ilmu pengetahuan yang kukuh bagi perkembangan seterusnya.
- Melatih dan membentuk fizikal murid melalui kegiatan kokurikulum.
- Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.
- Melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan cintakan watan.
Senarai Guru Besar
- Cik Lim Guat Eng (1955)
- Cik S. Muthuthamb (1956)
- Cik L. Campbell (1957)
- Puan Ong Guat Lian (1958-1964)
- Puan Chin Yik Keun (1965-1985)
- Cik Hjh Faridah Datok Hj Talib (1986-1997)
- Pn Kamsiah Talib (1997-2003)
- Pn Hjh Noor Aini Binti Ahmed (2004-2008)
- YM Tengku Norgayah Binti Tengku Othman (2008-2011)
- Puan Hjh Asnah Binti Jantan (2011-2017)
- Encik Abu Samah Bin Ahmad (2017- 12.1.2018)
- Pn Sarimah Binti Merais (12.1.2018 - kini)
Sarana ibu bapa
Senarai YDP PIBG
- Dr. Mah Peh Yon (1959-1960)
- Encik M. Nagarajah PJK, AMN (1961-1969)
- Tn Hj Sabtu bin Hj Long AMN, PJK (1970-1984)
- Tn Hj Awal bin Hj Sulaiman PPN, PJK, PBM, BKC (1985-2000)
- Encik Mohd Amin bin Hj Samsuri ((2001-2005)
- Envik Selvaraja a/l Ramasamy (2005-2007)
- Tn Hj Ir. Mohammad Ariff bin Abd Karim (2008-2011)
- Encik Mohd Nizam bin Bongsu (2012-2015)
- Tn Hj Rosdin bin Baba (2016 - )
Aktiviti Sarana
- Program Hubbul Watan (Cintai negara)
Program ini dijalankan oleh surau Fatimah Azzahrah, SK (P) Durian Daun dengan kerjasama JKKK Kg. Durian Daun. Program ini bertujuan bagi menerapkan rasa cinta dan tanggungjawab terhadap tanah air. Ia melibatkan semua bangsa dan agama daripada masyarakat setempat.
- Solat Hajat
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama sekolah dengan Persatuan Ibu Bapa Guru dan masyarakat setempat. Ia bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang bertaqwa dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Di samping itu, program ini dapat menerapkan murid-murid yang berdisiplin serta sedar akan tanggungjawab sebagai pelajar muslim. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan guru, ibu bapa dan murid.
- Gotong-royong
Kerja-kerja naik taraf surau dijalankan bagi memastikan keadaan keselamatan surau terpelihara. Ia juga menyediakan keadaan surau yang kondusif.
Persekitaran sekolah
Galeri Warisan
Matlamat Penubuhan
Matlamat projek ini adalah untuk mengumpul bahan-bahan sejarah sekolah dan diabadikan sebagai warisan. Projek ini juga dapat meningkatkan kesedaran bekas murid dan staf serta warga sekolah sekarang dan orang ramai mengenai peranan dan sumbangan sekolah ini sejak dulu hingga sekarang.
Objektif Penubuhan
Objektif projek adalah seperti berikut:
- Membina dan berkongsi koleksi bahan-bahan sejarah SKPDD
- Mewujudkan kerjasama dan kolaborasi warga SKPDD
- Menghargai dan mengabadikan warisan SKPDD
Logo Galeri Warisan
Penerangan Logo Galeri Warisan
- Bentuk hati - lambang kasih sayang akan warisan SKPDD.
- Warna kuning - warisan lama dan baharu SKPDD disanjung tinggi.
- Logo sekolah - Melambangkan semangat perjuangan guru dan murid SKPDD.
- Tangan - Menunjukkan semangat mempertahankan warisan dan budaya berpasukan di dalam sesebuah organisasi.
Logo Galeri Warisan SKPDD direka khas oleh Puan Nor Aini Harun (Pengerusi Galeri Warisan SKPDD), Encik Mohd Hairul Tahir (Setiausaha Galeri Warisan SKPDD), Puan Hajah Azlia Janudin (Penyelaras Galeri Warisan SKPDD), Puan Anisah PKun Hamed (GPI SKPDD).
Logo ini telah direka khas pada pertengahan tahun 2017 sempena pembukaan Galeri Warisan SKPDD.
Majlis Perasmian Galeri Warisan SKPDD
Galeri Warisan SKPDD telah dirasmikan pada 20 September 2017 bersamaan dengan hari Rabu. Galeri Warisan SKPDD ini telah dirasmikan oleh Dr. Hjh. Norshidah binti Hj Abu Husin, Timbalan Pengarah IPGK Melayu Melaka yang juga merupakan salah seorang bekas murid sekolah ini. Berikut merupakan gambar ketika majlis ini :
Susur ke Galeri Warisan SKPDD | Proses Perasmian Galeri Warisan SKPDD | Papan Perasmian yang telah ditandatangan oleh Perasmi |
---|---|---|
Tandatangan Buku Pelawat Galeri Warisan SKPDD | Sesi lawatan ke sudut-sudut di Galeri Warisan SKPDD | Kenangan di Galeri Warisan SKPDD |
Lawatan Khidmat Bantu Oleh PERZIM
Lawatan oleh En Fairus Bin Mamat dari Perbadanan Muzium Melaka, bagi program khidmat bantu Galeri Warisan SKPDD pada 23 Oktober 2017.
Sudut-sudut Galeri Warisan
Rakaman Galeri Warisan SKPDD :
Sudut Patriotik dan Susur Kemerdekaan SKPDD | Sudut Warisan Ibunda dan Susur Laluan Galeri Warisan SKPDD | Sudut Alat Muzik Tradisional dan Warisan Pengurusan SKPDD | Sudut SKPDD Menggamit Memori | Sudut SKPDD Dalam Kenangan |
---|---|---|---|---|
Di Susur Kemerdekaan ini terdapat gambar-gambar Perdana Menteri Malaysia yang pertama hingga terkini, bendera negeri di Malaysia serta hiasan Jalur Gemilang. |
Susur ini mempunyai lagu sekolah yang telah dijadikan sebagai mural di dinding. Selain itu, Sudut Warisan Ibunda mempamerkan alatan memasak yang digunakan pada zaman dahulu seperti lesung batu, lesung boh, batu giling, lesung kayu, acuan cendol, acuan bahulu dan pengepok telur. |
Sudut Alat Muzik ini mempamerkan alat-alat muzik tradisional yang digunakan sejak zaman dahulu seperti rebana, kompang serta piring hitam |
Sudut ini diwujudkan untuk membolehkan para pengunjung mengambil gambar untuk dijadikan kenangan serta memori ketika mengunjungi Galeri Warisan SKPDD |
Sudut yang memaparkan tokoh-tokoh murid pada zaman dahulu dan kemenjadian murid sejak dari zaman DDGS hingga kini |
Sudut Koleksi Dapur Ibunda dan Pakaian Warisan SKPDD | Sudut Penghargaan dan Koleksi Piala SKPDD | Sudut Sejarah dan Warisan SKPDD | Sudut Tembaga Warisan dan Audio Warisan SKPDD | Sudut Informasi Galeri Warisan |
Sudut Koleksi Dapur Ibunda ini mempamerkan set pinggan mangkuk antik corak bunga kangkung yang digunakan pada zaman dahulu oleh nenek moyang manakala Sudut Warisan SKPDD mempamerkan pakaian-pakaian seragam dan baju-baju sukan sekolah SKPDD. Terdapat juga pakaian-pakaian tradisional setiap kaum di Malaysia serta pakaian guru pada zaman dahulu. |
Sudut ini menayangkan piala-piala kejohanan sukan serta piala-piala kejayaan yang didapati oleh murid-murid ketika sesuatu pertandingan dalam pelbagai peringkat. |
Galeri ini menyingkap sejarah-sejarah SKPDD sejak dari penubuhan DDGS hingga sekarang. Pelbagai sejarah yang dipaparkan di ruangan ini termasuklah sejarah bangunan, persekitaran serta warga sekolah pada zaman dahulu hingga sekarang. |
Sudut Tembaga mempamerkan alat-alat tembaga yang digunakan pada zaman dahulu seperti seterika arang, tepak sireh, dulang hantaran,sudu garfu dan peti simpanan barang berharga. |
Sudut ini menceritakan tentang maklumat Galeri Warisan SKPDD seperti carta organisasi, matlamat dan objektif Galeri Warisan SKPDD. |
Khazanah di Galeri Warisan
Antara khazanah yang terdapat di galeri SKPDD :
Alatan tradisional | Video | Gambar |
---|---|---|
Bakul Siah
|
Video | |
Batu Giling
|
Video | |
Nyiru
|
Video | |
Rebana
|
Video | |
Tepak Sireh
|
Video |
Kemenjadian Murid
- Dr. Hjh Norshidah binti Hj Abu Husin, Timbalan Pengarah IPGK Perempuan Melayu Melaka.
- Dr. Rahimah binti Puteh, Doktor di Klinik Rahimah, Bukit Katil (klinik sendiri).
- Dr. Intan Azura binti M. Din, Pakar Perubatan Kesihatan Awam di Pejabat Kesihatan Daerah Jasin.
- Dr. Nas binti Md Nor, Pakar Pergigian di Klinik Pergigian Merlimau.
- Salini binti Halim, Akauntan di sebuah firma di United Kingdom.
- Hjh Dina binti Hj Nordin, Peguam di Firma Guaman Tetuan Hjh Dina & Associates.
- Lala Zehan, Penulis Buku-buku Cerita Remaja.
- Dr. Nurhasmiza binti Sazali, Pensyarah Kanan di Kuala Lumpur.
- Dr. Norhayati Sabtu, Doktor Pakar di Hospital Besar Melaka.
- Nur Zafira binti Muhammad Nor, Pensyarah Perakaunan dan Perakaunan Islam di KUIM.
- Dr. Azrin Atikah binti Roslan, Doktor Pakar Hospital Putra.
- Nurul Azreen binti Azlan, Pensyarah di UTM Kuala Lumpur.
- Norzilawati binti Sabtu, Pensyarah di UiTM Shah Alam.
- Siti Hawa binti Mohamad, Pensyarah di KUIS.
- Dr. Navnita Moorthy.
- Marina binti Basiron, Guru Ekonomi di SMKA Sultan Muhammad.
- Dr. Mariam, Doktor dimkliknya sendiri iaitu Klinik Mariam di Merlimau, Melaka.
- Hjh Arija binti Abdul Ghapar, Guru Prasekolah di SK Perempuan Durian Daun.
- Fazilah binti Abu, Guru Media di SK Perempuan Durian Daun.
- Hjh Azlia binti Janudin, Guru Data di SK Perempuan Durian Daun.
Program-program Sepanjang 2017
- Majlis Orientasi Prasekolah dan Tahun 1.
- Program Transisi & Guru Penyayang Tahun 1.
- Pelancaran Program Jom ke Sekolah.
- Pelancaran Program Guru Penyayang.
- Pelancaran Program Nilam.
- Penyampaian BKAP1M.
- Majlis Pelancaran Sambutan Bulan 3K.
- Merentas Desa.
- Program Jom Membaca.
- Majlis Persaraan Pn. Norsidah Mamat, GPK Pentadbiran SKPDD.
- Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kali ke-59.
- Mesyuarat PIBG Kali ke-43.
- Sambutan Hari Guru.
- Majlis Persaraan Pn. Hjh. Asnah Jantan, Guru Besar SKPDD.
- Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun 6.
- Majlis Khatam Al-Quran & Perasmian Penutup Ihya' Ramadhan.
- Program Sumbangan Kasih di Aidilfitri.
- Riang Ria Bersama di Aidilfitri.
- Bengkel Menjawab UPSR.
- Sambutan Bulan Kemerdekaan.
- Program Motivasi Menuju Puncak : Program NBOS.
- Program Hubbul Watan.
- Majlis Persaraan Ustaz Mohd. Yusof bin Mansor, Guru Pendidikan Islam SKPDD.
- Program Solat Hajat Tahun 6.
- Majlis Restu Ilmu.
Galeri Program SKPDD 2017
-
Pertandingan Mewarna
-
Tayangan Kemerdekaan
-
Senamrobik Kemerdekaan
-
Penyampaian Hadiah Pertandingan Bulan Kemerdekaan
-
Pertandingan Koir dan Majlis Penutup
-
Majlis Persaraan Guru Besar, :Pn Hjh Asnah Jantan.
-
Majlis Persaraan GPK Pentadbiran, :Pn Norsidah Mamat.
-
Majlis Persaraan Ustaz Mohd Yusof Mansor
Pencapaian Sekolah
Tahun | Pencapaian |
---|---|
2012 | Johan Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Melaka (Yasmin Adriana binti Hashim) |
2012 | Sijil Pencapaian 100% Kohort 1 (tahun 3) Program Literasi dan Numerasi (LINUS) |
2013 | Johan Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Melaka (Arina binti Muhammad Arif) |
2014 | Sijil Penghargaan Peningkatan %A dalam UPSR |
2014 | Sijil Penghargaan Penarafan Pembestarian Sekolah 5 Bintang (SSQS) |
2015 | Naib Johan Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Melaka (Noor Amirah Syahirah binti Noor Aizam) |
2015 | Sijil Penghargaan Peningkatan %A dalam UPSR (10 Sekolah Terbaik Melaka Tengah) |
2015 | Sijil Penghargaan Penarafan Pembestarian Sekolah 5 Bintang (SSQS) |
2015 | Johan Kejohanan Bola Baling MSS Melaka Kawasan Bukit China Perempuan B12 |
2015 | Tempat Ketiga Kejohanan Bola Jaring MSS Melaka Kawasan Bukit China Perempuan B12 |
2016 | Naib Johan Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Melaka (Dayang Amni Syamimi binti Awang Suryadi) |
2016 | Sijil Penghargaan Pencapaian Sains 100% dalam UPSR |
2017 | Johan Reka Cipta & Inovasi, Green Teech World (Anjuran: Perpustakaan Melaka & Kedutaan Amerika Syarikat) |
2017 | Johan Anugerah Surau Imarah Sek-sek KPM Peringkat Negeri (Anjuran: Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia) |
2017 | Sagu hati Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Melaka (Siti Mariam binti Mohammad Yusof) |
Kurikulum
Inovasi Kurikulum
- Program PROPENSI
- Program Motivasi Diri
- Program Demi Masa
Impak Inovasi Kurikulum
Pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah:
Tahun | GPS | % Lulus |
---|---|---|
2016 | 2.66% | 90.6% |
2015 | 1.71% | 85.7% |
2014 | 1.88% | 88.9% |
2013 | 1.91% | 78.3% |
HEM
Inovasi HEM
- Santapan Rohani
- Salah Laku sifar
Impak Inovasi HEM
Analisis Kes Salahlaku
Tahun | Kesalahan berat | Kesalahan sederhana | Kesalahan ringan |
---|---|---|---|
2016 | 0% | 0% | 0% |
2015 | 0% | 0% | 0% |
2014 | 0% | 0% | 0% |
2013 | 0% | 0% | 0% |
Kokurikulum
Inovasi Kokurikulum
- Bola Baling
- Sahibba
Impak Inovasi Kokurikulum
Pencapaian Kokurikulum
2012 - Johan Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Melaka (Yasmin Adriana binti Hashim)
2013 - Johan Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Melaka (Arina binti Mohd Arif)
2015 - Naib Johan Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Melaka (Noor Amirah Syahirah binti Noor Aizam),
2015 - Johan Kejohanan Bola Baling MSS Melaka Kawasan Bukit China Perempuan B12
2016 - Naib Johan Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Melaka (Dayang Amni Syamimi binti Awang Suryadi)
2017 - Sagu hati Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Melaka (Siti Mariam binti Mohammad Yusof)
Rujukan