Saka Perawan | |
---|---|
Pengarah | Dr. Ahmad Idham |
Penulis | Panel Skrip GBSSB |
Dihasilkan oleh | Dr. Ahmad Idham Azahari Hamid (penyelaras) |
Dibintangi | Sophia Albarakbah Isyariana Che Azmi Nelissa Nizam Datuk Hajah Fauziah Nawi Azlee Jaafar |
Sinematografi | Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin |
Disunting oleh | Shamsul Zain |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 27 Jun 2024 |
Masa tayangan | 88 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Pecah panggung | 4 juta |
Saka Perawan merupakan sebuah filem seram komedi 2024 arahan Dr. Ahmad Idham. Filem ini ditayangkan pada 27 Jun 2024 di pawagam.[1][2][3]
Sinopsis
Mengisahkan tentang misteri di sebalik penyakit misteri nenek yang berusia 80 tahun telah membuatkan anak-anaknya menjadi bingung. Setiap kali selepas Maghrib, keadaan nenek akan merosot dan nazak, tetapi sebaik sahaja mencapai pukul 5 pagi, keadaannya kembali normal dan hanya terbaring di katil. Sudah hampir sebulan nenek terbaring sakit dan doktor perubatan juga tidak mempunyai jawapan untuk penyakit misteri nenek ini.
Ternyata, akibat perbuatan lampau nenek, beliau yang berada di ambang kematian dan saka yang dimiliki oleh nenek perlu diturunkan kepada cucu perempuan yang masih perawan sebelum nenek meninggal dunia. Jadi, apakah pengakhiran cerita di sebalik penyakit misteri nenek ini, dan adakah nenek berjaya menjejakkan pewaris Saka Perawan ini?
Pelakon
Pelakon Utama
- Isyariana Che Azmi sebagai Putri Emylia (Pe)
- Sophia Albarakbah sebagai Putri Shahora (Ra)
- Nelissa Nizam sebagai Putri Rizwana (Wan)
- Datuk Hjh. Fauziah Nawi sebagai Nenek Aminah
- Azlee Jaafar sebagai Pak Budin
Pelakon Pembantu
- Wilma Muhammad sebagai Rusila
- Dato' Sri Eizlan Yusof sebagai Imam Jalal
- Afieq Shazwan sebagai Ustaz Dani
- Mamak Puteh sebagai Alang
- Man Raja Lawak sebagai Tok Damak
- Anne Abdullah sebagai Lynn Gebu
- Yassin Yahya sebagai Pak Man
- Atu Zero sebagai Marlehan
- Zalif Sidek sebagai Bomoh Kelantan
- Che Mad Raja Lawak sebagai Pak Guard
- Zera Hariz sebagai Nenek Aminah muda
- Hamdan Ramli sebagai Tok Abah
- Pak Chu Raja Lawak sebagai Ayah Marlehan
- Ieda Moin sebagai Ibu Marlehan
Penampilan Khas
- Azrul Cham sebagai Wartawan mistik TV
- Azlan Komeng sebagai Paranormal Rakyat Malaysia
- Idlan Pon Pon sebagai Pemancing
- Henzi Andalas sebagai Bomoh saka
Rujukan
- ^ https://www.myinfotaip.com/2024/05/saka-perawan.html. myinfotaip. Dicapai pada 22 April 2025
- ^ Ariffin, Fatin Farhana (2024-05-14). "Filem Saka Perawan 'rasuk' pawagam bulan depan". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-25.
- ^ Jefri, Syafil Syazwan (2024-07-06). "Saka perawan mula 'berterbangan' !". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-25.