Saka Nan Sepi | |
---|---|
Pengarah |
|
Penulis |
|
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Zulkefli Zain |
Disunting oleh |
|
Syarikat penerbitan | Alpha 47 Films |
Diedarkan oleh | Astro Shaw |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 86 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Saka Nan Sepi ialah sebuah filem komedi seram Malaysia 2020 arahan bersama Razaisyam Rashid dan Azri Azman dengan skrip ditulis oleh Razaisyam Rashid, Fatimah Ruzaimi, Azri Azman dan Aloy Paradoks terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha 47 Films. Ia dibintangi oleh Han Zalini, Namron, Sherry Alhadad, Mimi Lana, Syafiq Kyle dan ramai lagi. Filem ini ditayangkan pada 10 Disember 2020 di Astro First.
Sinopsis
Keluarga Othman (Namron) luangkan masa dengan berkhemah di dalam hutan. Tiba-tiba anaknya Rozi (Mimi Lana) telah dirasuk. Mereka terus mambawa Rozi berjumpa bomoh Tok Kassim (Ayie Hushairi) untuk berubat. Saka tersebut tertarik dengan Rozi dan memilih untuk tinggal dengan keluarga Othman.
Apabila pulang ke rumah, Othman, Zaiton (Sherry Al Hadad), Sufian (Syafiq Kyle) dan Rozi mula nampak kelibat Saka tersebut dan mereka hidup dalam ketakutan. Sekaligus menyebabkan mereka berempat sentiasa duduk bersama tidak kira ketika makan, tidur serta melakukan aktiviti. Ketakutan mereka hilang apabila melihatkan Saka itu takut kucing tetapi bersifat lemah lembut dan rajin membantu. Apabila keluarga Othman boleh menerima Saka itu dan memberi nama Girlboy, Tok Kassim kembali untuk mencuri Girlboy.
Pelakon
- Han Zalini sebagai Saka/Girlboy
- Namron sebagai Othman
- Sherry Alhadad sebagai Zaiton
- Mimi Lana sebagai Rozi
- Syafiq Kyle sebagai Sufian
- Hushairy Hussein sebagai Tok Kassim
- Wan Zulkarnain sebagai Tik
- Saiful Arzuan sebagai Tok
- Fadhli Masoot sebagai Razak
- Tuan Faisal Azmy Tuan Kob sebagai Ustaz
- Ken Ridzuan sebagai Doktor
- Aiman Khairul Adabi sebagai Saka Sado