
Projek membaikpulih Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad adalah atas cadangan Lembaga Muzium Negeri Kedah. Dalam mesyuaratnya pada 21 Ogos 1990, Lembaga telah mencadangkan pihak Arkib Negara dipertanggungjawabkan untuk mengambilalih dan memelihara rumah tersebut di bawah projek Arkib Perdana Menteri. Pihak Lembaga Muzium Negeri Kedah telah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahathir Mohamad dan saudara-maranya melalui surat bertarikh 29 Jun 1990 untuk dibaikpulih bagi maksud pemuliharaan. Rumah ini diperolehi oleh Arkib Negara pada Mei 1993. Usaha memulihara dan memperbaiki rumah ini adalah untuk menyelamatkan tempat yang mempunyai nilai sejarah ini daripada lupus.[1]
396,233 orang pelancong dari dalam dan luar negara telah melawat kompleks tersebut bermula tahun 2013 sehingga 2017. Pada 2018 kompleks ini telah ditutup untuk kerja-kerja baik pulih dan naik taraf dengan teknologi baharu berbentuk animasi hologram serta tiga dimensi (3D). Kompleks berkenaan dibaik pulih sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1990, 2000 dan 2017.[2]
Galeri
Rujukan
- ^ "Kompleks Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohammad". www.arkib.gov.my.
- ^ MANSOR, WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN (2019-08-24). "Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad kini dibuka semula". Sinar Harian.








