Rokiah Jaafar | |
---|---|
Kelahiran | Rokiah binti Ahmad 1928 |
Meninggal dunia | 27 Julai 2020 (berumur 91–92) |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1948–1967 |
Pasangan | Ahmad Jaafar |
Anak-anak | A. Galak |
Rokiah binti Ahmad (1928 - 27 Julai 2020) dilahirkan di Gemas, Negeri Sembilan pada tahun 1925. Pada usia 14 tahun, beliau berkahwin dengan Ahmad Jaafar dan telah dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Zakaria, yang kemudiannya terkenal sebagai A. Galak.
Kerjaya
Rokiah mula berlakon sebagai tambahan dalam filem Chinta pada tahun 1948. Kemudian memegang watak utama dalam filem Berdosa. Puncak kariernya adalah sebagai heroin dalam filem Antara Senyum dan Tangis, Penghidupan dan Putus Harapan, kedua2 disamping P. Ramlee. Selepas bercerai dengan suami pertama, beliau telah berkahwin dengan Jaafar Abdullah, seorang pegawai Shaw Brothers. Maka nama glamournya ditukar menjadi Rokiah Jaafar. Selepas filem Arjuna pada tahun 1954, beliau tidak banyak berlakon. Antara filem terakhir Rokiah adalah Kacha Permata pada tahun 1966 dan Lampong Karam pada 1967.
Pada tahun 1967, beliau bercerai dengan Jaafar Abdullah dan terus berhijrah ke Sweden untuk bekerja di sebuah hospital. Di sanalah beliau bertemu dengan seorang pemuda Sweden dan telah mendirikan rumahtangga. Suami ketiganya itu berusia 20 tahun lebih muda dari Rokiah. Selepas beberapa lama menetap di Sweden; Rokiah dan suaminya kembali di Malaysia dan menetap di Gemas. Hingga saat itu, Rokiah Jaafar boleh dianggap sebagai pelakon paling senior yang masih hidup. Tetapi beliau jarang sekali muncul di mana-mana majlis yang melibatkan kehadiran karyawan filem.
Beliau meninggal dunia pada tahun 2020.
Filemografi
Filem
- Chinta (1948)
- Pembalasan (1950)
- Berdosa (1951)
- Bapa Saya (1951)
- Penghidupan (1951)
- Sejoli (1951)
- Permata Di Perlimbahan (1952)
- Antara Senyum dan Tangis (1952)
- Jiwa Lara (1952)
- Yatim Piatu (1952)
- Putus Harapan (1953)
- Arjuna (1954)
- Gergasi (1958)
- Kacha Permata (1966)
- Lampong Karam (1967)
Rujukan
- Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik
- Majalah Pesona, Agos 2000.
- Forum mengenai Rokiah Jaafar.