Yang Berbahagia Datuk Hajah Rita T. Jaafar (24 Ogos 1944-30 Jun 2020) adalah seorang tokoh pendidik wanita Malaysia yang berasal dari Tuaran, Sabah. Beliau merupakan Tokoh Guru Kebangsaan Malaysia yang bergiat aktif dalam bidang korporat dan merupakan penjawat awam kanan Sabah dalam sektor pendidikan.
Rita T. Jaafar | |
---|---|
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah | |
Dalam jawatan 2002–2004 | |
Raja | Tuanku Syed Sirajuddin |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Tun Datuk Seri Panglima Dr. Mahathir Mohamad Yang Amat Berhormat Tun Datuk Seri Panglima Abdullah Ahmad Badawi |
Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Sakaran Dandai Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah Abdullah Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Ketua Menteri | Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Chong Kah Kiat Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman |
Pengetua Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah | |
Dalam jawatan 2000–2002 | |
Dalam jawatan 1986–1988 | |
Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) | |
Dalam jawatan 1995–2000 | |
Ketua Penolong Pengarah Pendidikan (Bahagian Teknologi Pendidikan) Sabah | |
Dalam jawatan 1990–2002 | |
Pemangku Pengetua, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah | |
Dalam jawatan 1984–1986 | |
Timbalan Pengetua, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah | |
Dalam jawatan 1976–1984 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Rita Bagong 24 Ogos 1944 Kampung Sawah, Tuaran, Sabah |
Meninggal dunia | 30 Jun 2020 Likas, Kota Kinabalu, Sabah | (umur 75)
Pasangan | Datuk Haji Tahir Jaafar (lahir 12 Mac 1949) |
Kehidupan Awal
Rita T. Jaafar dilahirkan di Kampung Sawah, Tuaran. Sabah dan berbangsa suku kaum Dusun Lotud.
Kerjaya Penjawat Awam
Beliau memulakan kerjaya sebagai guru. Selepas berkhidmat lama sebagai tenaga pengajar di peringkat sekolah beliau kemudiannya ditempatkan di Maktab Perguruan Gaya, kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya bagi menjawat Jawatan sebagai Timbalan Pengetua Maktab Perguruan Gaya pada tahun 1976 hingga 1984. Setelah 8 tahun menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengetua Maktab Perguruan Gaya, beliau kemudianya memangku jawatan Pengetua Maktab Perguruan Gaya selama dua dari tahun 1984 hingga 1986.
Selepas memangku jawatan Pengetua Maktab Perguruan Gaya, beliau kemudianya dilantik sebagai Pengetua Maktab Perguruan Gaya[1] bermula dari tahun 1986 hingga 1988.
Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendidikan (Bahagian Teknologi Pendidikan) Sabah bermula pada tahun 1990 hingga 2002.[2] Selepas 12 tahun menjawat Jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendidikan (Bahagian Teknologi Pendidikan) Sabah, beliau kemudian ditempatkan lagi di Maktab Perguruan Gaya bagi mengalas tugas sebagai Pengetua selama dua tahun bermula dari tahun 2002 hingga 2004.[3][4]
Penglibatan Dalam Bidang Ratu Cantik
Pada tahun 1964, Rita telah menjuarai pertandingan Ratu Pesta Kaamatan atau Unduk Ngadau, dimana pada tahun 1964 pertandingan itu lebih dikenali Pertandingan Miss Kadazan. Beliau merupakan Unduk Ngadau Sabah keempat dan wanita suku kaum Dusun Lotud yang pertama memenangi gelaran Unduk Ngadau tersebut.[5]
Bergiat Aktif Di Dalam Kemasyarakatan Dan Kebajikan
Datuk Rita sangat bergiat aktif dalam program kemasyarakatan dan kebajikan sejak memegang jawatan sebagai;
Pencapaian Dalam Bidang Pendidikan
Anugerah Peringkat Negeri | Anugerah Peringkat Kebangsaan |
---|---|
Tokoh Guru Peringkat Sabah Tahun 2010[8] | Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2011[9] |
Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah Tahun 2011[10] |
Meninggal Dunia
Beliau meninggal dunia pada 30 Jun 2020 apabila berusia 76 tahun kerana sakit tua.
Anugerah
Atas sumbangannya dalam bidang pendidikan, beliau dikurniakan dengan kepujian berikut:
Malaysia :
Ahli Mangku Negara (A.M.N) - (1997)
Sabah :
Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2000)[11]
Rujukan
- ^ "Pertemuan semula lepasan Maktab Gaya". www.pressreader.com.
- ^ "Pusat Sumber SK Kinabutan Besar". pusatsumberskkinabutan.blogspot.com.
- ^ "Majalah IPG 2018 - Senarai Pengarah, Timbalan Pengarah, Pengetua dan Timbalan Pengetua IPG Kampus Gaya Tahun 1962-kini". online.fliphtm15.com.
- ^ "PPSJ1132 Task 3 - Senarai Pengarah IPG Kampus Gaya Tahun 1962-kini". prezi.com.
- ^ "BEFORE AND AFTER (1958–current)". wwahpost.com.
- ^ "Mantan Pengerusi MPWS". www.jbsn.gov.my.
- ^ "Empowering Sabah women matter". www.dailyexpress.com.my.
- ^ "Kualiti pendidikan dipertingkat jadikan Sabah maju 2015". pspbtp.wordpress.com.
- ^ "Top award goes to former education director-general". www.thestar.com.my.
- ^ "SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SABAH 1432/2011". abunuha.wordpress.com.
- ^ "Warta Kerajaan Keluaran Khas". www.yumpu.com.