Republik Bosnia dan Herzegovina Republika Bosna i Hercegovina Република Босна и Херцеговина | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1992–1997 | |||||||||
| |||||||||
Lagu kebangsaan: Jedna si jedina Једна си једина "You are the one and only" | |||||||||
Ibu negara | Sarajevo | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Serbo-Croatia | ||||||||
Kerajaan | Republik Berparlimen | ||||||||
Presiden | |||||||||
• 1992–95 | Alija Izetbegović | ||||||||
Perdana Menteri | |||||||||
• 1992 | Jure Pelivan | ||||||||
• 1992–1993 | Mile Akmadžić | ||||||||
• 1993–1996 | Haris Silajdžić | ||||||||
• 1996–1997 | Hasan Muratović | ||||||||
Badan perundangan | Perhimpunan Kebangsaan | ||||||||
Era Sejarah | Perpecahan Yugoslavia | ||||||||
3 Mac 1992 | |||||||||
1 Mac 1994 | |||||||||
• Persetujuan Dayton 14 Disember 1995 (Proses pelaksanaan sehingga tahun 1997.) | 1997 | ||||||||
Mata wang | Dinar BH | ||||||||
Kod panggilan | 387 | ||||||||
Kod ISO 3166 | BA | ||||||||
|
Republik Bosnia dan Herzegovina (Bahasa Serbia-Croatia: [Republika Bosna i Hercegovina /] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) Република Босна и Херцеговина ) merupakan sebuah negara pendahulu terus bagi negara yang kini dikenali sebagai Bosnia dan Herzegovina.[1]
Republik Bosnia dan Herzegovina wujud secara sah sehingga Annex 4 dalam Persetujuan Dayton yang mana mengandungi Perlembagaan Bosnia dan Herzegovina ditandatangani bersama pada 14 Disember 1995, tetapi dokumen-dokumen rasmi mendedahkan negara ini wujud sehingga akhir tahun 1997 apabila pelaksanaan dalam Persetujuan Dayton diselesaikan dan berkuatkuasakan.[2] Kebanyakan zaaman ini dipenuhi oleh Perang Bosnia, yang mana majoriti penduduk daripada dua per tiga etnik utama di Bosnia dan Herzegovina, iatu (Serb Bosnia dan Croat Bosnia), masing-masing mewujudkan entiti seperti Republika Srpska dan Herzeg-Bosnia, yang mana tidak sah dari segi undang-undang dan pemisahan maka tidak diiktiraf oleh komuniti antarabangsa.[3] Peristiwa-peristiwa ini secara tidak rasminya dianggap oleh para nasionalis sebagai bukti bahawa republik ini hanya diwakili oleh penduduk Bosniak, secara rasminya majlis kepresidenan dan kerajaan republik masih terdiri daripada Bosniak, Serb Bosnia, dan Croat Bosnia.[4][5][6] Bagaimanapun berdasarkan Persetujuan Washington pada tahun 1994, Bosniak disertai oleh Croat Bosnia di Herzeg-Bosnia, yang mana dibubarkan berdasarkan persetujuan ini, bagi menyokong Republik dengan penubuhan Persekutuan Bosnia dan Herzegovina. Pada tahun 1995, Perjanjian Damai Dayton menyatukan Persekutuan Bosnia dan Herzegovina dengan entiti Serb, Republika Srpska, bermula pada titik ini secara rasminya diakui sebagai entiti politik negeri tanpa hak untuk memisahkan diri, ke dalam negara Bosnia dan Herzegovina.[3][5][7]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "CONSTITUTION OF BOSNIA AND HERZEGOVINA" (PDF). The Constitutional Court of Bosnia and Herzegovina. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-10-28. Dicapai pada 2017-07-17.
- ^ "HUMAN RIGHTS CHAMBER DOM ZA LJUDSKA PRAVA FOR BOSNIA AND HERZEGOVINA REPORT" (PDF). www.hrc.ba. Dicapai pada 4 July 2015.
- ^ a b Holbrooke, Richard C. To End a War (dalam bahasa Inggeris). Modern Library. ISBN 9780375753602.
- ^ Hoare, Marko Attila. How Bosnia armed (dalam bahasa Inggeris). Saqi Books in association with the Bosnian Institute. ISBN 9780863563676.
- ^ a b Simms, Brendan. Unfinest Hour: Britain and the Destruction of Bosnia (dalam bahasa Inggeris). Penguin Books Limited. ISBN 9780140289831.
- ^ Bose, Sumantra. Bosnia After Dayton: Nationalist Partition and International Intervention (dalam bahasa Inggeris). C. Hurst. ISBN 9781850656456.
- ^ Vranić, Jelena. The Dayton peace accords: mapping negotiations : based on "To end a war" book by Richard Holbrooke (dalam bahasa Inggeris). Fama. ISBN 9789958954917. Dicapai pada 7 September 2016.