Jenis/bentuk sah | Awam |
---|---|
Industri | Hiburan dan konglomerat |
Pendahulu | Dreamz Unlimited Private Limited |
Ditubuhkan | 11 November 1998 |
Pengasas | |
Ibu pejabat | Mumbai, Maharashtra, India |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Tokoh penting |
|
Keluaran |
|
Perkhidmatan | |
Pemilik | |
Bilangan kakitangan | 500–1,000 |
Pembahagian | Pengedaran filem, televisyen ![]() |
Anak syarikat |
|
Tapak web | www![]() ![]() ![]() ![]() |
Catatan kaki/rujukan | |
[1] | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Red Chillies Entertainment Private Limited, menjalankan perniagaan sebagai Red Chillies Entertainment (disingkatkan RCE) berdaftar sebagai Red Chillies Distribution Private Limited juga dikenali sebagai RCD ialah sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran filem India yang ditubuhkan oleh Shah Rukh Khan dan isterinya Gauri Khan pada tahun 2002. Ia telah bertukar nama dari Dreamz Unlimited Private Limited yang tidak beroperasi. Perolehannya ialah sekitar $ 500 crore.
Red Chillies telah membentuk studio filem sepenuhnya di India. Aktiviti studio ini merangkumi pembangunan kreatif, penerbitan, pemasaran, pengedaran, pelesenan, cenderamata dan pengeluaran filem di India dan seluruh dunia.[2] Mereka juga ialah syarikat kesan visual utama.
Selain daripada penerbitan filem, RCE mempunyai studio kesan visual yang dikenali sebagai Red Chillies VFX, yang dianggap sebagai syarikat kesan visual utama India.[3] Syarikat ini juga mempunyai kepentingan 55% di dalam pasukan kriket Liga Perdana India, Kolkata Knight Riders, Trinbago Knight Riders dari Liga Perdana Caribbean dan Cape town Knight Riders[4] dari T20 Global League.
Sanjiv Chawla adalah bekas CEO syarikat itu, sementara Gauri Khan berkhidmat sebagai penerbit. Pada Februari 2013, Venky Mysore, Ketua Pegawai Eksekutif Kolkata Knight Riders mengambil alih tanggungjawab tambahan sebagai ketua Red Chillies Entertainment.[5][6]
Rujukan
- ^ "The Company". Red Chillies Entertainment. Dicapai pada 23 February 2025.
- ^ "businessofcinema.com". 2014-08-21.
- ^ Jha, Lata (2018-03-19). "How Red Chillies VFX emerged as a strong post-production option for Bollywood". Live Mint (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 December 2018.
- ^ MSN MSN Sports
- ^ Raghavendra, Nandini (19 February 2013). "Shahrukh Khan's 'Red Chillies' appoints Venky Mysore as CEO". Economic Times. Dicapai pada 19 February 2013.
- ^ Sexy Sam's Birthday Plans. Filmfare.com (2012-09-20). Retrieved on 2013-12-23.