Rebel: Berontak Untuk Berotak | |
---|---|
Pengarah | Dato' Awie |
Penulis | Dato' Awie (idea asal) Ramdan Che Hassan |
Dihasilkan oleh | Zamin Fakry Zainol Dato' Awie (eksekutif) Anis Aziz (eksekutif) |
Dibintangi | Ben Amir MK K-Clique Shiqin Kamal |
Sinematografi | Jack Rahmad |
Syarikat penerbitan | Wan Productions Rumah Produksi Merah |
Diedarkan oleh | Empire Film Solution |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Rebel: Berontak Untuk Berotak ialah sebuah filem aksi Malaysia 2024 arahan Dato' Awie. [1] Ia dibintangi oleh Ben Amir, MK K-Clique dan Shiqin Kamal, ditayangkan pada 2 Mei 2024.[2]
Sinopsis
Mengisahkan tentang perseteruan antara dua individu iaitu Luka dan Bono, meskipun mereka berada dalam sebuah pertubuhan yang sama.
Luka, seorang pemuda yang berasal dari penempatan setinggan, membesar dalam keadaan serba kekurangan dan di kelilingi elemen-elemen yang tidak sihat seperti penagihan dadah, pelacuran dan gangsterism. Walaupun berasal dari persekitaran sedemikian, Luka tetap cuba untuk menjalani kehidupan yang normal. Luka bagaimanapun mempunyai satu sifat yang membezakan dirinya dengan orang lain seperti tidak boleh menahan diri jika melihat ketidakadilan berlaku di depan matanya.
Pada yang sama, berlakunya perseteruan antara Luka dan Bono, seorang budak nakal yang sering mengganggu ketenteraman di situ. Berlaku pergaduhan ketika mereka remaja apabila Bono dan gengnya cuba memeras ugut gerai ibunya. Pergaduhan itu tidak memihak kepada Luka, tetapi ia merupakan titik perubahan dalam hidupnya. Dia mula memberontak dan menentang ketidakadilan yang berlaku di sekelilingnya.
Pelakon
Pelakon utama
- Ben Amir sebagai Luka
- MK K-Clique sebagai Bono
- Shiqin Kamal sebagai Kaseh
Pelakon pembantu
- Dato' Awie sebagai Pak Long Biring
- Azlan Komeng sebagai Pian
- Fahd Majid sebagai Pali
- Jesse Lim sebagai Lim
- Razib Salimin sebagai Man Filem
- Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Ayah Luka
- Nor Albaniah sebagai Ibu Luka
- Izhan Fahmi sebagai Bidin
Pelakon kanak-kanak
- Putra Ahmad Merah sebagai Luka kecil
- Ellysa Ramlee sebagai Kaseh kecil