Ratchasimasaurus Julat zaman: Aptia
~ | |
---|---|
![]() | |
Spesimen lekap | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Reptilia |
Klad: | Dinosauria |
Order: | †Ornithischia |
Klad: | †Ornithopoda |
Klad: | †Iguanodontia |
Genus: | †Ratchasimasaurus Shibata, Jintasakul, & Azuma, 2011 |
Spesies jenis | |
†Ratchasimasaurus suranareae Shibata, Jintasakul, & Azuma, 2011
|

Ratchasimasaurus (bermaksud "cicak Ratchasima") ialah suatu genus dinosaur ornitopod jenis iguanodontia dari Formasi Khok Kruat pada zaman Kapur Awal (peringkat Aptia) di Wilayah Nakhon Ratchasima, timur laut Thailand. Satu-satunya spesies dan jenisnya adalah R. suranareae, yang dinamakan sempena Thao Suranari, seorang srikandi pada abad ke-19.[1] Ia dianggap sebagai nomen dubium dalam satu kajian, kerana didiagnosis mempunyai ciri-ciri yang lazim terdapat pada Styracosterna.[2]
Penemuan dan penamaan
Ratchasimasaurus pada asalnya dikenali sebagai iguanodontia "bak Probactrosaurus" dan hanya diketahui daripada sebuah holotaip (spesimen NRRU-A2064) berupa dentari kiri lengkap tanpa gigi, yang ditemui dalam Formasi Khok Kruat di Thailand oleh seorang petani tempatan berhampiran sebuah kolam,[1] berkemungkinan s. 2002 – s. 2004; NRRU-A2064 ini pernah disebutkan oleh Norman dalam satu analisis filogenetik pada 2004.[3] Genus ini telah dinamakan oleh Shibata, Jintasakul & Azuma pada 2011. Holotaipnya kini disimpan di Institut Penyelidikan Kayu Membatu dan Sumber Galian Timur Laut (NRIPM), dan rangka lekapnya boleh dilihat di River City di Bangkok.
Huraian
Salah satu autapomorfi (ciri unik) bagi Ratchasimasaurus ialah ramus dentari yang memanjang dan leper. Ratchasimasaurus memperlihatkan gabungan ciri-ciri primitif dan terbitan daripada Iguanodontia, seperti "proses koronoid yang condong ke belakang dan palung alveolar dengan kesan mahkota primitif, serta para bukal terbitan di antara barisan gigi dan proses koronoid.[1] Panjang dentari ini ialah 198.1 milimeter (7.80 in).[1]
Rujukan
- ^ a b c d Shibata M.; Jintasakul P.; Azuma Y. (2011). "A new iguanodontian dinosaur from the Lower Cretaceous Khok Kruat Formation, Nakhon Ratchasima in northeastern Thailand". Acta Geologica Sinica (English Edition). 85 (5): 969–976. Bibcode:2011AcGlS..85..969S. doi:10.1111/j.1755-6724.2011.00530.x.
- ^ "Phylogeny and Biogeography of Iguanodontian Dinosaurs, with Implications from Ontogeny and an Examination of the Function of the Fused Carpal-Digit I Complex - ProQuest". ProQuest.
- ^ Norman, D.B. (2004). "Basal Iguanodontia." In D. B. Weishampel, P. Dodson, and H. Osmólska (eds.), The Dinosauria (2nd edition). University of California Press, Berkeley 413-437
Pautan luar
Data berkenaan Ratchasimasaurus di Wikispesies