| Ramayana: Bahagian 1 | |
|---|---|
| Pengarah | Nitesh Tiwari |
| Penulis | Nitesh Tiwari |
| Dihasilkan oleh | Namit Malhotra, Yash, Charles Roven |
| Dibintangi | Ranbir Kapoor, Sai Pallavi, Yash, Sunny Deol |
| Muzik oleh | A. R. Rahman, Hans Zimmer |
Syarikat penerbitan | Prime Focus Studios, Monster Mind Creations, Atlas Entertainment |
Tarikh tayangan | Deepavali 2026 |
| Negara | India |
| Bahasa | Hindi |
| Bajet | ₹835 crore (anggara awal) |
Ramayana: Bahagian 1 ialah sebuah filem epik mitologi India yang dijadualkan ditayangkan pada Deepavali tahun 2026. Filem ini merupakan adaptasi moden kepada epik Hindu klasik Ramayana, diarahkan oleh Nitesh Tiwari dan diterbitkan oleh Namit Malhotra, Yash dan Charles Roven. Ia merupakan bahagian pertama dalam trilogi yang dirancang.
Sinopsis
Filem ini mengisahkan permulaan cerita epik Ramayana, termasuk kelahiran Rama, latihan awalnya sebagai putera, perkahwinannya dengan Sita, serta pengasingannya ke hutan selama 14 tahun bersama Sita dan adiknya Lakshmana. Bahagian pertama dijangka berakhir dengan penculikan Sita oleh Ravana.
Barisan Pelakon
- Ranbir Kapoor sebagai Rama
- Sai Pallavi sebagai Sita
- Yash sebagai Ravana
- Sunny Deol sebagai Hanuman
- Arun Govil sebagai Raja Dasarath
- Lara Dutta sebagai Kaikeyi
- Rakul Preet Singh sebagai Surpanakha
- Chetan Hansraj, Ravi Dubey, dan Sheeba Chaddha dalam watak sokongan
Penerbitan
Projek ini telah dirancang selama lebih 10 tahun, termasuk konsultasi dengan pakar teks suci dan sarjana Hindu untuk memastikan kesahihan naratif epik. Penggambaran bermula pada 2024 dan tamat pada pertengahan 2025.
Kesan Visual dan Muzik
Visual ditangani oleh syarikat terkenal antarabangsa DNEG dan ReDefine. Muzik latar dan runut bunyi disediakan oleh A. R. Rahman dan Hans Zimmer, mewakili gabungan Timur dan Barat yang epik.
Bajet dan Skala
Filem ini dianggap sebagai filem India paling mahal yang pernah diterbitkan, dengan anggaran bajet sekitar ₹835 crore (USD 100 juta). Ia mungkin meningkat sehingga ₹4000 crore untuk keseluruhan trilogi.
Tarikh Tayangan
Tayangan perdana dijadualkan pada Diwali 2026.Trailer rasmi dijangka dikeluarkan pada awal 2026.
Lihat Juga
Rujukan
Ralat petik: Tag <ref> yang ditentukan dalam <references> tiada atribut nama.








