Rajasekaran Gunnasekaran | |
|---|---|
| ராஜசேகரன் குணசேகரன் | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Sri Tanjung | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Ravi Munusamy (PH–PKR) |
| Majoriti | 3,996 (2023) |
| Maklumat peribadi | |
| Parti politik | Parti Keadilan Rakyat (PKR) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
| Tempat belajar | Universiti Perubatan Negeri Crimea (Doktor Perubatan)[1] |
| Pekerjaan | Ahli politik, doktor |
Rajasekaran a/l Gunnasekaran merupakan seorang ahli politik Malaysia dan doktor yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan (ADUN) bagi kawasan Sri Tanjung sejak Ogos 2023. Beliau ialah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH).[2][3]
Pendidikan
Rajasekaran Gunnasekaran memiliki ijazah Doktor Perubatan dari Universiti Perubatan Negeri Crimea.[4]
Kerjaya politik
Rajasekaran Gunnasekaran ialah ahli Majlis Pimpinan Negeri Sembilan (dipilih) bagi PKR.[5]
Calon Dewan Undangan Negeri Sembilan (2023)
Dalam pilihan raya negeri 2023, Rajasekaran Gunnasekaran membuat penampilan sulung pilihan raya selepas dicalonkan oleh PH untuk bertanding di kerusi negeri Sri Tanjung. Rajasekaran menentang Zabidi Ariffin daripada Perikatan Nasional. Beliau memenangi kerusi tersebut dengan memperoleh 8,239 undi dengan majoriti sebanyak 3,996 undi.[6]
Rajasekaran turut membantu seorang mangsa kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Dewan Undangan Negeri Sembilan.[7]
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kerusi | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2023 | N33 Sri Tanjung | Rajasekaran Gunnasekaran (PKR) | 8,239 | 66.01% | Zabidi Ariffin (BERSATU) | 4,243 | 34.99% | 12,599 | 3,996 | 64.84% | ||
Rujukan
- ^ "Dr. Rajasekaran Gunnasekaran". qualitashealth.com.my.
- ^ "Exco dan DUN". www.ns.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2023. Dicapai pada 24 Ogos 2024.
- ^ "Rajasekaran Gunnasekaran". keadilanrakyat.org.
- ^ "Search for Registered Doctor". meritsmmc.moh.gov.my.
- ^ "Majlis Pimpinan Negeri Sembilan". keadilanrakyat.org.
- ^ "Keputusan PRN 2023 - Negeri Sembilan". www.bharian.com.my. 12 Ogos 2023.
- ^ "Accident victim gets help from assemblyman". www.thestar.com.my. 22 Disember 2023.
- ^ "The Star Online GE15 Negeri Sembilan results". election.thestar.com.my.








