| Sultan Nazrin Muizzuddin Shah | |
|---|---|
| Kebawah Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-XVII Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ke-XXXV | |
| Timbalan Yang di-Pertuan Agong | |
| Pemerintahan | 13 Disember 2016 - kini |
| Didahului oleh | Sultan Muhammad V |
| Yang di-Pertuan Agong | Sultan Muhammad V Al-Sultan Abdullah Sultan Ibrahim |
| Sultan Perak ke-35 | |
| Pemerintahan | 29 Mei 2014 – kini |
| Pertabalan | 6 Mei 2015 |
| Didahului oleh | Sultan Azlan Muhibbuddin Shah |
| Keputeraan | Raja Nazrin Shah ibni Raja Azlan Shah 27 November 1956 George Town, Pulau Pinang, Persekutuan Tanah Melayu |
| Pasangan | Tuanku Zara Salim (k. 2007) |
| Anakanda | |
| Ayahanda | Sultan Azlan Muhibbuddin Shah |
| Bonda | Raja Permaisuri Tuanku Bainun |
| Agama | Islam |
| Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia | |
| Menyandang jawatan 9 Mac 2024 | |
| Didahului oleh | Sultan Sharafuddin Idris Shah |
| Kerabat Diraja Perak |
|---|
|
| Kerabat Sultan Azlan Shah |
|
YMM Raja Permaisuri Tuanku Bainun, Paduka Bonda Sultan Perak
|
| Kerabat Sultan Idris Shah |
|
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah (Jawi: سلطان نظرين معز الدين شاه ابن المرحوم سلطان ازلن محب الدين شاه المغفور له; diputerakan pada 27 November 1956 di George Town, Pulau Pinang) ialah Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan Sultan Perak yang terkini. Baginda menaiki takhta kerajaan Perak pada tahun 2014 setelah kemangkatan ayahanda baginda yang merupakan Sultan sebelumnya, iaitu Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Dua tahun setelah menaiki takhta, baginda dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong dan telah memegang jawatan itu selama tiga penggal, iaitu di bawah pemerintahan Sultan Muhammad V, Al-Sultan Abdullah dan Sultan Ibrahim.
Baginda merupakan anakanda pertama dan putera sulung kepada Sultan Perak ke-34, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah bersama Raja Permaisuri Tuanku Bainun. [1][2]
Kehidupan awal كهيدوڤن اول
Raja Nazrin Shah telah diputerakan pada 27 November 1956, di George Town, Pulau Pinang, Tanah Melayu ketika pemerintahan paduka nenda baginda, Sultan Yussuff Izzuddin Shah. Ayahanda baginda, Raja Azlan Shah (kemudian Sultan Azlan Muhibbuddin Shah) merupakan paduka anakanda kelima dan putera bongsu kepada Sultan Yussuff Izzuddin Shah. Bonda baginda, Cikgu Bainun (kemudian Tuanku Bainun) ialah orang kebanyakan dari Pulau Pinang yang kemudian mengahwini Raja Azlan Shah pada tahun 1955. Semasa baginda diputerakan, ayahanda baginda bertugas sebagai pegawai majistret sementara bonda baginda bertugas sebagai seorang guru di Pulau Pinang. Baginda ialah anakanda dan putera sulung daripada lima adik-beradik, Raja Azureen, Raja Ashman Shah, Raja Eleena dan Raja Yong Sofia.
Pendidikan ڤنديديقن
Baginda memulakan alam persekolahan di Sekolah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur dari 1962 hingga 1967, dan menyambung pendidikan menengah rendah di Sekolah St. John, Kuala Lumpur dari 1968 hingga 1970. Baginda kemudiannya meneruskan pengajian peringkat menengah tinggi di The Leys School, Cambridge hingga 1975. Baginda memegang Ijazah Sarjana Muda dalam Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Kolej Worcester, Oxford. Baginda juga memegang Sarjana Pentadbiran Awam dari Sekolah Kerajaan John F. Kennedy di Universiti Harvard dan Doktor Falsafah dalam Ekonomi Politik dan Kerajaan, juga dari Harvard.
Baginda juga merupakan Felo Kehormat Worcester College, Universiti Oxford dan Magdalene College, Universiti Cambridge, Felo Diraja Institusi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia serta Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia.
Perkahwinan ڤركهوينن
Raja Nazrin Shah telah berkahwin dengan Zara Salim Davidson (kemudiannya Tuanku Zara Salim) pada 17 Mei 2007 di Istana Iskandariah. Baginda berdua telah berjumpa dan berkenalan selama lapan tahun sebelum perkahwinan berlangsung.[3] Tuanku Zara Salim merupakan anak bongsu kepada pasangan Salim Davidson, seorang lelaki berbangsa Ireland dan Sharifah Azaliah Syed Omar yang berdarah campuran Melayu, Arab dan Siam. Baginda juga merupakan kerabat jauh Kesultanan Kedah melalui ibunya yang merupakan cucu kepada Sultan Kedah ke-26, Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Baginda berdua telah dikurniakan seorang putera dan puteri, iaitu Raja Azlan Muzzaffar Shah yang diputerakan pada 14 Mac 2008 dan Raja Nazira Safya yang diputerakan pada 2 Ogos 2011.
Pewaris takhta ڤواريث تختا
Sewaktu ayahanda baginda Sultan Azlan Shah menaiki takhta, Raja Nazrin Shah tidak terus dilantik sebagai Raja Muda iaitu pewaris takhta. Hal ini kerana Kesultanan Perak tidak mengamalkan sistem perwarisan agnatik seperti negeri Melayu yang lain yang meletakkan putera sulung Sultan sebagai pewaris takhta. Perak menggunakan sistem hierarki yang membenarkan Sultan melantik putera-putera Perak ke mana-mana kedudukan yang kosong.
Pada 16 Februari 1984, Raja Nazrin Shah telah dimasyhurkan sebagai Raja Kechil Besar, menempatkan baginda di tempat ketiga dalam hierarki sistem pergiliran Kesultanan Perak.[4] Pada 12 April 1987, apabila Raja Muda Raja Ahmad Sifuddin mangkat, Raja Ahmad Hisham yang merupakan Raja Di-Hilir pada masa itu telah memberi laluan kepada Raja Nazrin Shah untuk naik menjadi Raja Muda atas faktor usia. Baginda telah dimasyhurkan sebagai Raja Muda Perak pada 15 April 1987, mengambil alih tempat ayahanda baginda, Sultan Azlan Shah, yang menaiki takhta menjadi Sultan Perak dua minggu sebelum itu.
Pemangku Raja ڤمڠكو راج
Raja Nazrin Shah telah menjadi Pemangku Raja Perak sebanyak dua kali iaitu semasa paduka ayahanda baginda diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada tahun 1989 hingga 1994 dan sewaktu paduka ayahanda baginda gering bermula pada tahun 2008 sehingga kemangkatan paduka ayahanda baginda. Baginda telah menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-raja mewakili paduka ayahanda baginda.[5]
Pemerintahan ڤمرينتهن
Sultan Perak سلطان ڤراق
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah mangkat pada 28 Mei 2014, setelah hampir enam tahun dalam kegeringan. Pada hari yang sama, keputusan melantik Sultan Perak yang baharu telah dibuat dalam Mesyuarat Khas Dewan Negara Perak dan mencapai kata sepakat untuk melantik Raja Nazrin Shah sebagai Sultan Perak dengan nama Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Perak sehari selepas kemangkatan paduka ayahanda baginda. Baginda dan Raja Puan Besar Perak juga mula berangkat berpindah ke Istana Iskandariah. Istiadat pertabalan Sultan Nazrin diadakan pada 6 Mei 2015, setahun selepas kemangkatan paduka ayahanda baginda di Istana Iskandariah. Istiadat pertabalan ini disiar secara langsung di siaran televisyen tempatan Malaysia.
Sepanjang pemerintahan baginda, baginda telah dilantik sebagai penaung diraja Mercy Malaysia. Baginda juga berkenan berangkat ke Istanbul, Turki bagi mempengerusikan sesi khas mengenai pembiayaan sosial Islamik yang diadakan sempena Sidang Kemanusiaan Sedunia 2016. Selain itu, baginda telah berkenan menerima jemputan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Bersama Panel Kewangan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menerima penghargaan di UNGA-71.[6]
Timbalan Yang di-Pertuan Agong تيمبالن يڠ د-ڤرتوان اڬوڠ
Pada 14 Oktober 2016, Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara telah memilih baginda untuk dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia apabila Sultan Muhammad V dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong. Pelantikan itu berkuat kuasa pada 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.[7] Sewaktu tempoh khidmat baginda, baginda bersama Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat mencemar duli ke Istiadat Persemadian Raja Bhumibol Adulyadej yang mangkat mewakili negara sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Perama, Thailand pada 25 Oktober 2017.[8] Pada 2 November 2018, baginda diangkat sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong, mengambil alih tugas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sehingga 31 Disember kerana Sultan Muhammad V beristirahat menjalani rawatan.[9]
Baginda seterusnya dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua bermula pada 31 Januari 2019, apabila Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu setelah perletakan jawatan Sultan Muhammad V.[10] Setelah tamatnya tempoh lima tahun perkhidmatan As-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda dilantik semula buat kali ketiga sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bermula 31 Januari 2024, kali ini di bawah pemerintahan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong.[11]
Gelaran ڬلرن
| Gaya bagi Sultan Nazrin Muizzuddin Shah | |
|---|---|
| Rujukan gaya | Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri |
| Gaya percakapan | Duli Tuanku |
| Gaya alternatif | Tuanku |
- 27 November 1956 - 17 Jun 1965 : Yang Mulia Raja Nazrin Shah Ibni Raja Azlan Shah
- 17 Jun 1965 - 12 Disember 1982 : Yang Mulia Raja Nazrin Shah Ibni Raja Tan Sri Azlan Shah
- 12 Disember 1982 - 3 Februari 1984 : Yang Mulia Raja Nazrin Shah Ibni Raja Tun Azlan Shah
- 3 Februari 1984 - 16 Februari 1984 : Yang Amat Mulia Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
- 16 Februari 1984 - 15 April 1987 : Yang Teramat Mulia Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan
- 15 April 1987 - 26 April 1989 : Duli Yang Teramat Mulia Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Raja Muda Perak Darul Ridzuan
- 26 April 1989 - 25 April 1994 : Duli Yang Maha Mulia Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan
- 25 April 1994 - 27 Januari 2008 : Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Raja Muda Perak Darul Ridzuan
- 27 Januari 2008 - 29 Mei 2014 : Duli Yang Maha Mulia Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan
- 29 Mei 2014 - 2 November 2018: Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak Darul Ridzuan
- 2 November 2018 - 31 Disember 2018; 7 Januari 2019 - 31 Januari 2019 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Pemangku Yang di-Pertuan Agong & Sultan Perak Darul Ridzuan
- 31 Januari 2019 - kini : Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak Darul Ridzuan
Nama penuh dan gelaran rasmi baginda ialah:
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, D.K., D.K.S.A., D.K.A., D.M.N., D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), D.K.N.S. (Negeri Sembilan), D.K. (Perlis), D.K (Kedah), D.K. (Johor), D.K. (Pahang), PhD (Harvard), Sultan, Yang di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan dan Jajahan Takluknya
Darjah kebesaran كورنياءن درجه كبسرن
Baginda telah dikurniakan:[12]
Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.)
Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Yang Dihormati (D.K.S.A) 18 April 2005- Darjah Kerabat Azlanii (D.K.A.)
- Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.)
- Darjah Kerabat Baginda Tuanku Syed Putra Jamalullail Yang Amat Dihormati (D.K.) Perlis
- Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) Selangor
- Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) Kelantan
- Darjah Kerabat (D.K.) Kedah
- Darjah Kerabat Negeri Sembilan (D.K.N.S.)
- Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.I) Johor
- Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Yang Amat Dihormati (D.K.I) Pahang
Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.)
Darjah Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S)- Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) Perlis
Anugerah انوڬره
- Anugerah Melvin Jones Fellowship
- Anugerah Kepimpinan Kewangan Islam Global 2012
Eponim
- Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Lumut, Perak[13]
- Pusat Sultan Nazrin Shah, Maktab Worcester, United Kingdom[14]
- Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah (SARJANA), Kampung Gajah, Perak
- Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (KK12), Universiti Malaya, Kuala Lumpur
- Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, RTM Perak
- Masjid Raja Nazrin Shah, Ipoh, Perak
- Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah , Tapah, Perak
- Jambatan Sultan Nazrin Shah, Bagan Datuk - Sejagop, Perak
Kerabat قرابة
Sultan Nazrin Shah berkahwin dengan Tuanku Zara Salim Davidson pada 17 Mei 2007. Pasangan diraja ini telah dikurniakan seorang putera dan seorang puteri.
| Nama | Keputeraan | Tempat Keputeraan | Umur |
|---|---|---|---|
| Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim (Raja Permaisuri Perak) |
22 Mac 1973 | Ipoh, Perak | 52 tahun, 10 bulan dan 7 hari |
| Yang Teramat Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah (Raja Kecil Besar Perak) |
14 Mac 2008 | Hospital Pakar Damansara, Selangor | 17 tahun, 10 bulan dan 15 hari |
| Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya |
2 Ogos 2011 | Hospital Pakar Damansara, Selangor | 14 tahun, 5 bulan dan 27 hari |
Keturunan Diraja كتورونن دراج
Keturunan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rujukan رجوكن
- ^ Anbalagan, V. (29 May 2014) Raja Nazrin proclaimed as the 35th Sultan of Perak, The Malaysian Insider.
- ^ Raja Nazrin proclaimed new Sultan of Perak, The Malay Mail. 30 May 2014
- ^ Ak. Jefferi Pg. Durahman (9 Mei 2015). "Berangkat ke Majlis Santapan Pertabalan Sultan Perak". Pelita Brunei. Dicapai pada 24 April 2018.
- ^ "Sultan Nazrin-Profil : Sultan Nazrin Muizzuddin Shah - Sultan Perak Yang Baharu". malaysiandigest.com. 29 Mei 2014. Dicapai pada 2 April 2018.
- ^ "Tuanku Muhriz pengerusikan mesyuarat". Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-11. Dicapai pada 11 April 2018.
- ^ Mohd Anwar Patho Rohman (20 September 2016). "Sultan Nazrin terima penghargaan di UNGA-71". Berita Harian. Dicapai pada 2 April 2018.
- ^ "Sultan Muhammad V dipilih YDP Agong Ke-15". Kosmo! Online. 14 Oktober 2016. Dicapai pada 2 April 2018.
- ^ "Sultan Nazrin wakili Malaysia ke upacara persemadian Diraja Thailand". Astro Awani. 23 Oktober 2017. Dicapai pada 2 April 2018.
- ^ "Sultan Nazrin jalankan tugas Yang di-Pertuan Agong". Astro Awani. 2 November 2018. Dicapai pada 4 November 2018.
- ^ Azil, Firdaus (24 Januari 2019). "Sultan Nazrin dilantik Timbalan YDP Agong untuk kali kedua". Astro Awani. Dicapai pada 19 Januari 2025.
- ^ "Sultan Nazrin Shah angkat sumpah Timbalan Yang di-Pertuan Agong buat kali ketiga". Buletin TV3. 31 Januari 2024. Dicapai pada 19 Januari 2026.
- ^ The Royal Ark, Perak, p.16
- ^ "Sultan Nazrin rasmi Kolej Perikanan Malaysia Lumut". Utusan Online. 4 Julai 2017. Dicapai pada 2 April 2018.
- ^ "Sultan Nazrin Shah Centre" [Pusat Sultan Nazrin Shah]. Conferences at Worcester College (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2018.
- Berita Harian 18-19 Mei 2007
- Utusan Malaysia 18-19 Mei 2007
- Metro Harian 17-19 Mei 2007
Pautan luar ڤاوتن لوار
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
- Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak
- Ucapan rasmi Sultan Nazrin
- Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak XXXV
- Lampiran لمڤيرن
- Official Webpage of the Office of the Sultan of Perak
- Raja Nazrin Politely Declines State Allocation Bernama, 12 May 2007.
- Raja Nazrin's Long-time Friend First To Arrive For Royal Wedding Bernama, 13 May 2007.
- The Day Raja Nazrin Was Best Man Bernama, 14 May 2007.
- Raja Muda Perak And Zara Tie The Knot Bernama, 17 May 2007.
- Full text of speech by Raja Muda of Perak, Raja Nazrin Shah, at the Diversity Matters Forum on Diasporas in the Commonwealth at Monash University, Sunway Campus on Nov 19, 2008 TheSun, 19 November 2008.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tarikh keputeraan: 27 November 1956
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah | ||
| Kerabat diraja Malaysia | ||
|---|---|---|
| Gelaran pemerintah | ||
| Didahului oleh Sultan Muhammad V |
Timbalan Yang di-Pertuan Agong 13 Disember 2016 - kini |
Pemegang jawatan kini |
| Didahului oleh Sultan Azlan Muhibbuddin Shah |
Sultan Perak 28 Mei 2014 - kini |
Pemegang jawatan kini |
- Kelahiran 1956
- Orang hidup
- Sultan Perak abad ke-21
- Muslim Malaysia
- Orang dari Pulau Pinang
- Penerima Darjah Kerabat Negeri Sembilan
- Penerima Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama
- Penerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara
- Penerima Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang I
- Raja Muda Perak
- Penerima Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Dihormati
- Canselor Universiti Malaya








