Agama Mesir purba merupakan satu sistem kepercayaan politeistik dan upacara yang rumit, yang merupakan sebahagian penting dalam budaya Mesir purba. Ia tertumpu pada interaksi orang Mesir dengan pelbagai dewa yang dipercayai hadir dan mengawal dunia. Ada kira-kira 1500 dewa yang diketahui. Upacara seperti doa dan persembahan diberikan kepada dewa-dewa untuk mendapatkan keredaan mereka. Amalan keagamaan formal tertumpu pada firaun, pemerintah Mesir, yang dipercayai memiliki kuasa ilahi kerana kedudukan mereka. Mereka bertindak sebagai perantara antara rakyat mereka dan para dewa, dan berkewajipan untuk menjaga dewa-dewa melalui upacara dan persembahan supaya mereka dapat mengekalkan Maat, iaitu keteraturan alam semesta, dan menolak Isfet, iaitu kekacauan. Kerajaan melabur sumber yang besar untuk segala upacara keagamaan dan pembinaan kuil.
Individu boleh berinteraksi dengan para dewa untuk tujuan mereka sendiri, memohon bantuan melalui doa atau menarik dewa untuk bertindak melalui sihir. Amalan ini berbeza daripada, tetapi berkait rapat dengan, uoacara dan institusi formal. Tradisi keagamaan rakyat biasa menjadi semakin utama sepanjang sejarah Mesir apabila status firaun merosot. Kepercayaan Mesir tentang kehidupan akhirat dan kepentingan amalan pengebumian terbukti dalam usaha susah payah yang mereka lakukan demi roh mereka untuk terus hidup selepas mati—dengan bekalan di dalam makam, barangan kubur dan persembahan untuk memelihara jasad dan roh si mati. (Rencana penuh...)
... bahawa firaun Amenemhat I(dalam gambar) dibunuh oleh pengawalnya sendiri ketika anaknya, pemangku raja bersama dan pewaris takhta mengetuai kempen di Libya?
... bahawa dewi Nut ditanggapi oleh orang Mesir purba sebagai wanita bogel yang dilitupi bintang yang melengkung di atas bumi?
... bahawa firaun Psamtik III dipaksa meminum darah lembu jantan untuk menghukumnya kerana penglibatannya dalam konspirasi menentang Cambyses I?
Ogos 2018: di makam datuk bandar Memphis Ptahmose yang bertarikh sekitar 1300 SM ditemui keju yang dipelihara dengan baik, berusia lebih daripada 3000 tahun. [2]
Sneferu (Jawi: سنيفيرو; snfr-wj "Dia telah menyempurnakan aku", daripada Ḥr-nb-mꜣꜥt-snfr-wj "Horus, Raja Maat, telah menyempurnakan aku", juga disebut Snefru atau Snofru), juga dikenali dengan nama Yunaninya Soris (Bahasa Yunani Koine: Σῶρις oleh Manetho), ialah firaun yang mengasaskan Dinasti Keempat Mesir semasa Kerajaan Lama. Anggaran tempoh pemerintahannya berbeza-beza, contohnya The Oxford History of Ancient Egypt mengatakan baginda memerintah dari sekitar 2613 hingga 2589 SM, selama 24 tahun, manakala Rolf Krauss berpendapat selama 30 tahun, dan Rainer Stadelmann 48 tahun. Baginda telah membina sekurang-kurangnya tiga piramid yang bertahan sehingga hari ini dan telah memperkenalkan inovasi besar dalam reka bentuk dan pembinaan piramid. (Rencana penuh...)