Negeri Kelantan merupakan salah satu negeri "tradisional" orang Melayu. Ia merupakan salah satu daripada 4 buah negeri yang tidak diperintah oleh parti pemerintah Barisan Nasional. Parti PAS telah berjaya memenangi pilihan raya DUN pada 1990, dan berjaya mengekalkan kekuasaan sehingga kini.
Sultan Kelantan sejak 1979 ialah KDYMM Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra, manakala Menteri Besarnya ialah Mursyidul Am PAS, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.