Polipropilena | |
---|---|
Nama kimia | poli(1-metiletilena) |
Sama erti | Polipropilena; Polipropena Polipropene 25 [USAN]; Polimer Propena; Polimer Propilena; Homopolimer 1-Propena |
Formula kimia | (C3H6)x |
Monomer | Propilena (Propena) |
Nombor CAS | 9003-07-0 (ataktik) 25085-53-4 (isotaktik) 26063-22-9 (sindiotaktik) |
Ketumpatan | Amorf: 0.85 g/cm3 Hablur: 0.95 g/cm3 |
Takat lebur | ~ 165 °C |
Suhu transisi Kaca | -10 °C |
Titik Degradasi | 286 °C (559 K) |
Disclaimer and references |
Polipropilena or polipropena (PP) adalah merupakan satu polimer termoplastik , yang dibuat oleh industri kimia dan digunakan secara meluas dalam pelbagai aplikasi, termasuklah pembungkusan makanan, tekstil, bahagian-bahagian plastik dan pelbagai jenis bekas barang yang boleh digunapakai kembali, baju dan seluar terma yang dibuat untuk ketenteraan, peralatan makmal, pembesar suara, komponen-komponen automotif , dan polimer nota bank. Satu polimer penambahan yang dibuat daripada monomer propilena, ia tahan lasak dan luar biasa berketahanan tinggi kepada banyak pelarut-pelarut kimia, bes-bes dan asid. Kod identiti resin nya adalah .