| ||||||||||||||||||||||||||
Pengundi hadir | 54.98% (pusingan pertama) ▲ 0.76pp 58.09% (pusingan kedua) ▲ 4.16% | |||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||||||||||||||||||||
|
Sebuah pilihan raya presiden telah diadakan di Colombia pada 29 Mei 2022, dengan pilihan raya susulan pada 19 Jun 2022 susulan tiada calon memperoleh sekurang-kurangnya 50% dalam pusingan pertama pengundian. Iván Duque, yang dipilih sebagai presiden pada 2018, tidak layak bertanding disebabkan oleh had penggal. [1] Gustavo Petro, seorang senator dan bekas Datuk Bandar Bogota, mengalahkan Rodolfo Hernández Suárez, bekas Datuk Bandar Bucaramanga, dalam pilihan raya susulan ini.[2] Dengan ini, Petro menjadi calon berhaluan kiri pertama yang dipilih sebagai presiden Colombia,[3][4] dan calon sampingnya, Francia Márquez, menjadi orang Afro-Colombia pertama dipilih sebagai naib presiden,[5] serta naib presiden wanita kedua secara keseluruhan.[6]
Pilihan raya itu diadakan selepas protes Colombia 2021 di tengah-tengah keadaan ekonomi yang lemah semasa pandemik COVID-19 di negara itu. [6] Petro, bekas anggota AD/M-19 yang dikalahkan oleh Duque dengan lebih sepuluh mata peratusan pada 2018,[7] dipilih sebagai calon Pakatan Bersejarah untuk Colombia. Platform sayap kiri Petro merangkumi sokongan untuk pembaharuan tanah, penjagaan kesihatan sejagat, meneruskan proses damai Colombia dan memperluaskan perkhidmatan sosial.[5][6]
Hernández, ahli bebas yang bergabung dengan Liga Gabenor Antirasuah, menjalankan kempen populis yang menekankan sokongan terhadap dasar undang-undang dan perintah serta usaha antirasuah.[8][9] Hernández mengalami lonjakan sokongan pada minggu-minggu terakhir kempen, yang membolehkannya memintas calon konservatif Federico Gutiérrez untuk mendapat tempat dalam pusingan kedua. Lonjakan populariti ini sebahagiannya dikreditkan kepada pengikut media sosialnya yang besar dan video TikTok,[6] yang menyebabkan beliau digelar "raja TikTok".[8][10][11]
Petro memenangi pusingan kedua dengan 50.44% undian berbanding 47.31% undian kepada Hernández. Petro mendominasi kawasan di pantai Caribbean dan Pasifik Colombia,[6][12] dan menerima lebih 81% undian di jabatan pantai Chocó.[13] Disebabkan peningkatan jumlah keluar mengundi dalam kalangan penyokongnya, Petro menerima hampir 2.7 juta lebih undi pada pusingan kedua berbanding yang pertama.[12][14] Keputusan itu mendapat perhatian, seiring dengan kemenangan berterusan pihak sayap kiri di Amerika Latin,[6] yang telah digelar sebagai "pasang merah jambu baharu".[9][15][16]
Rujukan
- ^ Tejada, Carlos; Turkewitz, Julie (2021-08-30). "Colombia's Troubles Put a President's Legacy on the Line". The New York Times. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2022-06-23.
- ^ "Colombia's presidential race heads to runoff". Al Jazeera. 29 May 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 May 2022. Dicapai pada 29 May 2022.
- ^ "Leftist Gustavo Petro wins Colombian presidency". Financial Times. 19 Jun 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2022. Dicapai pada 19 Jun 2022.
- ^ Bocanegra, Nelson; Griffin, Oliver; Vargas, Carlos (19 Jun 2022). "Colombia elects former guerrilla Petro as first leftist president". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2022. Dicapai pada 19 Jun 2022.
- ^ a b Turkewitz, Julie; Glatsky, Genevieve (2022-06-21). "He Promised to Transform Colombia as President. Can He Fulfill That Vow?". The New York Times. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2022-06-23.
- ^ a b c d e f Carlsen, Laura; Dickinson, Elizabeth; Dimitroff, Sashe; Guzmán, Sergio; Molina, Marco; Shifter, Michael; Velez de Berliner, Maria (21 Jun 2022). "What Will Petro's Presidency Mean for Colombia?". The Dialogue. Inter-American Dialogue. Dicapai pada 25 Jun 2022.
- ^ Joe Parkin Daniels (18 Jun 2018). "Iván Duque wins election to become Colombia's president". The Guardian. Bogotá. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 May 2022. Dicapai pada 8 May 2022.
- ^ a b Griffin, Oliver (2022-05-30). "Colombia's 'king of TikTok' Hernandez ready for run-off after shock result". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 May 2022. Dicapai pada 2022-05-30.
- ^ a b Dyer, Gwynne (15 Jun 2022). "Latin America: The Pink Tide Is Rising". The Portugal News. Dicapai pada 23 Jun 2022.
- ^ Buschschlüter, Vanessa (2022-05-30). "'TikTok King', 77, challenges ex-rebel for Colombia's top job". BBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 May 2022. Dicapai pada 2022-05-30.
- ^ Gandolfi, Sara (2022-05-30). "Colombia, slogan anti-corruzione e balletti sui social: il re di TikTok Hernandez va al ballottaggio". Corriere della Sera (dalam bahasa Itali). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 May 2022. Dicapai pada 2022-05-30.
- ^ a b Marsh, Aygen (21 Jun 2022). "Where Did The 2.7 Million New Votes For Gustavo Petro Come From Colombia's Presidential Election". Amico Hoops. Dicapai pada 24 Jun 2022.
- ^ Guzmán, Sergio (21 Jun 2022). "Key Takeaways from Colombia's Presidential Elections". Global Americans. Dicapai pada 23 Jun 2022.
- ^ Galindo, Jorge (20 Jun 2022). "How Colombia shifted to the left". El País. Dicapai pada 24 Jun 2022.
- ^ Araujo, Gabriel; Vargas, Carlos; Woodford, Isabel (22 Jun 2022). "Latin America's new 'pink tide' gains pace as Colombia shifts left; Brazil up next". Reuters. Dicapai pada 23 Jun 2022.
- ^ Garavito, Tatiana; Thanki, Nathan (23 Jun 2022). "Colombia's shift to the left: A new 'pink tide' in Latin America?". Al Jazeera. Dicapai pada 24 Jun 2022.