Pilihan raya kecil Kajang 2014 diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi N25 Kajang DUN Selangor pada 23 Mac 2014 dan diikuti dengan hari penamaan calon pada 11 Mac 2014.[1][2] Kerusi DUN Kajang menjadi kosong disebabkan ADUNnya, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan pada 27 Januari 2014.[3] Lee merupakan ADUN daripada PKR, sebuah parti komponen dalam Pakatan Rakyat. Beliau memenangi dengan jumlah majoriti sebanyak 6,824 undian, menewaskan lima calon lain semasa PRU-13.[4].
Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim telah disahkan bertanding mewakili calon daripada parti komponen Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil ini.[5] Walau bagaimanapun, setelah beliau dikenakan hukuman oleh Mahkamah Rayuan di atas kesalahan meliwat, pencalonan itu terpaksa diberikan kepada isterinya, Wan Azizah Wan Ismail.[6][7] Sementara itu, Barisan Nasional telah menamakan calon daripada naib presiden MCA, Chew Mei Fun. Sebelum ini, beliau pernah menjadi ahli parlimen bagi kawasan Petaling Jaya Utara.[8]
Keputusan
Parti | Calon | Undian | % | ±% | |
---|---|---|---|---|---|
Pakatan Rakyat | Wan Azizah Wan Ismail | 16,741 | 59.2 | ▲1.21 | |
BN | Chew Mei Fun | 11,362 | 40.18 | ▲2.41 | |
Undian rosak | 176 | 0.62 | ▼0.98 | ||
Majoriti | 5,379 | 19.02 | ▼1.2 | ||
Peratusan mengundi | 28,279 | 74.31 | ▼14.09 | ||
Pakatan Rakyat kekal | Peralihan | ▲1.21 |
Rujukan
- ^ "Kajang polls fixed for March 23". Free Malaysia Today. 5 Februari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-26. Dicapai pada 2014-03-07.
- ^ "Kajang by-election to be held on March 23, nominations on March 11, says polls body". The Malaysian Insider. 5 Februari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-03-07.
- ^ "Kajang rep quits for by-election, Anwar or Rafizi slated to stand". The Malaysian Insider. 27 Januari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-03-07.
- ^ "Kajang by-election set for March 23". Channel News Asia. 5 Februari 2014.
- ^ "PKR confirms Anwar to stand in Kajang". The Malaysian Insider. 28 Januari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-03-07.
- ^ http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/03/09/wan-azizah-for-kajang/
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-03-09.
- ^ "MCA's Chew Mei Fun to contest Kajang by-election". The Malaysian Insider. 21 Februari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-03-07.