Pemilihan Datuk Bandar New York telah berlaku pada 4 November 2025. Ahli Dewan dari Demokrat, Zohran Mamdani memenangi pilihan raya dengan 50.4% undi, mengalahkan ahli politik Republikan Curtis Sliwa dan dari Independen, Andrew Cuomo.[2][3] Mamdani akan menggantikan Eric Adams pada 1 Januari 2026. Dengan kemenangannya, Mamdani ialah Datuk Bandar New York pertama yang beragama Islam, berasal dari Asia Selatan dan Uganda. Beliau adalah datuk bandar termuda di sana sejak 1892.[4]
Eric pada awalnya ingin menyertai sebagai Independen, tetapi menarik diri daripada pencalonan pada September 2025. Mamdani mengatakan bahwa ia akan menggalakan ekonomi sosialis demokratik. Berjanji akan merendahkan harga tanah, sewa pangsapuri dan makanan.[5] Cuomo menjalankan keazaman sentris, dia membela Israel dan ingin bertarung dengan antisemitisme;[6] Sliwa yang disokong oleh PresidenTrump, mengkritik kedua-duanya, dia berkata bahawa kapitalis adalah pilihan yang lebih baik. Dia berjanji akan keras pada penjenayah dan menyertai kempen peduli pada haiwan.