சென்னைப் பெருநகர் வளர்ச்சிக் குழுமம் (Ceṉṉaip perunakar vaḷarccik kuḻumam) | |
![]() CMDA Logo | |
Intisari agensi Perancangan Bandar | |
---|---|
Jenis | Agensi Perancangan Bandar |
Ibu pejabat | Egmore, Chennai, Tamil Nadu |
Moto | Better Chennai is Our Motto (Bahasa Melayu:Chennai Lebih Baik Adalah Moto Kami) |
Agensi induk | Pentadbiran Kerajaan Bandar dan Pembangunan Bandar |
Laman sesawang | www |
Chennai Metropolitan Development Authority ( Bahasa Tamil :சென்னைப் பெருநகர் வளர்ச்சிக் குழுமம், Ceṉṉaip perunakar vaḷarccik kuḻuma, Bahasa Melayu : Pihak Berkuasa Pembangunan Metropolitan Chennai) atau singkatanya CMDA, adalah sebuah agensi perancangan bandar untuk Bandar Chennai yang terletak di Negeri Tamil Nadu, India. CMDA (Chennai Metropolitan Development Authority) mengurus Wilayah Metropolitan Chennai, yang meliputi kawasan seluas 5,904 km² (2,280 batu persegi) dan merangkumi daerah Chennai, Thiruvallur, Chengalpattu, Ranipet, dan Kancheepuram.[1] Agensi ini ditubuhkan dengan tujuan untuk merancang, menyelaras, mengawasi, mempromosikan, dan memastikan pembangunan Wilayah Metropolitan Chennai dilakukan secara terancang.
CMDA juga menyelaras aktiviti pembangunan daripada kerajaan bandar, majlis perbandaran, dan pihak berkuasa tempatan yang lain.
Projek
Beberapa projek penting yang dilakukan oleh CMDA meliputi:
- Terminal bas Chennai Mofussil, Koyambedu
- Pasar sayur borong, Koyambedu
- Sistem Angkutan Cepat Beramai Chennai
- Jalan Lilit Luar
- Terminal Bas Madhavaram Mofussil, Madhavaram
- Terminal Bas Kilambakkam Mofussil, Kilambakkam
- Terminal Bas Kuthambakkam Mofussil, Kuthambakkam
Rujukan
- ^ "Order issued for expansion of Chennai to 5,904 sq. km; over 1,200 villages set to be added". The Hindu. 2022-10-22.