| Negara | |
|---|---|
| Konfederasi | |
| Ditubuhkan | 2023 |
| Divisyen | Remaja (Bawah 23 Tahun) |
| Bilangan pasukan | 15 |
| Juara semasa | Johor Darul Ta'zim II (2024–25) |
| Kejuaraan terbanyak | Johor Darul Ta'zim II Terengganu II (Masing-masing 1 Trofi) |
| Rakan TV |
|
| Tapak sesawang | http://www.fam.org.my/ |
Piala MFL, juga dikenali sebagai Liga Simpanan adalah sebuah persaingan bola sepak di Malaysia untuk pemain di bawah umur 23 tahun.
Had umur
Kejohanan simpanan ini dikhususkan kepada pemain di bawah umur 23 tahun. MFL juga telah membenarkan kuota 5 pemain lebih umur, termasuk 3 pemain asing dalam setiap pasukan.
Format
Untuk edisi pertama format kejohanan adalah seperti berikut:
- Peringkat liga: 15 pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A akan dianggotai 8 pasukan dan kumpulan B akan dianggotai 7 pasukan yang masing-masing di tarik dari balang Zon Tengah, Utara, Selatan, Timur, Borneo dan Kelab 1 Negeri.
- Pusingan 1 Dibahagikan dalam dua kumpulan, setiap pasukan akan bermain di tempat sendiri dan tempat lawan bagi menentukan kedudukan dalam kumpulan. Empat pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan 2
- Pusingan 2 Terdiri satu kumpulan lapan pasukan, setiap pasukan akan bermain di tempat sendiri dan tempat lawan bagi menentukan kedudukan dalam kumpulan. Dua pasukan teratas kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati
- Peringkat kalah mati: Peringkat kalah mati adalah perlawanan akhir untuk menentukan pemenang.[1]
Senarai Juara
| Musim | Juara | Keputusan | Naib Juara |
|---|---|---|---|
| 2023 | Terengganu II | 1–0 | Johor Darul Ta'zim II |
| Musim | Juara | Naib Juara | Tempat Ketiga |
|---|---|---|---|
| 2024–25 | Johor Darul Ta'zim II | Selangor II | Terengganu II |
Pasukan terbaik
| Pasukan | Juara | Naib Juara |
|---|---|---|
| Johor Darul Ta'zim II | 1 (2024–25) | 1 (2023) |
| Terengganu II | 1 (2023) | |
| Selangor II | 1 (2024–25) |
Rujukan
- ^ "format Piala MFL". 31 January 2023.
Pautan luar
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.








