

Peta tematik merupakan sejenis peta yang menggambarkan corak geografi sesuatu perkara atau tema tertentu dalam kawasan geografi. Kebiasaannya, ianya melibatkan penggunaan simbol peta untuk menggambarkan sifat terpilih bagi ciri geografi yang tidak boleh dilihat secara semula jadi, seperti suhu, bahasa mahupun populasi.[1] Dalam perkara ini, peta tematik amatlah berbeza dengan peta rujukan terlebih lagi peta topografi, yang memfokuskan pada lokasi (sifat) set pandang darat fizikal dan contohnya sungai, jalan raya dan bangunan.[2][3] Nama alternatif telah dicadangkan bagi peta ini contohnya peta subjek khas atau tujuan khas, peta statistik serta peta edaran. Walau bagaimanapun, nama-nama biasanya tidak digunakan secara umum.[4][5] Pemetaan tematik berkait rapat dalam bidang Geovisualisasi.
Pelbagai jenis peta tematik telah direka dan diguna pakai dengan bermula ketika abad ke-18 dan ke-19, apabila sejumlah besar data statistik mula dikumpul kemudian diterbitkan contoh banci negara.
Rujukan
- ^ Bartz Petchenik, Barbara (April 1979). "From Place to Space: The Psychological Achievement of Thematic Mapping". Cartography and Geographic Information Science. 6 (1): 5–12. doi:10.1559/152304079784022763.
- ^ Thrower, Norman J.W. (2008). Maps and Civilization: Cartography in Culture and Society (ed. 3rd). University of Chicago Press. m/s. 95. ISBN 9780226799759.
- ^ "Fundamentals of Mapping". icsm.gov.au. Dicapai pada 2015-05-03.
- ^ Dent, Borden D.; Torguson, Jeffrey S.; Hodler, Thomas W. (2009). Cartography: Thematic Map Design. McGraw-Hill. m/s. 7. ISBN 978-0-07-294382-5.
- ^ Keates, John S. (1973). Cartographic design and production. Longman. m/s. 59.