Kapal terbang (Tulisan Jawi: كاڤل تربڠ) ialah kenderaan pesawat udara dengan sayap tetap dan kuasa yang bergerak ke hadapan oleh tujahan daripada enjin jet, kipas atau enjin roket agar dapat berkeupayaan terbang. Kapal terbang terdiri daripada pelbagai saiz, bentuk dan tatarajah sayap.
Kenderaan ini digunakan secara meluas dalam segenap tujuan termasuklah untuk rekreasi, pengangkutan orang dan barangan, ketenteraan dan penyelidikan. Lebih daripada empat bilion orang penumpang diterbangkan secara komersial setahun dengan kapal terbang penumpang seluruh dunia[1] dan mengangkut lebih daripada 200 bilion tan-kilometer kargo setahun, iaitu kurang daripada 1% daripada pergerakan kargo sedunia.[2]
Kebanyakan kapal terbang diterbangkan oleh juruterbang, tetapi terdapat beberapa jenis kapal terbang yang boleh dikawal secara jauh atau komputer.
Sejarah
Kenderaan pesawat udara ini berkembang dengan penerbangan pertama yang telah dijalankan oleh adik-beradik Orville Wright dan Wilbur Wright dengan kapal terbang mereka pada tahun 1903.
Wright bersaudara telah menggunakan kapal terbang yang telah diciptakan oleh mereka sendiri dan dinama sebagai Wright Flyer.
Penerbangan pertama bagi kapal terbang tersebut telah dijalankan pada 17 Disember 1903, jam 10:35 pagi di Kill Devil Hills, Carolina Utara, Amerika Syarikat.
Prinsip penerbangan
Sayap
Sebuah kapal terbang perlu menjana tujahan sendiri agar dapat melepasi permukaan tanah yang umumnya disebabkan peralihan menyeimbangkan tekanan udara.
Sayap kapal terbang direka khusus dengan bentuk ahagian atasnya yang melengkung lalu angin dapat mengalir lebih cepat di atas sayap berbanding angin di bawah sayap lalu menyebabkan tekanan udara lebih rendah di atas sayap.
Perbezaan ini seterusnya akan menciptakan tujahan pada sayap.
Aerodinamik
Pada prinsipnya, terdapat 4 gaya utama yang bertindak dalam penerbangan sesebuah kapal terbang yakni daya dorong (thrust T), daya hambat (drag D), daya tujaht (lift L), dan berat pesawat (weight, W).
Ketika kapal pesawat sedang menjelajah (cruise) pada kelajuan dan ketinggian yang malar, keempat-empat daya ini berada dalam keseimbangan:
dan L = W.
Sedangkan pada saat pesawat lepas landas dan mendarat, terjadi pecutan dan nyahpecutan yang dapat dijelaskan menggunakan Hukum Newton Kedua (total gaya adalah sama dengan jisim dikalikan dengan pelajuan).
Kapal yang berlepas dari landasan (take-off) mengalami pemecutan dalam arah mengufuk dan mendatarl. Pada saat ini, L harus lebih besar dari W, demikian juga T lebih besar dari D. Dengan hal demikian, daya mesin yang besar diperlukan saat melepasi landasan. Pelepasan ini boleh gagal disebabkan kurangnya daya mesin (atas berbagai fakor: kerosakan mekanikal, ralat perbuatan manusia, gangguan persekitaran dan sebagainya), atau gangguan pada sistem kawalan pesawat.
Rujukan
- ^ Editors. "Global air traffic hits new record". Channel NewsAsia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Mei 2018.CS1 maint: extra text: authors list (link)
- ^ Crabtree, Tom; Hoang, Tom; Tom, Russell (2016). "World Air Cargo Forecast: 2016–2017" (PDF). Boeing Aircraft. Dicapai pada 12 Mei 2018.
Bibliografi
- Blatner, David. The Flying Book: Everything You've Ever Wondered About Flying On Airplanes. ISBN 0-8027-7691-4