Pertempuran Zama, berlaku sekitar 19 Oktober, 202 SM, menandakan penamat dan pengakhiran muktamad bagi Perang Punic Kedua. Sepasukan tentera Rom diketuai oleh Publius Cornelius Scipio Africanus mengalahkan tentera Carthage yang diketuai oleh komander lagenda Hannibal. Tidak lama selepas kekalahan di tanahair sendiri, senat Carthage meminta perdamaian, yang mana dipersetujui oleh Rom atas syarat-syarat kemanusiaan, secara langsung menamatkan perang selama 17 tahun.
Theodore Ayrault Dodge; Hannibal: A History of the Art of War among the Carthaginians and Romans down to the Battle of Pydna, 168 B.C., with a Detailed Account of the Second Punic War; 1891; ISBN 0-306-81362-9
Polybius; The general history of Polybius, Volume 2; W. Baxter for J. Parker, 1823