Pertempuran Nikopol | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada the Perang Rusia-Turki (1877–1878) | |||||||
Tentera Uthmaniyyah menyerah di Nikopol, 1883 | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Empayar Rusia | Empayar Uthmaniyah | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Nikolai Kridener | Osman Nuri Pasha | ||||||
Kekuatan | |||||||
Kor IX Rusia (20,000) | 7,000 | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
276 terkorban 84 hilang 949 cedera[1] | 7,000 tahanan[1] |
Pertempuran Nikopol atau Nikopolis merupakan salah satu pertempuran awal yang berlaku semasa Perang Rusia-Turki (1877–1878). Ketika Tentera Rusia menyeberangi Sungai Danube, mereka menghampiri sebuah bandar kubu iaitu Nikopol ( Nikopolis ). Pemerintah Tertinggi tentera Turki telah menghantar Osman Pasha bersama askar dari Vidin untuk menentang penyeberangan askar Rusia merentasi Sungai Danube. Osman bertujuan bagi mengukuhkan dan mempertahankan Nikopol dari serangan tentera Rusia. Tetapi, Kor Rusia IX yang dipimpin oleh Jeneral Nikolai Kridener telah sampai ke bandar itu lebih awal dan mengebom garison di situ sehingga mereka menyerah, sebelum Osman sempat tiba. Osman dan tenteranya kemudian berundur ke Plevna. Dengan garison di Nikopol dihapuskan, pihak Rusia bebas untuk mara ke Plevna untuk menentang Tentera-tentera Uthmaniyah.
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
- "The battle of Nikopol" (dalam bahasa English). Radio Bulgaria. 25 September 2007. Dicapai pada 2007-10-03.CS1 maint: unrecognized language (link)
- http://www.xenophongi.org/rushistory/battles/plevna2.htm Diarkibkan 2005-04-09 di Wayback Machine
- Compton's Home Library: Battles of the World CD-ROM