| Pertempuran Narva | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Perbatasan Timur dalam Perang Dunia Kedua | |||||||
Askar Jerman mempertahankan tebing barat Sungai Narva, dengan kubu Ivangorod di sebelah timur | |||||||
| |||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||
|
| ||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||
|
|
| ||||||
| Unit terlibat | |||||||
|
| ||||||
| Kekuatan | |||||||
|
123,541 anggota[1] 32 kereta kebal[2] 137 pesawat[1] |
200,000 anggota[2][3] 2,500 meriam 125 kereta kebal[4] 800 pesawat[1] | ||||||
| Kerugian dan korban | |||||||
|
14,000 terbunuh atau hilang 54,000 cedera atau sakit Jumlah: 68,000 korban[5] |
100,000 terbunuh atau hilang 380,000 cedera atau sakit[nb 1] 300 kereta kebal 230 pesawat[2] Jumlah: 480,000 korban[5] | ||||||
| |||||||
Pertempuran Narva[nb 1] ialah kempen ketenteraan semasa Perang Dunia Kedua yang berlangsung dari 2 Februari hingga 10 Ogos 1944, melibatkan Detasmen Ketumbukan “Narwa” Jerman dan Barisan Leningrad Soviet yang bertempur untuk menguasai Segenting Narva yang penting dari segi strategik.
Pertempuran ini berlaku di bahagian utara Perbatasan Timur dan terbahagi kepada dua fasa utama: Pertempuran untuk Pangkalan Terdepan Narva (Februari hingga Julai 1944),[6] dan Pertempuran Garis Tannenberg (Julai–Ogos 1944).[7] Ofensif Soviet seperti penyerangan Kingisepp–Gdov dan beberapa siri penyerangan Narva (15–28 Februari, 1–4 Mac dan 18–24 Mac) adalah sebahagian daripada Kempen Musim Sejuk–Musim Bunga 1944 Tentera Merah.[8] Mengikut strategi broad front (“barisan luas”) Joseph Stalin, pertempuran ini berlaku serentak dengan penyerangan Dnieper–Carpathian (Disember 1943 – April 1944) dan penyerangan Lvov–Sandomierz (Julai–Ogos 1944).[8]Ramai sukarelawan asing dan rekrut Estonia menyertai pertempuran ini sebagai sebahagian daripada pasukan Jerman di bawah Kumpulan Tentera Darat Utara. Dengan menyokong seruan kerahan tentera Jerman yang bertentangan dengan Konvensyen Hague 1899 dan 1907, pergerakan bawah tanah Jawatankuasa Kebangsaan Republik Estonia berharap untuk membina semula tentera kebangsaan dan mengembalikan kemerdekaan negara.[9]
Sebagai kesinambungan penyerangan Leningrad–Novgorod pada Januari 1944, operasi Soviet di Estonia menolak garis medan ke barat hingga ke Sungai Narva, dengan tujuan memusnahkan "Narwa" dan menembusi jauh ke dalam Estonia. Soviet berjaya menubuhkan beberapa pangkalan terdepan di tebing barat sungai pada Februari, manakala Jerman mengekalkan satu pangkalan terdepan di tebing timur. Percubaan Soviet untuk memperluaskan kedudukan ini gagal apabila serangan balas Jerman memusnahkan semua pangkalan terdepan di utara Narva dan mengecilkan pangkalan terdepan di selatan bandar itu. Garisan hadapan kekal stabil sehingga Julai 1944. Penyerangan Narva (Julai 1944) akhirnya menyaksikan bandar Narva jatuh ke tangan Soviet selepas tentera Jerman berundur ke Garis Pertahanan Tannenberg di Bukit Sinimäed, 16 kilometer dari Narva. Dalam Pertempuran Garis Tannenberg, pasukan Jerman berjaya bertahan. Matlamat strategik utama Stalin—untuk menawan Estonia dengan pantas sebagai pangkalan serangan ke atas Finland dan Prusia Timur—gagal dicapai. Akibat pertahanan kukuh Jerman, usaha perang Soviet di wilayah Laut Baltik tergendala selama tujuh bulan setengah.[10]
Rujukan dan nota
Nota kaki
- ^ Bahasa Estonia: Narva lahing; Bahasa Jerman: Schlacht bei Narva; Bahasa Rusia: Битва за Нарву
Rujukan
- ^ a b c Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamahiio - ^ a b c Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamalaar - ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamawalter - ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamapaulman - ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamadoyle - ^ ...
- ^ ...
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaglantz2 - ^ Romuald J. Misiunas, Rein Taagepera The Baltic States, Years of Dependence, 1940–1980. p. 66. University of California Press, 1983
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamalaar2
Bacaan lanjut
- McTaggart, Pat (2003). "The Battle of Narva, 1944". Dalam Command Magazine (penyunting). Hitler's Army: the evolution and structure of German forces. Cambridge, MA: Combined Books. m/s. 287–308. ISBN 978-0306812606.
- Miljan, Toivo (2004). Historical Dictionary of Estonia. Scarecrow Press. ISBN 978-0-8108-4904-4.








