| Fédération Européennes de Gymnastique (fr) Fédération Internationale de Gymnastique (fr) | |
Ibu pejabat FIG | |
| Kerangka | |
|---|---|
| Kependekan | FIG |
| Jenis/bentuk sah | Badan induk sukan antarabangsa, gymnastics association |
| Anggota bagi | Persatuan Global Persekutuan Sukan Antarabangsa, Persatuan Persekutuan Antarabangsa Sukan Olimpik Musim Panas |
| Tapak web | fig-gymnastics |
| Sejarah | |
| Dibentuk | 23 Julai 1881 di Liège |
| Pengurusan | |
| Pengerusi | Morinari Watanabe |
| Presiden | Morinari Watanabe |
| Gabungan | Longines, VTB, Cirque du Soleil |
| Lokasi | |
| Ibu pejabat | Avenue de la Gare 12 |
| Lokasi |
|
| Koordinat | 46°31′N 6°38′E |
| Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (Bahasa Perancis: [Fédération Internationale de Gymnastique] Error: {{Lang}}: text has italic markup (help); singkatan: FIG) adalah satu badan pentadbir bagi sukan gimnastik. Beribu pejabat di Lausanne, Switzerland, ia telah ditubuhkan pada 23 Julai 1881 di Liège, Belgium; menjadikannya pertubuhan sukan antarabangsa tertua yang masih wujud di dunia.[1] Pada asalnya ia dikenali sebagai Persekutuan Gimnastik Eropah dan mempunyai tiga negara anggota – Belgium, Perancis dan Belanda – sehingga 1921, apabila negara–negara bukan Eropah telah diterima masuk dan nama semasa digunakan sehingga sekarang.[2]
Badan ini menetapkan peraturan yang dikenali sebagai Kod Mata, yang mengawal atur bagaimana persembahan ahli gimnastik dibuat. Tujuk disiplin gimnastik ditadbir oleh FIG – gimnastik artistik yang dikelaskan lagi kepada gimnastik artistik lelaki (MAG) dan perempuan (WAG), gimnastik berirama (RG), gimnastik aerobik (AER), gimnastik akrobatik (ACRO), trampolin (TRA) dan junam gulung (TUM).
Rujukan
- ^ "Today in Francophone History". About.com. Dicapai pada 21 Ogos 2008.
- ^ "FIG History". Dicapai pada 21 Ogos 2008.









