Peristiwa | Piala Asia B-23 AFC 2018 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Selepas masa tambahan | |||||||
Tarikh | 27 Januari 2018 | ||||||
Tempat | Pusat Sukan Olimpik Changzhou, Changzhou | ||||||
Permain terbaik | Nguyễn Quang Hải | ||||||
Pengadil | Ahmed Al-Kaf (Oman) | ||||||
Kehadiran | 6,200 | ||||||
Cuaca | Salji lebat % kelembapan | ||||||
← 2016 2020 → |
Perlawanan Akhir Piala Asia B-23 AFC 2018 adalah perlawanan bola sepak yang berlangsung pada 27 Januari 2018 di Pusat Sukan Olimpik Changzhou di Changzhou, China, untuk menentukan pemenang Kejohanan AFC B-23 2018. Perlawanan akan menjadi perlawanan akhir ke-3 Piala Asia bawah 23 tahun yang dianjurkan oleh AFC dan akan dipertandingkan oleh Vietnam dan Uzbekistan, pemenang dari separuh akhir.
Uzbekistan mengalahkan Vietnam dengan 2–1 selepas masa tambahan untuk merebut gelaran juara Piala Asia B-23 pertama mereka dalam apa yang dianggap sebagai perlawanan akhir paling menarik dan istimewa dalam sejarah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).[1][2]
Laluan ke Pentas Akhir
[sunting | sunting sumber]Nota: Dalam semua keputusan di bawah, keputusan peserta itu diberikan terlebih dahulu.
Vietnam | Pusingan | Uzbekistan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tentangan | Keputusan | Peringkat Kumpulan | Tentangan | Keputusan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Korea Selatan | 1–2 | Hari Perlawanan 1 | Qatar | 0–1 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Australia | 1–0 | Hari Perlawanan 2 | China | 1–0 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Syria | 0–0 | Hari Perlawanan 3 | Oman | 1–0 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Naib Juara Kumpulan D
Sumber: AFC |
Kedudukan Akhir | Naib Juara Kumpulan A
Sumber: AFC | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tentangan | Keputusan | Peringkat kalah mati | Tentangan | Keputusan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Iraq | 3–3 (s.m.t.) (5–3 pen.) | Suku Akhir | Jepun | 4–0 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Qatar | 2–2 (s.m.t.) (4–3 pen.) | Separuh Akhir | Korea Selatan | 4–1 (s.m.t.) |
Perlawanan
[sunting | sunting sumber]Vietnam | 1 – 2 (s.m.t.) | Uzbekistan |
---|---|---|
Nguyễn Quang Hải 41' | Laporan | Rustam Ashurmatov 8' Andrey Sidorov 120' |
Vietnam
|
Uzbekistan
|
|
|
Peraturan perlawanan:
|
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Masalah pengadil
[sunting | sunting sumber]Sebelum perlawanan akhir, AFC telah menugaskan pengadil dari China Ma Ning untuk mengadili perlawanan akhir. Namun, hanya beberapa jam sebelum perlawanan, posisi tersebut diberikan kepada pengadil dari Oman Ahmed Al-Kaf yang menggantikan Ma Ning.[3] AFC tidak menjelaskan alasan mereka di sebalik keputusannya, namun ia dipercayai berasal dari perselisihan antara pegawai tuan rumah dan AFC mengenai pengadil. Al-Kaf sendiri juga pernah menjadi pengadil dalam beberapa perlawanan Liga Juara-Juara AFC sebelumnya.[3]
Keadaan bersalji
[sunting | sunting sumber]Perlawanan ini dimainkan dalam salji lebat, di bawah –2°C, yang relatif sangat sejuk, dan telah disarankan agar perlawanan ditunda kerana salji masih lagi turun dengan lebat.[4] Namun, AFC menolak permintaan itu dan memerintahkan perlawanan itu diteruskan. Setelah tamat separuh masa pertama, AFC meminta agar salji dibersihkan dari kawasan padang, dan mengambil masa lebih kurang tiga puluh minit hingga satu jam sehingga perlawanan dapat dilanjutkan.[5] Ia dikritik setelah tamat perlawanan, baik oleh penyokong Uzbekistan mahupun Vietnam, kerana kedua-dua pasukan tidak terbiasa bermain dalam keadaan cuaca yang begitu sejuk.[6]
Warna pakaian pasukan Uzbekistan
[sunting | sunting sumber]Pada separuh masa pertama, Uzbekistan diizinkan oleh AFC untuk memakai serba putih, walaupun ribut salji masih lebat di seluruh bandar. Oleh kerana itu, bukan sahaja pemain Vietnam, malah pemain Uzbekistan juga sukar mencari dan melihat pemain mereka sendiri di padang.[1] Untuk menyelesaikan masalah itu, pemain Uzbekistan telah bertukar pakaian menjadi warna biru pada separuh masa kedua perlawanan.[7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Paul Murphy (27 January 2018). "Vietnam suffer extra-time defeat to Uzbekistan in AFC U23 final". ESPN. Dicapai pada 1 September 2018.
- ^ "Brave Vietnam sunk by late goal in snow-hit final". The New Paper. 27 January 2018. Dicapai pada 1 September 2018.
- ^ a b Kiên Lê (30 January 2018). "Lộ lý do AFC loại Ma Ning, chọn trọng tài Oman bắt trận chung kết". Thể Thao 24h. Dicapai pada 1 September 2018.
- ^ Ha Do (27 January 2018). "Heavy snow threatens to delay Vietnam vs Uzbekistan U23 Asian Cup final". VnExpress. Dicapai pada 1 September 2018.
- ^ Thanh Phong (27 January 2018). "Thua U23 Uzbekistan phút chót, U23 Việt Nam giành ngôi Á quân" (dalam bahasa Vietnamese). Goal.com. Dicapai pada 1 September 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Tiệp Nguyễn (28 January 2018). "Fan quốc tế khâm phục Việt Nam sau trận chung kết AFC U23" (dalam bahasa Vietnamese). Việt Times. Dicapai pada 1 September 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Viễn Đông (27 January 2018). "Chung kết U23 Việt Nam – Uzbekistan" (dalam bahasa Vietnamese). Voice of America. Dicapai pada 1 September 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
- Pages using football kit with incorrect pattern parameters
- Perlawanan Akhir Piala Asia B-23 AFC 2018
- Perlawanan pasukan bola sepak kebangsaan Vietnam
- Perlawanan Akhir Piala Asia B-23 AFC
- Perlawanan pasukan bola sepak kebangsaan Uzbekistan
- Pertandingan bola sepak di China
- Sukan di Jiangsu
- Acara sukan Januari 2018 di Asia