Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM) | |
---|---|
Biro Penyelarasan | New York City, New York, Amerika Syarikat |
Keahlian[1] |
|
Pemimpin | |
• Badan perancang keputusan | Persidangan Ketua Negara atau Kerajaan Berkecuali[2] |
• Negara ketua | Venezuela |
• Pengerusi | Nicolás Maduro[3] |
Pendirian | 1961 di Belgrade, Yugoslavia sebagai Persidangan Ketua Negara atau Kerajaan Berkecuali |
Laman sesawang rasmi mnoal |
Pertubuhan/Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM ialah sebuah organisasi antarabangsa yang disertai 120 negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana mana blok kuasa.
Sejarah
Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah NAM
NAM ditubuhkan pada tahun 1961 atas inisiatif Presiden Yugoslavia, Josip Broz Tito yang mengumpul negara negara yang tidak memihak kepada mana mana kuasa Perang Dingin. Ketika penubuhan NAM, hanya ada empat negara yang menyertainya iaitu India, Mesir, Malaysia dan Ghana. Walaupun penubuhan NAM diharap dapat merapatkan negara anggota sebagai satu pakatan seperti NATO atau Pakatan Warsaw, ia tidak pernah bersatu dan negara anggota sering kali ditarik atau tertarik untuk menyertai kuasa besar seperti NATO dan Pakatan Warsaw.
Mesyuarat pertama NAM diadakan di Belgrade pada September 1961 dan menyaksikan penyertaan 25 ahli dengan sebelas ahli datang dari Asia dan Afrika, bersama sama Yugoslavia, Cuba dan Cyprus. Kumpulan ini berhasrat untuk menentang kolonisme, imperialisme dan neo-kolonialisme.
Mesyuarat berikutnya diadakan di Kaherah pada 1964. Perhimpunan ini disertai oleh 46 negara dengan kebanyakan ahli baru datang dari negara negara Afrika yang baru merdeka. Mesyuarat ketika itu lebih banyak membincangkan konflik Arab-Israel dan Perang India-Pakistan.
Mesyuarat ketiga diadakan di Lusaka ialah antara perhimpunan yang paling penting dalam sejarah NAM kerana pada tahun ini pergerakan ini menubuhkan organisasi untuk membantu hubungan ekonomi dan politik. Kenneth Kaunda, presiden Zambia memainkan peranan yang penting dalam perhimpunan ini.
Pada 1973, mesyuarat diadakan di Algiers menyaksikan pergerakan ini berhadapan dengan realiti ekonomi terkini. Kejutan Minyak (Oil Shock) menyebabkan sesetengah ahli anggota lebih kaya daripada yang lain.
Setiausaha Agung
Ketika ini (2016), jawatan Setiausaha Agung NAM dipegang oleh Venezuela.
Berikut ialah senarai penjawat Setiausaha Agung NAM sejak awal penubuhannya:
Nama | Negara | Tempoh |
---|---|---|
Josip Broz Tito | Yugoslavia | 1961-1964 |
Gamal Abdel Nasser | Mesir | 1964-1970 |
Kenneth Kaunda | Zambia | 1970-1973 |
Houari Boumédienne | Algeria | 1973-1976 |
William Gopallawa | Sri Lanka | 1976-1978 |
Junius Richard Jayawardene | 1978-1979 | |
Fidel Castro | Cuba | 1979-1983 |
N. Sanjiva Reddy | India | 1983 |
Zail Singh | 1983-1986 | |
Robert Mugabe | Zimbabwe | 1986-1989 |
Janez Drnovšek | Yugoslavia | 1989-1990 |
Borisav Jović | 1990-1991 | |
Stjepan (Stipe) Mesić | 1991 | |
Branko Kostić | 1991-1992 | |
Dobrica Ćosić | 1992 | |
Bolesław I Chrobry | Poland | 1992-1995 |
Ernesto Samper Pizano | Colombia | 1995-1998 |
Andrés Pastrana Arango | 1998 | |
Nelson Mandela | Afrika Selatan | 1998-1999 |
Thabo Mbeki | 1999-2003 | |
Mahathir Mohamad | Malaysia | 2003 |
Abdullah Ahmad Badawi | 2003-2006 | |
Fidel Castro | Cuba | 2006-2008 |
Raúl Castro | 2008-2009 | |
Hosni Mubarak | Mesir | 2009-2011 |
Mohamed Hussein Tantawi | 2011-2012 | |
Mohammed Mursi | 2012 | |
Mahmoud Ahmadinejad | Iran | 2012-2013 |
Hassan Rouhani | 2013-2016 | |
Nicolás Maduro | Venezuela | 2016-kini |
Persidangan
Tarikh | Negara tuan rumah | Bandar tuan rumah | |
---|---|---|---|
1 | 1–6 September 1961 | Yugoslavia | Belgrade |
2 | 5–10 Oktober 1964 | Republik Arab Bersatu | Kaherah |
3 | 8–10 September 1970 | Zambia | Lusaka |
4 | 5–9 September 1973 | Algeria | Algiers |
5 | 16–19 Ogos 1976 | Sri Lanka | Colombo |
6 | 3–9 September 1979 | Cuba | Havana |
7 | 7–12 Mac 1983 | India | New Delhi |
8 | 1–6 September 1986 | Zimbabwe | Harare |
9 | 4–7 September 1989 | Yugoslavia | Belgrade |
10 | 1–6 September 1992 | Indonesia | Jakarta |
11 | 18–20 Oktober 1995 | Colombia | Cartagena |
12 | 2–3 September 1998 | Afrika Selatan | Durban |
13 | 20–25 Februari 2003 | Malaysia | Kuala Lumpur |
14 | 15–16 September 2006 | Cuba | Havana |
15 | 11–16 Julai 2009 | Mesir | Sharm el-Sheikh |
16 | 26–31 Ogos 2012 | Iran | Tehran |
17 | 13–18 September 2016 | Venezuela | Porlamar |
18 | 25–26 Oktober 2019 | Azerbaijan | Baku |
Jawatan
Ketika jawatan sekretariat NAM dipegang oleh Malaysia, pembaharuan yang dilakukan oleh Malaysia ialah penubuhan Majlis Perniagaan NAM. Majlis ini ditubuhkan dengan tujuan mengukuhkan kerjasama selatan-selatan dan membantu perdagangan dan pelaburan antara negara anggota. Majlis diketuai oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai penasihat dan Azman Hashim sebagai presiden.
Rujukan
- ^ "NAM Members & Observers". Dicapai pada 20 March 2019.
- ^ "The Non-Aligned Movement: Background Information". Government of Zaire. 21 September 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2016. Dicapai pada 23 April 2011.
- ^ "NAM Structure". Dicapai pada 4 Julai 2019.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Pergerakan Negara-Negara Berkecuali. |
- Laman utama NAM
- Sejarah Non-Aligned Movement
- NAM e-secretariat portal Diarkibkan 2004-06-25 di Wayback Machine