Tukarkan nama pengguna anda
Selamat sejahtera. Saya PeaceSeekers, antara para moderator Wikipedia Bahasa Melayu. Saya di sini kerana bimbang bahawa nama pengguna anda ("Sekolah Patriotik UMNO") mungkin menyalahi peraturan nama pengguna Wikipedia kerana seakan-akan anda ada perkaitan dengan UMNO. Saya menyeru agar anda menukar nama pengguna anda kepada sesuatu yang lebih bersifat neutral (yakni, tidak memiliki nama mana-mana persatuan atau tokoh terkait). Kami akan menyekat anda daripada menyunting lagi sekiranya anda tidak menukarkannya untuk mengelakkan sebarang sangkaan konflik kepentingan di Wikipedia ini akibat nama pengguna anda. Harap maklum dan terima kasih, dan selamat datang ke Wikipedia! PEACE SΞΞKΞRS [Bincang] 00:45, 15 Ogos 2025 (UTC)
- @PeaceSeekers Salam sejahtera, pengguna Sekolah Patriotik UMNO ini direka khas bagi melindungi laman rasmi parti UMNO dan ahli-ahli politiknya. Tujuannya adalah untuk memastikan kandungan setiap laman tersebut terjamin dan tiada unsur vandalisme terhadap UMNO. Pengguna Sekolah Patriotik UMNO hanya menyunting dan menambahkan kandungan terhadap laman-laman yang berkaitan dengan UMNO sahaja dan tidak akan menyentuh laman parti politik atau ahli politik yang lain.
- Sekiranya masih tidak dibenarkan. Boleh maklumkan kepada saya. Sekolah Patriotik UMNO (bincang) 12:32, 15 Ogos 2025 (UTC)
- Saya faham. Tujuan suntingan anda tiada masalah, masalahnya hanya nama pengguna anda sahaja. Saya menggesa anda untuk menukarkan nama pengguna anda kepada yang lebih berkecuali untuk mengelakkan konflik seperti yang saya tuliskan. Saya akan menyekat anda daripada menyunting selagi anda tidak menukarkannya nanti. Harap maklum dan terima kasih. PEACE SΞΞKΞRS [Bincang] 02:04, 31 Ogos 2025 (UTC)