Ustazah Asma' Harun (lahir 22 September 1983) ialah seorang pendakwah bebas, penceramah motivasi, perundingcara rumahtangga dan penulis buku keagamaan terkenal di Malaysia. Beliau dikenali melalui tazkirah yang menyentuh jiwa, penampilan santun, serta penglibatan aktif dalam menyampaikan ilmu Islam kepada masyarakat melalui media sosial, seminar dan platform dakwah.
Latar Belakang
Asma’ Harun dilahirkan di Kampung Batu Enam, Terengganu dalam sebuah keluarga yang menitikberatkan pendidikan agama dan disiplin. Beliau amat bersyukur dibesarkan dalam persekitaran keluarga yang berpegang teguh pada ajaran Islam. Didikan ibu bapanya menjadi asas kepada kejayaan dan kekuatan beliau dalam menyampaikan dakwah.
Pendidikan
Beliau memulakan pendidikan awal di PASTI Darul Taqwa. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Anuar, Pulau Melaka dan kemudian di SMU (A) Maahad Muhammadi Lil Banat, Kota Bharu.
Untuk peringkat pengajian tinggi, beliau memperoleh Diploma Syariah daripada Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Kemudian, beliau menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Syariah. Beliau turut memiliki Ijazah Sarjana dalam Pengajian Islam daripada Open University Malaysia (OUM).
Kerjaya
Asma' Harun memulakan kerjaya di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan pada tahun 2008. Beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam dan juga Bahagian Halal.
Pada tahun 2017, beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan menumpukan sepenuhnya kepada aktiviti dakwah dan motivasi. Kini, beliau aktif sebagai penceramah bebas, pendakwah, pakar motivasi dan perundingcara rumahtangga. Beliau juga giat menulis dan berniaga, serta membimbing masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan Islam.
Keusahawanan
Ustazah Asma' turut mengusahakan pelbagai produk berasaskan keperluan Muslimah dan gaya hidup Islamik seperti:
- Telekung
- Tudung labuh
- Jubah
- Pakaian wanita
- Makanan sunnah
- Buku dan perancang harian (planner)
Buku dan Penulisan
Berikut adalah antara karya tulisan beliau yang mendapat sambutan:
- Kepada-Mu Aku Kembali
- Jangan Biarkan Aku Sendiri
- Bersama-Mu Aku Bahagia
- Aku Rindu Kepada-Mu
- Tazkirah The Time
- Tip Wanita Bahagia
- 150 Tip Menjadi Wanita Dambaan Syurga
- Keluarga Menuju Syurga
- 111 Soal Jawab Fiqh Ramadan
- Contoh Isteri Yang Terbaik
- Kekuatan dan Keajaiban Zikrullah
- Nasihat Buat Yang Sedang Mencari Jodoh
- Tanda-Tanda Allah Terima Taubat Kita
Media Sosial
Asma’ Harun aktif berkongsi ilmu di pelbagai platform media sosial seperti:
Rujukan
- Facebook Ustazah Asma' Harun
- YouTube rasmi
- Ceramah dan tazkirah video di pelbagai platform media sosial
Lihat juga
- Wanita Islam Malaysia
- Penceramah bebas
- Pendakwah kontemporari